Doktor Pakar Politikus Anti Vaksin Siapa Fitnah Siapa


MOHD NASIR ABDULLAH 

ALHAMDULILLAH saya baharu sahaja selesai menerima suntikan pertama vaksin Pfizer-BioNTech pagi tadi. Qatar mengutamakan suntikan vaksin kepada mereka yang terlibat dengan perusahaan petroleum, walaupun majoritinya adalah pekerja dari negara luar. Syukur juga yang saya tidak mengalami apa-apa kesan alahan yang teruk setakat ini. Tidak sakit langsung.

Saya pada mulanya tidak berhasrat untuk mengambil suntikan ini. Bukan kerana saya anti-vaksin atau pemuja apa-apa teori. Syarikat ada menawarkan suntikan vaksin percuma bagi selesema yang lain, SARS, MERS, tetapi saya rasa tiada keperluan mendesak untuk mengambilnya. Namun apabila dimaklumkan dengan vaksin COVID-19 ini saya berpeluang mendapat pelepasan kuarantin apabila pulang nanti, saya menukar fikiran.

Diberikan keutamaan menerima suntikan vaksin, maka, tiada isu saya memotong barisan. Saya terbaca baru-baru ini berkenaan tuduhan di media sosial, SUK Kelantan yang mengarahkan kira-kira 200 suntikan diberikan kepada golongan mereka dahulu. Sekali gus mengenepikan hak barisan hadapan negara kita. Siapa yang menularkan sangkaan itu?
Saya terkejut kerana salah seorang daripadanya ialah doktor pakar. Lebih mengejutkan dalilnya ialah kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Berganda terkejut saya apabila si pengadu itu yang dikatakan meminta tidak disiarkan namanya kerana takut dibuang kerja. Adakah SUK di bawah negeri, berkuasa bertindak atas kakitangan lain?
Amat menyedihkan dengan kebijaksanaan yang Allah kurniakan, doktor ini lebih suka mengikutkan berita yang tidak sahih yang dihantar kepadanya. Berbagai justifikasi bagi beliau mempertahankan tuduhan itu, namun, fitnah tetap fitnah. Pada akhirnya, masih tidak mahu mengaku kesalahannya, beliau sebaliknya mengangkat dirinya sebagai wira dengan mengatakan atas usaha netizen dan beliaulah yang menyebabkan VIP-VIP itu membatalkan hasrat mereka untuk memotong barisan.
Selang beberapa ketika, maka keluarlah kenyataan daripada Kerajaan Kelantan bahawa mereka menafikan dan akan membuat laporan polis berkenaan fakta yang boleh menjahanamkan reputasi Kerajaan Negeri. Dan semalam, mereka telah membuat laporan polis. Saya belum melihat kenyataan maaf daripada doktor itu. Yang menjadi persoalan ialah, siapakah beliau? Adakah beliau ditugaskan menerima laporan apa-apa lalu mesti menghebahkan kepada umum dahulu?
Jika betul sekalipun menjadi penerima aduan, adakah ini cara yang benar? Ada berbagai saluran yang betul yang boleh dilalui selain daripada cubaan memalukan pihak yang tertuduh di media sosial bila persepsi disebarkan. Lalu saya tertanya-tanya apa terjadi dengan sikapnya sebelum ini yang begitu tegas menyerang anti-vaksin dengan fakta-fakta, sedangkan beliau marah golongan anti-vaksin hanya menggunakan fakta media sosial atau membaca separuh masak sahaja.
Beliau bersikap benar ketika melawan golongan itu. Tetapi malang, beliau menuruti jalan anti-vaksin pula dalam menuduh Kerajaan Kelantan cuba memotong barisan dalam menerima suntikan vaksin. Amat memalukan. Apakah niat sebenar beliau? Cuba bermain politik? Pelik, menghadamkan maklumat dari media sosial dan menjadikannya maklumat sahih tanpa periksa. Biasanya doktor akan menjalankan kajian dahulu sebelum menerima apa-apa maklumat, bagi menjaga integriti. Tetapi tidak bagi hal ini.
Kerajaan Saudi telah menetapkan jamaah tidak dibenarkan mengerjakan haji dan umrah jika tidak divaksin. Ada kalangan anti-vaksin sering bercakap mengenai Dajal dan apa-apa sahaja teori berkenaannya, terkadang menuduh orang lain yang tidak mengikuti mereka, adalah pengikut Dajal. Sekarang dikatakan akhir zaman, Dajal tidak akan dapat memasuki Makkah dan Madinah. Lalu jika Hadis itu dikaitkan dengan anda yang tidak boleh masuk ke sana kerana tidak divaksin? Apa rasanya? Sakit hati bukan?
Begitulah fitnah adalah sesuatu yang dilarang kepada kita untuk mengejutkannya. Buatlah kerja anda dengan jujur, tanpa perlu memfitnah orang lain. Anda tidak mahu menerima suntikan, silakan, itu hak anda. Tetapi jangan pula dipaksa orang lain untuk mengikut anda dengan berbagai tohmahan dan fitnah. Biarkan orang lain dengan caranya. Apatah lagi majoriti ulamak ada bersama mereka. Sama juga dengan doktor pakar, jika nak main politik, silakan. Tapi jangan fitnah. Kita boleh hidup harmoni dengan cara baik bukan? 
Akhirnya kita melihat, Islam adalah tonggak kepada semua perkara. Tanpa Islam, semua orang dikira tidak bersalah kerana tiada neraca yang akan menimbangnya, semua akan kata merekalah yang benar. Ikutlah jalan Islam, nescaya anda akan selamat, walau seluruh manusia membenci anda. Semoga pihak berkuasa akan menyiasat fitnah yang dilemparkan kepada PAS itu dengan saksama. Tetapi tidak rasa pelikkah anda semua, asyik-asyik PAS sahaja yang kena fitnah?  – HARAKAHDAILY


