Doktor Perjelas Mengapa Warga Emas Perlu Divaksin


Annabelle Lee

Warga emas perlu mengambil vaksin Covid-19 kerana mereka lebih terdedah untuk dijangkiti dan meninggal dunia akibat virus berkenaan.
Pakar geriatrik, Dr Ungku Ahmad Ameen berkata, tempoh pemulihan warga emas juga adalah lebih lama berbanding pesakit biasa.
Justeru dia meminta warga emas berusia 60 tahun ke atas agar mendapatkan vaksin untuk mencegah penularan wabak berkenaan.
Ungku, yang merawat pesakit Covid-19 di kalangan warga emas di Pusat Rehabilitasi Cheras, berkata ramai pesakit warga tua menderita meskipun setelah dibenarkan keluar dari hospital.
"Pesakit biasa biasanya keluar dari wad Covid-19 setelah 14 hari tetapi bagi pesakit berusia, setelah hari ke-14 mereka masih tidak sihat, masih lemah dan masih tidak dapat berjalan dengan baik.
“Mereka mengatakan rasa berbeza sebelum dan selepas dijangkiti penyakit ini. Mereka lebih lemah dari biasa.
“Oleh itu, melihat kadar kematian, kesan penyakit dan kesejahteraan warga emas; perkara yang perlu dilakukan adalah mencegah mereka daripada mengidap penyakit itu sendiri,”katanya semasa forum dalam talian bertajuk “Pelan vaksinasi untuk kakitangan dan warga emas di rumah penjagaan orang tua ”.
Mengulas lanjut, Ungku berkata pesakit Covid-19 yang berusia cenderung dikesan lebih lewat, menghadapi komplikasi dan tempoh pemulihan yang lebih lama.
“(Bila) menguruskan pesakit tua di hospital, kita dapat melihat kebanyakan mereka adalah pesakit lemah. Dan ketika mereka masuk, ada kemungkinan mereka terlambat ke hospital.
"Dan kemudian pemulihan perlukan masa. Sebagai contoh (mereka yang mempunyai) komplikasi seperti pembekuan darah di paru-paru dan juga kerosakan pada paru-paru - kumpulan pesakit ini akan memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih, ”katanya.
Di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, warga emas akan diberi vaksin pada fasa 2 (April hingga Ogos 2021).
Vaksinasi adalah percuma bagi semua individu yang mendaftar tanpa mengira status kewarganegaraan.
Sehingga 19 Februari, Malaysia mencatatkan 1,043 kematian Covid-19, yang kebanyakannya adalah warga emas.
Beberapa kluster dikesan di rumah orang tua setakat ini di Kuala Selangor, Kluang, Lembah Pantai, Ipoh, Serdang dan Melaka.
Ungku hari ini memaklumkan bahawa Pusat Rehabilitasi Cheras sedang merawat sembilan pesakit Covid-19 yang datang dari pusat jagaan orang tua.
Dia berkata pusat ini mempunyai 60 katil dan mengambil pesakit Covid-19 berusia 70 tahun ke atas, yang sama ada dalam Kategori 1 (tanpa gejala), Kategori 2 (gejala ringan) atau Kategori 3 (gejala yang lebih serius).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/doktor-perjelas-mengapa-warga-emas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Emas Ugut Bunuh Polis Ingkar Sop Ditahan

Warga Emas Ugut Bunuh Polis Ingkar Sop Ditahan

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 299 hits
MALAYSIAKINI Polis menahan seorang lelaki warga emas selepas menggugut untuk membunuh seorang anggota pasukan itu di Taman Sri Manja Petaling Jaya semalam Kejadian berlaku di sebuah restoran kira kira jam 9 30 malam ketika sepasukan anggota...
Polis Tahan Warga Emas Disyaki Lepaskan Tembakan Ke Arah Sebuah Kereta

Polis Tahan Warga Emas Disyaki Lepaskan Tembakan Ke Arah Sebuah Kereta

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 267 hits
Bernama JOHOR BAHRU Polis menahan seorang lelaki warga emas yang dipercayai melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta di kawasan Taman Ulu Choh di sini petang semalam Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata seorang...
Tiga Warga Emas Antara 14 Dicekup Sabung Ayam

