Bekas Isteri Terkilan Sumbangan Tidak Sampai Kepada Anak Arwah Mejar Zahir



“SAYA berharap dua anak saya turut menerima sumbangan dan bantuan kerana mereka juga anak kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, namun apa yang berlaku sekarang ialah bantuan seolah tidak sampai kepada dua anak saya sedangkan difahamkan terlalu banyak sumbangan daripada pelbagai pihak,” kata bekas isteri Allahyarham Mohd Zahir, Jamilah Ismail

Jamilah, 37, yang mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Mohd Zahir selama sepuluh tahun sebelum berpisah Mac tahun lalu berkata, setakat ini dua anaknya, Mohamad Remy Iskandar Mohd Zahir, 8 dan Mohamad Ebel Zulkarnain, 9, hanya menerima RM1,500 sumbangan Yayasan Kasih sebagai perbelanjaan persekolahan dan keperluan lain

Katanya, sebagai ibu tunggal yang hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan RM25 sehari, bantuan amat diperlukan bagi menyara dua anaknya kerana difahamkan sumbangan untuk mereka berdua banyak diterima daripada pelbagai pihak

Menurutnya, dia bukan berniat untuk menagih simpati dan merayu pada mana-mana pihak bagi kepentingan peribadi tetapi demi kebajikan dua anak perwira negara yang terkorban yang sebelum ini mengharumkan nama negara sebagai anggota komando

“Saya amat terkilan apabila begitu banyak bantuan yang dihulurkan pelbagai pihak termasuk sumbangan kerajaan yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail baru-baru ini, semuanya tidak diterima oleh Mohamad Remy Iskandar dan Mohamad Ebel Zulkarnain kecuali yang diberikan oleh Yayasan Kasih dan beberapa sumbangan peribadi sahaja


“Banyak pihak beranggapan dua anak saya menerima banyak sumbangan dalam bentuk kewangan terutama apabila media melaporkan banyak pihak tampil menghulurkan bantuan sebagai tanda simpati

“Saya ingin jelaskan bahawa dua anak saya kini seolah tidak wujud sedangkan mereka sepatutnya mendapat perhatian yang lebih kerana mereka anak hasil perkahwinan pertama arwah ayah mereka” katanya yang menetap di Peramu Jaya, di Pekan

Beliau berkata, dua anaknya kini belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Peramu Jaya 2, Pekan dan mereka memerlukan wang saku RM10 setiap hari

Bagaimanapun, dengan pendapatan tidak seberapa ianya begitu membebankan dirinya

Jamilah berkata, dia juga terkilan apabila sebelum ini banyak pihak berjanji untuk datang melawat dua anak arwah namun hingga kini bayang pihak terbabit tidak kelihatan

Katanya, hak anak yatim perlu diutamakan kerana mereka masih kecil dan memerlukan sokongan berbentuk kewangan dan kemudahan lain

Menurut Jamilah, dia bimbang hak anak yatim diabaikan begitu sahaja

“Saya berharap pihak yang berkaitan supaya tidak terus terlepas pandang terhadap dua anak arwah yang berada di Peramu Jaya ini kerana dia mempunyai hak

“Berdosa besar mana-mana pihak yang bertindak menggunakan wang sumbangan untuk anak yatim,” katanya bersyukur bekas bapa mentuanya AR Badul banyak memberi sokongan

Mohd Zahir seorang anggota komando meninggal dunia ketika melakukan demonstrasi keupayaan sempena pelancaran penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) di Kem Kok Lawi, Sabah

Sumber: Harian Metro

sumber Sehinggit Media News

Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/10/bekas-isteri-terkilan-sumbangan-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Kecewa Dan Hampa Dengan Kenyataan Tentera Masih Keliru Atas Punca Kematian Anak Ar Badul Mahu Inkues Mejar Zahir

Saya Kecewa Dan Hampa Dengan Kenyataan Tentera Masih Keliru Atas Punca Kematian Anak Ar Badul Mahu Inkues Mejar Zahir

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 418 hits
Sungguhpun Tentera Darat Malaysia semalam telah mengesahkan insiden kematian pegawai komando Mejar Mohd Zahir Armaya sebagai satu kemalangan dalam latihan nampaknya bapa kepada arwah tidak begitu bersetuju dengan kenyataan tersebut Saya kec...
Wajah Arwah Bersih Berseri Seri Kisah Isteri Tak Tinggal Solat Dhuha Pergi Menghadap Illahi Tinggalkan Suami Dan Anak