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/doktor-pakar-politikus-anti-vaksin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kumpulan Anti Vaksin Hanya Nak Jual Produk Pakar Perubatan

Kumpulan Anti Vaksin Hanya Nak Jual Produk Pakar Perubatan

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 189 hits
Oleh SELEPAS vaksin yang mampu menjadi penyelamat manusia dari virus COVID 19 tiba muncul pula pendapat yang mengelirukan masyarakat mengatakan vaksin itu mempunyai pelbagai kesan sampingan yang diuar uarkan oleh kumpulan anti vaksin Bagaim...
5436 Saya Bukan Anti Vaksin Cuma Mahukan Jawapan Sinar Harian 25 02 2021

5436 Saya Bukan Anti Vaksin Cuma Mahukan Jawapan Sinar Harian 25 02 2021

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 241 hits
SHORT WACANA SINAR 234 25 FEBRUARI 2021Berikut merupakan petikan Wacana Sinar Siri234 bertajuk Vaksin Covid 19 Bersediakah rakyat Malaysia tampil sukarela bersama Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI Artikel o...
Hiburan Digelar Ustaz Dajjal Pu Rahmat Ikhsan Tak Kisah Dikecam Golongan Anti Vaksin

Hiburan Digelar Ustaz Dajjal Pu Rahmat Ikhsan Tak Kisah Dikecam Golongan Anti Vaksin

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 285 hits
Pendakwah selebriti Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan berkata dirinya telah dikecam oleh golongan tertentu kerana menyatakan sokongannya terhadap keperluan menyuntik vaksin COVID 19 Sumber Instagram PU Rahmat Ikhsan Menurut PU Rahmat kecaman ber...
Selepas Kontroversi Anti Vaksin Dan Berhentikan Anak Sekolah Zul Yahya Umum Keluar Jemaah Tabligh Pula

Selepas Kontroversi Anti Vaksin Dan Berhentikan Anak Sekolah Zul Yahya Umum Keluar Jemaah Tabligh Pula

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 207 hits
SELEPAS kontroversi didakwa sebagai seorang anti vaksin dan dikritik kerana pendirian untuk memberhentikan anak anak daripada bersekolah pelakon Zul Yahya membuat satu lagi pengumuman baru Menerusi status yang dimuat naik di laman sosial In...
Fakta Vaksin Yang Akan Merubah Fahaman Anti Vaksin

Fakta Vaksin Yang Akan Merubah Fahaman Anti Vaksin

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 395 hits
Fahamai Fakta Vaksin Jom kita anggapkan kita tidak pernah dengar akan vaksin covid 19 ini dalam pelajari dari kosong Kenali dan Fahami VaksinApakah Itu vaksin Vaksinasi adalah cara mudah selamat dan berkesan untuk melindungi orang daripada ...
Selebriti Sebar Fahaman Anti Vaksin Adalah Kurang Bijak Jual Ikan

Selebriti Sebar Fahaman Anti Vaksin Adalah Kurang Bijak Jual Ikan

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 309 hits
Selebriti sebar fahaman anti vaksin adalah kurang bijak jual ikan Golongan selebriti di negara ini digesa tidak menyebarkan fahaman anti vaksin sebaliknya memanfaatkan pengaruh dimiliki untuk membantu kerajaan menggalakkan pengambilan vaksi...
Sedut Warna Biru Svntik Warna Oren Netizen Perasan Sesuatu Semasa Pm Ditvntik V4ksin Ini Penjelasan Doktor Pakar

Sedut Warna Biru Svntik Warna Oren Netizen Perasan Sesuatu Semasa Pm Ditvntik V4ksin Ini Penjelasan Doktor Pakar

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 381 hits
Baru semalam kita menyaksikan Program Im unisasi C OVID 19 Kebangsaan secara rasmi berlangsung dan melihat Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi penerima pertama yang disu ntik
Doktor Beri Keterangan 2 Jam Setengah Selepas Ulas Risiko Vaksin Covid 19

Doktor Beri Keterangan 2 Jam Setengah Selepas Ulas Risiko Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 198 hits
February 18 2021Dr Roland Victor memberi keterangan dua jam 30 minit di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang berhubung video komennya mengenai vaksin Covid 19 yang tular di media sosial baru baru ini Doktor di klinik kecantikan di ibu negara yan...
Wanita Hamil Mungkin Dibenar Terima Vaksin Tertakluk Nasihat Doktor

Wanita Hamil Mungkin Dibenar Terima Vaksin Tertakluk Nasihat Doktor

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 174 hits
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menjelaskan wanita hamil akan dibenarkan mengambil vaksin Covid 19 namun tertakluk kepada penilaian risiko yang dilakukan oleh perunding penjagaan kesihatan masing masing Pemberian vaksin Covid 19 boleh diper...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman Nabil Aqil

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Bercinta Ke Keluar Makan Malam Bersama Netizen Jumpa Kelibat Byun Wooseok Dalam Gambar Hyeri

Pemuda Amanah Gesa Banteras Idealogi Ekstrimis Hingga Ke Akar Umbi

Ada Beberapa Fakta Menarik Dlm Data Ini

Perbedaan Kartu Kredit Dan Kartu Debit

5 Pilihan Laptop Desain Grafis Dibawah 10 Juta Paling Worth It

Designing The New Model 3 Performance