Fakta Vaksin Yang Akan Merubah Fahaman Anti Vaksin
"Fahamai Fakta Vaksin"
Jom kita anggapkan kita tidak pernah dengar akan vaksin covid-19 ini dalam pelajari dari kosong.
Kenali dan Fahami Vaksin
Apakah Itu vaksin ?
Vaksinasi adalah cara mudah, selamat, dan berkesan untuk melindungi orang daripada penyakit berbahaya, sebelum mereka bersentuhan dengan mereka. Ia menggunakan pertahanan semula jadi badan anda untuk membina ketahanan terhadap jangkitan tertentu dan menjadikan sistem imun anda lebih kuat.
Vaksin melatih sistem ketahanan badan anda untuk membuat antibodi, sama seperti ketika terkena penyakit. Namun, kerana vaksin hanya mengandungi kuman yang mati atau lemah seperti virus atau bakteria, vaksin tersebut tidak menyebabkan penyakit atau membahayakan komplikasi anda.
Sebilangan besar vaksin diberikan melalui suntikan, tetapi ada yang diberikan secara oral (melalui mulut) atau disemburkan ke hidung.
Tujuan Vaksin Disuntik
Dalam tubuh manusia sudah ada sistem pertahanan badan melawan bakteria, kuman, virus dan benda berbahaya dari luar atau patogen.
Antigen namanya. Apabila melawan patogen (virus dan sebagainya) antigen ini memerlukan 'senjata' untuk membunuh virus yang masuk.
Anggaplah antigen ini adalah askar.
Dalam stor senjata antigen terdapat banyak senjata. Lain senjata, lain fungsi untuk lain virus dan patogen lain.
Bagi membunuh virus tertentu, senjata tertentu diperlukan. Namun, antigen ini perlu mengenal virus jenis apakah yang datang menyerang.
Jika belum lagi ada dalam 'database' maka agak sukar untuk antigen menyerang virus. Boleh sahaja antigen membuat senjata, namun memakan masa yang lama.
Dengan masa ini mungkin virus sudah beranak pinak dan menyerang sistem badan. Ada maklumat tentang virus lebih senang untuk antigen menyerang.
Menyuntik vaksin seumpama perisik yang memberikan maklumat tentang musuh (virus).
Maka, sempatlah antigen membuat senjata jika benar benar virus atau patogen lain datang menyerang.
Itulah tujuan suntikan vaksin.
Bagaimana Vaksin ini Digunakan ?
Mengakui kuman yang menyerang, seperti virus atau bakteria.
Menghasilkan antibodi. Antibodi adalah protein yang dihasilkan secara semula jadi oleh sistem imun untuk melawan penyakit.
Mengingati penyakit dan cara melawannya. Sekiranya anda terdedah kepada kuman pada masa akan datang, sistem imun anda dapat memusnahkannya dengan cepat sebelum anda tidak sihat.
Apa Kandungan Asas Dalam Vaksin ?
Antigen. Ini adalah bentuk virus atau bakteria yang terbunuh atau lemah, yang melatih tubuh kita untuk mengenali dan melawan penyakit jika kita mengalaminya pada masa akan datang.
Adjuvants, yang membantu meningkatkan tindak balas imun kita. Ini bermakna mereka membantu vaksin untuk berfungsi dengan lebih baik.
Pengawet, yang memastikan vaksin tetap berkesan.
Penstabil, yang melindungi vaksin semasa penyimpanan dan pengangkutan.
Apakah Kandungan Dalam Vaksin Covid-19 ?
Bagi vaksin untuk pandemik Covid-19, kandungan vaksin yang digunakan, adalah sebahagian dari teknologi baharu.
Tidak digunakan secara meluas sebagaimana kandungan lain. Ia lebih ringkas dan lebih berkesan dan kurang kemudaratan.
Vaksin Covid-19 menggunakan teknologi baharu dengan menyuntik mRNA dari virus Covid-19.
Apa itu Vaksin mRNA ?
mRNA adalah 'cebisan' genetik yang ada dalam sel hidup.
Lebih kepada isyarat untuk pembentukan protein untuk membentuk sel lain, bantuan dalam pembahagian sel.
Dalam kes covid-19, 'cebisan' mRNA ini diambil dari 'spike' atau duri-duri pada virus Corona ini. Maklumat genetik kepada virus itu sendiri.
Boleh rujuk pautan di bawah untuk penjelasan lebih terperinci bagaimana vaksin ini berfungsi dalam badan.
KANDUNGAN BAHAN DAN BAGAIMANA VAKSIN COVID19 BERFUNGSI
Mikrocip Dalam Vaksin untuk Kawal Manusia
Usah risau akan mikrocip yang digemburkan oleh puak teori konspirasi 'palatao'.
Mereka ini lebih hebat dari pelopor teori konspirasi sebenar. Tiada sebarang mikrocip diletakan dalam vaksin.
Jika ada yang ingin melakukan sebarang agenda mengesan atau meletakan mikrocip, sebenarnya sudah ada sebelum vaksin Covid-19 ini dikaji.
Telefon pintar anda terdapat pelbagai aplikasi yang boleh akses gambar, info kontek, apalagi Global Positioning System yang sudah sedia ada (built in).
Banyak aplikasi yang boleh mengesan anda tidak memerlukan vaksin untuk mengawal anda, dengan melancarkan aplikasi media sosial contohnya Facebook sudah boleh mengawal minda anda.
Termasuklah juga geng palatao yang turut dikawal oleh Facebook, masakan tidak apalagi mereka sendiri yang menyebarkan komen palatao mengenai vaksin di Facebook.
Halalkah Suntikan Vaksin ?
Dari segi halalnya vaksin, kita gunakan kias darurat. Mesti ada yang tahu bahawa dalam keadaan darurah babi dan makanan haram lain kita boleh makan.
Ini adalah berkenaan kemudaratan dan kesihatan diri. Allah tidak menyuruh hambaNya meletakan diri dalam kemudaratan dan bahaya.
Maka, vaksin meskipun terdapat keraguan kandungan, ia boleh digunakan.
Bila vaksin boleh mencegah dari terkena wabak, semua umat Islam sihat dan mampu berdiri dalam saf beramai-ramai dalam masjid bukankah ini adalah satu kebaikan vaksin.
Bersama menjaga diri sendiri untuk hidup dan sihat lebih lama untuk terus beribadah kepada Allah.
Vaksin untuk Elak Pandemik Berulang
Tidak kira apa penyakit pun, Covid-19, cacar air, polio, ebola, rabies dan sebagainya.
Tujuannya adalah untuk mencegah dan memberikan persediaan kepada sistem pertahanan tubuh kita 'alert' akan bahaya bakteria, kuman, virus atau protein patogen lain.
Maka, adakah vaksin patut dihalang ?
Anda fikir anda tahu Fakta Vaksin yang Akan Merubah Fahaman Anti - Vaksin ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.belangtarung.com/2021/03/fakta-vaksin-yang-akan-merubah-fahaman.html