Ambil 9 Jenis Ubat Warga Emas Serik Di Icu 24 Hari Kerana Covid 19



 
MELAKA: Pakcik K (bukan nama sebenar) dari Tanjung Kling di sini adalah salah seorang daripada pesakit Covid-19 warga emas yang “terselamat” selepas dijangkiti Disember lalu.
Pakcik K yang berusia 89 tahun itu adalah antara 252,623 pesakit yang telah sembuh daripada Covid-19 yang telah meragut 1,062 nyawa di negara ini sehingga Isnin.
Berkongsi pengalamannya selama 24 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka, Pakcik K mengingatkan dirinya dan masyarakat agar tidak mengambil mudah wabak yang “menyerang” seluruh dunia ketika ini.
Oleh kerana bimbang dia tergolong dalam kalangan yang berisiko tinggi serta berada di ICU, Pakcik K akur sampel darahnya diambil setiap hari serta terpaksa mengambil sembilan jenis ubat pagi dan petang untuk memastikan dia sembuh.
Detik cemas Pakcik K bermula Disember lalu ketika 32 ahli keluarganya pulang ke kampung bagi meraikan ahli baharu dalam keluarga setelah salah seorang daripada cucunya yang berkahwin dan tinggal di Negeri Sembilan kembali ke Melaka semasa pergerakan merentas negeri dibenarkan oleh kerajaan.
“Salah seorang anak lelaki saya baru dapat menantu dan ketika majlis perkahwinan berlangsung beberapa bulan sebelumnya, kami semua tidak dapat hadir kerana larangan merentas negeri.
“Selepas kembali dibenarkan merentas negeri, mereka semua bersepakat untuk menyambut kedatangan ahli keluarga baharu dengan membuat jamuan kecil-kecilan di rumah saya di Tanjung Kling ini tanpa mengetahui salah seorangnya telah dijangkiti Covid-19,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Pakcik K berkata, selepas tiga hari ahli keluarganya pulang ke rumah masing-masing, salah seorang anaknya mula demam dan membuat saringan Covid-19 sebelum disahkan positif.
Susulan itu, semua ahli keluarganya turut menjalankan saringan Covid-19 dengan 10 daripada mereka, termasuk dirinya, disahkan positif manakala 18 yang lain terpaksa menjalani kuarantin kendiri.
“Mereka ditempatkan di beberapa hospital di selatan tanah air manakala saya sendiri dimasukkan di ICU Hospital Melaka selama lebih tiga minggu berikutan sudah berusia dan mempunyai penyakit darah tinggi.
“Ketika berada dalam wad, saya terpaksa makan sembilan jenis ubat selain darah turut diambil setiap hari oleh pihak hospital yang memantau tahap kesihatan setiap pesakit Covid-19.
“Hanya Tuhan yang tahu debaran yang saya rasai setiap hari memandangkan saya dalam kategori berisiko tinggi, selain tidak dapat menghubungi ahli keluarga yang risau dengan keadaan saya,” katanya.
Bagaimanapun, dia bersyukur apabila Malaysia menerima kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech Ahad lalu.
“Tidak sabar rasanya untuk menerima suntikan vaksin berkenaan namun saya tahu ada jadual yang perlu dipatuhi untuk menerima suntikan itu.
“Apa yang saya mampu lakukan sebelum menerima vaksin adalah mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah serta menggunakan pencuci tangan.
“Saya sudah serik berada di hospital. Cukuplah sekali dijangkiti Covid-19,” katanya.

