Isteri Dan Anak Dikerat Lapan Oleh Suami Berpunca Dari Hadiah Harijadi
Selepas kisah Mona Fandey yang pernah menggemparkan masyarakat suatu ketika dulu berikutan pembunuhun seorang ahli politik pada tahun 1993, kini kita dikejutkan pula dengan penemuan dua beranak yang turut menemui ajal dengan cara mengerikan.
Menerusi beberapa laporan media, polis menemukan beberapa bahagian tubuh individu dipercayai lebih daripada seorang di kawasan semak Kampung Ladang, Krubong.
Mangsa kemudiannya disahkan identitinya sebagai Norfazera Bidin, 27, dan anaknya, Muhammad Iman Asraf Bin Abdullah, 11.
Susulan penemuan anggota badan yang dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian itu, polis menahan seorang suspek bernama Shahrul Nizam Zuraimy, seorang warganegara Singapura yang juga suami kepada Norfazera.
Untuk makluman, dipercayai ini adalah perkahwinan Norfazera yang kedua. Dalam perkahwinan terdahulu, beliau dikurniakan empat anak termasuk mangsa kedua.
Dalam sesalinan dokumen yang beredar di media sosial, punca pertengkaran dikatakan ketidakpuasan hati mangsa pertama terhadap hadiah hari jadi yang diberikan keluarga suspek.
Bagaimanapun, suspek berang apabila mangsa mengugut untuk menuntut cerai, sehingga mencapai sebilah parang dan membunuhnya. Kejadian disaksikan mangsa kedua dan menyebabkan suspek turut membunuhnya, dipercayai untuk menutup mulut.
Dengan kecanggihan teknologi terkini, netizen kemudian dengan mudah mendapat maklumat peribadi pasangan itu.
Menghairankan, pasangan yang baru berkahwin ini sering memaparkan gambar-rambar mesra dan romantik, menimbulkan persoalan punca kepada tragedi itu.
Malah, dalam statusnya Sabtu lalu, Shahrul sempat mengucapkan kata-kata ucapan manis selamat hari jadi kepada isterinya.
Ada yang mempersoalkan tindakan si mangsa mempertikaikan hadiah keluarga suaminya.
'Pasal hadiah hari jadi je jadi macam ni, terima jelah apa-apa hadiah, orang ikhlas nak bagi,' kata seorang netizen.
Bagaimanapun, ada yang mempersoalkan tindakan si suspek yang berang.
'Takkan nak bertengkas sampai membunuh? Dengan anak sekali pula tu,' kata seorang netizen lagi.
'Mungkin ada masalah mental, sedari awal perlu dirawat,' tambah netizen lagi.
'Tak sangka dalam bersayang-sayang di Facebook, rupanya berperang di rumah sehingga berbunuhan," kata seorang lagi.
Yang pasti, tragedi ini membuka mata banyak pihak bahawa apa yang dipaparkan di media sosial kadang-kala jauh daripada realiti sebenar. Juga pentingnya kesihatan mental tidak dipandang tabu oleh masyarakat.
Untuk pengetahuan, World Mental Health Day disambut 10 Oktober setiap tahun.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/10/isteri-dan-anak-dikerat-lapan.html