Wajah Arwah Bersih Berseri Seri Kisah Isteri Tak Tinggal Solat Dhuha Pergi Menghadap Illahi Tinggalkan Suami Dan Anak

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 472 hits
Setiap orang pasti mendambakan kehidupan yang bahagia di dunia mahupun di akhirat Bahagia di dunia kerana memiliki rezeki yang berlimpahan bahagia di akhirat dengan amal yang menyelamatkan kita semua Ya rezeki Allah itu misteri tetapi kemat...
Hukum Nikah Dengan Anak Bekas Isteri

Hukum Nikah Dengan Anak Bekas Isteri

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 516 hits
SOALAN Adakah seorang lelaki boleh bernikah dengan anak kepada isterinya selepas penceraian JAWAPAN Tidak halal bagi lelaki berkahwin dengan anak perempuan isterinya apabila dia telah ceraikannya selepas berlaku persetubuhan Namun jika belu...
Suspek Kerat Lapan Tubuh Isteri Anak Lelaki Direman Tujuh Hari

Suspek Kerat Lapan Tubuh Isteri Anak Lelaki Direman Tujuh Hari

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 1165 hits
MELAKA Lelaki warga Singapura yang dipercayai terlibat dengan kes pembunuhan susulan penemuan lapan bahagian anggota badan manusia yang dibuang ke dalam semak di kawasan perindustrian Krubong berhampiran Kampung Ladang Ayer Keroh di sini pe...
Ini Tindakan Yang Bakal Diambil Oleh Shaarnaz Kepada Bekas Isteri Nya Buat Noor Nabila Tak Senang Duduk

Ini Tindakan Yang Bakal Diambil Oleh Shaarnaz Kepada Bekas Isteri Nya Buat Noor Nabila Tak Senang Duduk

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 717 hits
Ini Tindakan Yang Bakal Diambil Oleh Shaarnaz Kepada Bekas Isteri Nya Buat Noor Nabila Tak Senang DudukIni Tindakan Yang Bakal Diambil Oleh Shaarnaz Kepada Bekas Isteri Nya Buat Noor Nabila Tak Senang Duduk
Quot Orang Cakap Muka Anak Iras Bekas Suami Takkan Saya Nak Marah Pula Quot Rita Rudaini

Quot Orang Cakap Muka Anak Iras Bekas Suami Takkan Saya Nak Marah Pula Quot Rita Rudaini

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 363 hits
Pelakon jelita Rita Rudaini tidak marah apabila ada segelintir netizen yang menyamakan wajah anak anaknya dengan bekas suami pemain bola sepak Aidil Zafuan Abd Razak Jelas Rita yang merupakan ibu tunggal kepada Airit Rayyan Rizqin 10 dan Ai...
Buat 3 Kerja Dalam 6 Hari Demi Isteri Dan Anak Anak

Buat 3 Kerja Dalam 6 Hari Demi Isteri Dan Anak Anak

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 512 hits
Lelaki Gigih Ini Buat 3 Kerja Dalam 6 Hari Setiap Minggu Demi Keluarganya Menyentuh Hati Gigih buat tiga kerja enam hari seminggu demi ibu dan adik beradiknya usaha keras lelaki ini membuatkan ramai yang kagum Bukan mudah untuk menyara hidu...
Papa Dah Lama Simpan Impian Nak Ke Tanah Suci Anak Arwah Yazit Dedah Impian Ayah Ke Umrah Tak Kesampaian

Papa Dah Lama Simpan Impian Nak Ke Tanah Suci Anak Arwah Yazit Dedah Impian Ayah Ke Umrah Tak Kesampaian

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 334 hits
Langit mendung seakan mengerti perkhabaran duka yang menimpa keluarga Allahyarham Yazit Ahmad yang menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur Seluruh ahli keluarga redha tatkala diberitahu bahawa mesin bantua...
Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Abaikan Jika Tak Minat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Kek Batik Jawa

From Insight To Action The Role Of Data Science Consulting In Smarter Business Decisions

Tabung Prihatin Selangor Raih Rm4 74 Juta