The post Ambil 9 jenis ubat, warga emas serik di ICU 24 hari kerana Covid-19 appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/24/ambil-9-jenis-ubat-warga-emas-serik-di-icu-24-hari-kerana-covid-19/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ambil-9-jenis-ubat-warga-emas-serik-di-icu-24-hari-k

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
M4yat Warga Emas Dipercayai M4ngsa Bunuh Ditemukan Berhampiran Sekolah

M4yat Warga Emas Dipercayai M4ngsa Bunuh Ditemukan Berhampiran Sekolah

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 395 hits
23 02 2021 11 47 PM ALOR SETAR 23 Feb Seorang lelaki warga emas dijumpai mati dengan kesan kecederaan parah pada bahagian leher disyaki dibunuh sebelum mayatnya ditemukan orang awam di kawasan Sekolah Kebangsaan Suka Menanti di sini hari in...
Ribuan Warga Yogyakarta Solo Antusias Gunakan Krl Di Hari Pertama

Ribuan Warga Yogyakarta Solo Antusias Gunakan Krl Di Hari Pertama

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 217 hits
Pada kesempatan ini Direktur Utama PT KAI Didiek Hartantyo bersama Direktur Utama PT KCI Wiwik Widayanti menyapa para penumpang Wiwik juga melepas keberangkatan KRL pertama tujuan Solo dari Stasiun Tugu Yogyakarta
Awani Ringkas Dua Kawasan Dikenakan Pkpd Vaksin Permohonan Warga Emas

Awani Ringkas Dua Kawasan Dikenakan Pkpd Vaksin Permohonan Warga Emas

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 339 hits
Dua kawasan dikenakan PKPD Vaksin Permohonan warga emas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com ast
Usia Bukan Penghalang Warga Emas Cabar Diri Ambil Spm

Usia Bukan Penghalang Warga Emas Cabar Diri Ambil Spm

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 241 hits
86 total views 86 views today Salman Ahmad 65 tahun adalah antara 645 calon persendirian daripada keseluruhan 16 554 jumlah calon SPM 2020 di Negeri Sembilan yang menduduki peperiksaan itu bermula hari ini Dulu saya ambil peperiksaan Malays...
Buku Panduan Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Dilancarkan Hari Ini

Buku Panduan Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Dilancarkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 211 hits
BH ONLINE Foto FB JKJAV KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan hari ini mengandungi pelbagai maklumat berkaitan program vaksinasi terbesar yang pernah dilak...
Harga Emas Terkini 916 999 1 Gram Hari Ini

Harga Emas Terkini 916 999 1 Gram Hari Ini

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 642 hits
Ramalan Harga Emas terkini 2021 Berapa harga 916 dan 999 untuk 1 gram hari ini Topik hangat di kalangan para pelabur selalunya adalah topik ramalan harga emas hari ini baik di Malaysia atau di peringkat dunia Keadaan ekonomi bagi negara neg...
Mayat Lelaki Warga Emas Dicampak Depan Sekolah Dipercayai Mati Dibunuh

Mayat Lelaki Warga Emas Dicampak Depan Sekolah Dipercayai Mati Dibunuh

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 287 hits
162 total views 162 views today Lelaki warga emas berusia 70 an yang juga bisu ditemukan maut dipercayai dibunuh kejam dengan kesan kecederaan di lehernya dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak atau ditinggalkan di hada...
Polis Kenal Pasti Identiti Mayat Warga Emas Ditemui Di Hadapan Sekolah

Polis Kenal Pasti Identiti Mayat Warga Emas Ditemui Di Hadapan Sekolah

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 227 hits
Adie Sufian ZulkefliWarga emas yang dijumpai mati dengan kesan kecederaan parah pada bahagian leher di kawasan SK Suka Menanti semalam dikenal pasti sebagai Chua Hock Soon Chua Leok Eng 70 tahun fotoBERNAMA dengan kecederaan parah pada lehe...
Warga Emas Lemas Semasa Pasang Pukat

Warga Emas Lemas Semasa Pasang Pukat

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 278 hits
WARGA EMAS LEMAS SEMASA PASANG PUKAT KUALA NERUS Saya terkilan tak dapat selamatkan abang walaupun dah naikkan abang ke dalam bot kata Harun Mahmud 62 adik kepada mangsa lemas di pantai Teluk Ketapang dekat sini hari ini Dalam kejadian jam ...
Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility

Dua Konsert Mega Gegarkan Miri Mei Ini

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi

Dah Lama Pendam Abby Abadi Dakwa Pernah Dipukul Norman Hakim Separuh Nyawa