Tiga Warga Emas Antara 14 Dicekup Sabung Ayam

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 254 hits
Oleh ASLIZA MUSA ANGGOTA polis menahan suspek yang bermain judi sabung ayam dalam kawasan kebun di Menglembu Ipoh semalam GAMBAR IHSAN PDRMIPOH Seramai 14 lelaki termasuk tiga warga emas ditangkap ketika asyik bermain judi sabung ayam di ka...
Usia Bukan Penghalang Warga Emas Cabar Diri Ambil Spm

Usia Bukan Penghalang Warga Emas Cabar Diri Ambil Spm

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 250 hits
86 total views 86 views today Salman Ahmad 65 tahun adalah antara 645 calon persendirian daripada keseluruhan 16 554 jumlah calon SPM 2020 di Negeri Sembilan yang menduduki peperiksaan itu bermula hari ini Dulu saya ambil peperiksaan Malays...
M4yat Warga Emas Dipercayai M4ngsa Bunuh Ditemukan Berhampiran Sekolah

M4yat Warga Emas Dipercayai M4ngsa Bunuh Ditemukan Berhampiran Sekolah

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 406 hits
23 02 2021 11 47 PM ALOR SETAR 23 Feb Seorang lelaki warga emas dijumpai mati dengan kesan kecederaan parah pada bahagian leher disyaki dibunuh sebelum mayatnya ditemukan orang awam di kawasan Sekolah Kebangsaan Suka Menanti di sini hari in...
Mayat Lelaki Warga Emas Dicampak Depan Sekolah Dipercayai Mati Dibunuh

Mayat Lelaki Warga Emas Dicampak Depan Sekolah Dipercayai Mati Dibunuh

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 304 hits
162 total views 162 views today Lelaki warga emas berusia 70 an yang juga bisu ditemukan maut dipercayai dibunuh kejam dengan kesan kecederaan di lehernya dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak atau ditinggalkan di hada...
Ambil 9 Jenis Ubat Warga Emas Serik Di Icu 24 Hari Kerana Covid 19

Ambil 9 Jenis Ubat Warga Emas Serik Di Icu 24 Hari Kerana Covid 19

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 263 hits
MELAKA Pakcik K dari Tanjung Kling di sini adalah salah seorang daripada pesakit Covid 19 warga emas yang terselamat selepas dijangkiti Disember lalu Pakcik K yang berusia 89 tahun itu adalah antara 252 623 pesakit yang telah sembuh daripad...
Warga Emas Ditemukan Mati Dibunuh

Warga Emas Ditemukan Mati Dibunuh

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 252 hits
Oleh ZAID MOHD NOOR ANGGOTA forensik memeriksa mayat Hock Soon yang ditemui di tepi pagar SK Suka Menanti Alor Setar hari ini ALOR SETAR Seorang penjual kuih warga emas ditemukan mati dengan kesan kecederaan parah di leher dalam satu pergad...
Polis M 039 Sia Berkas 20 Penjudi Haram Termasuk 16 Warga Emas

Polis M 039 Sia Berkas 20 Penjudi Haram Termasuk 16 Warga Emas

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 314 hits
KONGSI ARTIKEL GEORGE TOWN Polis menahan 20 individu termasuk 16 warga emas yang sedang leka bermain judi di sebuah rumah sewa yang dijadikan sarang judi untuk mereka berjudi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Air Itam aw
Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

Sabah Pkr To Begin Talks With Harapan Partners Ahead Of Election

Redhouse Lane Unearthing The Hidden Cathedral Caves Beneath The Forest Of Dean

Malaysia Tegaskan Komitmen Terhadap Keselamatan Digital Di Mesyuarat Menteri Apt Di Tokyo

Cikgu Bujang Didakwa Sentuh Anak Murid Di Asrama Sekolah

Myguardian Rewards Fiesta Untuk Anda Yang Setia Jom Raikannya

Gav Mar Beachfront Mansion By A Cero Iconic Coastal Luxury In Catalonia

Kenji Fukaya Penerima 2025 Shaw Prize Dalam Sains Matematik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Homeward Bound

Apa Yang Menarik Staycation Di Doubletree By Hilton Hotel Penang

Memaafkan Mengampuni Adalah Sebuah Kebijaksanaan

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mengadap Sultan Pahang Di Kuantan

Panduan Powerbank Dalam Pesawat Malaysia Airlines Airasia

Lepak Rehat Hari Jumaat