Doktor Pukul Bekas Isteri Dan Mentua Disahkan Dalam Keadaan Waras Oleh Mahkamah



SHAH ALAM - Doktor yang didakwa memukul bekas isteri dan bapa mentuanya September lalu berada dalam keadaan waras, mengikut laporan kesihatan daripada Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak

Bagaimanapun, tertuduh, Syed Ariff Syed Abdul yang hadir di kamar Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini membuat pengakuan tidak bersalah terhadap dua pertuduhan berkenaan

Mengikut laporan perubatan itu juga, tertuduh menyedari melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang

Dokumen itu diperoleh selepas tertuduh diarahkan menjalani pemeriksaan selama sebulan selepas perintah dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Mohd Sabri Ismail ketika perbicaraan 20 September lalu

Melalui laporan yang dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aifaa Che Abdullah, tertuduh menghidap 'bipolar disorder' (kecelaruan efektif)

Laporan itu juga memaklumkan ketika kejadian tertuduh dalam keadaan sedar dan mengetahui perbuatan tersebut salah di sisi undang-undang dan tertuduh mampu hadir ke mahkamah untuk membela dirinya


Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian kiri atas kepala bekas isterinya, Siti Nur Hidayah Abd Rahim, 34, dengan menggunakan telefon bimbit

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di hadapan MJ Auto (U5) Sdn Bhd Jalan Utarid U5/24 pada jam 12.15 tengah hari

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama 326A kanun sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan

Mengikut pertuduhan kedua, Syed Ariff didakwa mendatangkan kecederaan di dahi Abdul Rahim Hashim, 65, di lokasi, masa dan tarikh yang sama

Bagi kesalahan berkenaan, tertuduh boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan

Pihak pendakwaan tidak menawarkan wang jaminan tetapi peguam tertuduh, Adenan Ismail memohon wang jaminan terhadap kedua-dua pertuduhan

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM8,000 bagi pertuduhan pertama dengan seorang penjamin dan RM4,000 bagi pertuduhan kedua

Mohd Sabri juga menetapkan syarat supaya tertuduh hadir ke balai polis berdekatan setiap bulan, tidak menghampiri saksi dan mangsa sebagai syarat sehingga kes selesai

Mahkamah menetapkan 21 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sehinggit.blogspot.com/2019/10/doktor-pukul-bekas-isteri-dan-mentua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Saya Bersyukur Dan Rasa Lega Syafie Naswip Terbukti Tidak Bersalah Atas Tuduhan Pukul Bekas Tunang

Hiburan Saya Bersyukur Dan Rasa Lega Syafie Naswip Terbukti Tidak Bersalah Atas Tuduhan Pukul Bekas Tunang

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 539 hits
Kecoh beberapa bulan lalu mengenai berita putus tunang pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman Timbul pelbagai kontroversi mengenainya termasuklah dakwaan mengatakan Syafie bertindak kasar terhadap bekas tunangnya sehingga mendatangkan keced...
Tergamak Buat Isteri Anak Lelaki Macam Ni Isteri Anak Berumur 11 Tahun Dikerat Lapan Oleh Suami

Tergamak Buat Isteri Anak Lelaki Macam Ni Isteri Anak Berumur 11 Tahun Dikerat Lapan Oleh Suami

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 2459 hits
SUSULAN penemuan mayat dikerat lapan di Kampung Ladang Krubong Melaka petang semalam seorang lelaki warga Singapura ditahan bagi membantu siasatan Suspek dipercayai telah membunuh isteri dan anak lelakinya sebelum mengerat anggota badan man...
Bawa Isteri Dalam Pantang Jual Bantal Siapa Sangka Hikmah Hilang Kerja Bekas Jurutera Kini Jutawan Bantal

Bawa Isteri Dalam Pantang Jual Bantal Siapa Sangka Hikmah Hilang Kerja Bekas Jurutera Kini Jutawan Bantal

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 378 hits
Segala kejayaan dan kemewahan yang dikecapi hari ini bukan mudah Semuanya daripada kritikan dan penolakan yang pernah diterima satu masa dahulu Rahsia kejayaan bermula dengan angan angan yang tinggi dan untuk memastikan kejayaan itu tercapa...
Gadis Luah Rasa Kesal Keadaan Rakan Kritikal Tapi Doktor Masih Suruh Tunggu Giliran Berjam2

Gadis Luah Rasa Kesal Keadaan Rakan Kritikal Tapi Doktor Masih Suruh Tunggu Giliran Berjam2

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 282 hits
Situasi menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan sememangnya sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan kadang kadang tahap lama menunggu memang sampai boleh hilang sabar Lebih lebih lagi kes pesakit yang agak berat pun masih ...
Foto Saya Minta Maaf Bagi Pihak Suami Memang Padan Muka Dia Luahan Isteri Doktor Viral

Foto Saya Minta Maaf Bagi Pihak Suami Memang Padan Muka Dia Luahan Isteri Doktor Viral

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 1563 hits
Dua tiga hari ini kecoh dengan isu doktor yang teruk ditibai oleh seorang lelaki yang mendakwa diduakan oleh isterinya bersama doktor tersebut Hari ini satu lagi pendedahan perbualan whatsapp telah tular di facebook Hati isteri mana yang ta...
Bekas Isteri Terkilan Sumbangan Tidak Sampai Kepada Anak Arwah Mejar Zahir

Bekas Isteri Terkilan Sumbangan Tidak Sampai Kepada Anak Arwah Mejar Zahir

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 500 hits
SAYA berharap dua anak saya turut menerima sumbangan dan bantuan kerana mereka juga anak kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya namun apa yang berlaku sekarang ialah bantuan seolah tidak sampai kepada dua anak saya sedangkan difahamkan ...
Isteri Dan Anak Dikerat Lapan Oleh Suami Berpunca Dari Hadiah Harijadi

Isteri Dan Anak Dikerat Lapan Oleh Suami Berpunca Dari Hadiah Harijadi

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 1467 hits
Selepas kisah Mona Fandey yang pernah menggemparkan masyarakat suatu ketika dulu berikutan pembunuhun seorang ahli politik pada tahun 1993 kini kita dikejutkan pula dengan penemuan dua beranak yang turut menemui ajal dengan cara mengerikan ...
Doktor Dibelasah Viral Gara Gara Curang Dengan Isteri Orang

Doktor Dibelasah Viral Gara Gara Curang Dengan Isteri Orang

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 986 hits
Sebuah video di Twitter memaparkan seorang lelaki yang dipercayai doktor dibelasah teruk ketika sedang bertugas di sebuah klinik swasta tular di sini awal pagi tadi Video berdurasi 2 minit 20 saat itu memaparkan doktor tersebut dipukul dan ...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran