Doktor Maklumkan Saya Mungkin Mati Mengejut Dalam Sebulan Ini Bob Lokman


 Doktor Maklumkan Saya Mungkin Mati Mengejut Dalam Sebulan Ini – Bob Lokman

KUALA LUMPUR – “Doktor maklumkan dalam tempoh sebulan ini, tak mustahil jika saya meninggal dunia secara mengejut,”.
Demikian kata pelakon, pelawak dan penulis lirik popular, Bob Lokman mengenai keadaan kesihatannya kini.
Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 56, juga memohon maaf kepada semua pihak sekiranya ada kata-kata atau tindakannya ketika zaman kegemilangannya di kaca TV mengguris hati.
“Doktor maklumkan, saya berisiko tinggi untuk meninggal dunia secara mengejut. Itu berdasarkan ilmu kedoktoran, namun saya serahkan soal ajal kepada Allah.
“Kepada yang mengenali saya atau tidak, saya banyak dosa. Maafkan sekiranya ada yang terguris dengan kesombongan saya, tutur kata, atau lawak jenaka saya yang keterlaluan ketika saya muncul di kaca TV,” katanya kepada Harian Metro.
Berkongsi mengenai keadaan kesihatannya, Bob berkata, dia baru dibenarkan keluar hospital hari ini selepas dua hari ditahan akibat masalah jantung.
“Saya menngalami masalah jantung sejak 1998. Rabu lalu, kali pertama saya berdepan situasi di mana jantung saya berdegup kencang. Ketika saya nak ambil wuduk, tiba-tiba saya pitam sekejap kerana oksigen tak sampai ke otak. Apabila saya tersedar sekejap, saya macam lupa apa yang saya sedang buat.
“Jadi, apabila dada saya mula sakit sampai ke bahagian belakang, saya minta sepupu saya hantarkan saya ke bahagian kecemasan di Hospital Univers Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, tak jauh dari rumah,” katanya yang kini berada di Kelantan.
Katanya, selepas dirawat doktor memaklumkan jantungnya semakin membengkak dan banyak parut. Ia membuatkan kadar denyutannya tak stabil.
“Satu cara adalah untuk memasang alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantung,” katanya.
Namun, kos untuk pemasangan alatan itu dan juga kos rawatan mencecah RM60,000 sekali gus memaksa Bob dan keluarga memohon bantuan.
“Selama ini, kos untuk ubat-ubatan saya setiap bulan mencecah RM700 sebulan. Itu tak menjadi masalah kerana saya masih lagi mampu untuk menanggung kos itu. Cuma apabila dimaklumkan kos rawatan dan pemasangan alat IACD ini mencecah RM60,000, saya akui memang tak mampu. Jadi, saya mohon kalau ada yang sudi membantu untuk menderma.
“Terima kasih juga kepada pihak Muslim Care Malaysia yang sudi membantu. Alhamdulillah, ada juga rakan-rakan penderma yang sebelum ini pernah menderma untuk surau dan sekolah tahfiz yang saya bantu, kini membantu saya pula,” katanya.
Ahad ini, Bob akan menjalani ujian darah dan perlu melaksanan rawatan pemasangan IACD dalam masa sebulan.
Bagi sesiapa yang ingin menderma, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank bernombor 162348359386 atas nama Relawati Daud (isteri Bob) atau akaun Maybank bernombor 564490211159 atas nama Muslim Care Malaysia. – Hmetro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://qasyahfulmalayworld.blogspot.com/2020/11/doktor-maklumkan-saya-mungkin-mati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bob Lokman Berdepan Risiko Mati Mengejut

Bob Lokman Berdepan Risiko Mati Mengejut

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 488 hits
Penulis lirik Isabella mohon bantuan RM60 000 bagi pemasangan alat IADC untuk jantung Bantulah Bob Lokman Pelakon pelawak dan penulis lirik terkenal Bob Lokman 56 diberi pilihan sama ada menjalani pembedahan atau berdepan dengan risiko kema...
Saya Boleh Mati Anytime Bob Lokman

Saya Boleh Mati Anytime Bob Lokman

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 436 hits
Syafil Syazwan Jefrisyafil syazwan hmetro com myKuala Lumpur Doktor maklumkan dalam tempoh sebulan ini tak mustahil jika saya meninggal dunia secara mengejut Demikian kata pelakon pelawak dan penulis lirik popular Bob Lokman mengenai keadaa...
Andai Saya Pergi Saya Nak Minta Maaf Pada Semua Bob Lokman Menangis Ketika Diziarahi Ebit Lew

Andai Saya Pergi Saya Nak Minta Maaf Pada Semua Bob Lokman Menangis Ketika Diziarahi Ebit Lew

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 476 hits
loading Susulan daripada kisah seorang pelakon pelawak dan penulis lirik Tanah Air Bob Luqman di mana mer4yu sumbangan orang ramai untuk raw4tan kes1hatannya hari ini dikunjungi oleh penceramah bebas Ustaz Ebit Lew
Bob Lokman Perlukan Belanja Pembedahan Jantung

Bob Lokman Perlukan Belanja Pembedahan Jantung

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 347 hits
Ustaz tolong sangat sampaikan pada semua andai saya pergi saya nak minta maaf pada semua yer Saya sayang semua orang Saya nak redha Allah Sayu rasa hati tadi dari pembukaan elewsmart setia alam terus fly ke Kubang Kerian Kelantan ziarah Bob...
Hiburan Dana Mencukupi Bob Lokman Jalani Pembedahan Implan Jantung Hari Ini

Hiburan Dana Mencukupi Bob Lokman Jalani Pembedahan Implan Jantung Hari Ini

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 452 hits
Pelakon dan juga penulis lirik popular Bob Lokman 56 difahamkan sedang menjalani pembedahan memasukkan implan berupa Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator pada jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah pada hari in...
Pas Disuruh Bantu Bob Lokman Bukan Minta Derma Untuk Pendakwah

Pas Disuruh Bantu Bob Lokman Bukan Minta Derma Untuk Pendakwah

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 376 hits
FAZLI RADZILangkah Jabatan Dakwah Pas Pusat melalui Sekretariat Tabung Khas Bantuan Pendakwah meminta derma bagi membantu pendakwah dilihat hanya menerima kritikan warganet Kenyataan sekretariat itu yang dikongsi Yang Dipertua Yayasan Dakwa...
Bob Lokman Akan Jalani Pembedahan Kali Ke 4 Ini Sahaja Yang Mampu Dia Ucapkan

Bob Lokman Akan Jalani Pembedahan Kali Ke 4 Ini Sahaja Yang Mampu Dia Ucapkan

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 301 hits
loading Kuala Lumpur Pelakon pelawak dan penulis lirik popular Bob Lokman 56 menjalani pembedahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator pada jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah hari ini
Gajah Ditembak 15 Kali Mati Selepas Sebulan Bertarung Nyawa

Gajah Ditembak 15 Kali Mati Selepas Sebulan Bertarung Nyawa

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 334 hits
Seekor gajah terpaksa bertarung nyawa untuk terus hidup selepas ditembak sebanyak 15 kali dalam kejadian yang berlaku di Thailand lapor Daily Mail Gajah yang diberi nama Nga Sun itu ditemui tidak sedarkan diri di ladang kelapa sawit oleh pe...
Bob Lokman Menangis Ketika Diziarah Ustaz Ebit Lew Andai Saya Pergi Saya Nak Minta Maaf Pada Semua

Bob Lokman Menangis Ketika Diziarah Ustaz Ebit Lew Andai Saya Pergi Saya Nak Minta Maaf Pada Semua

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 396 hits
Susulan daripada kisah seorang pelakon pelawak dan penulis lirik Tanah Air Bob Luqman di mana merayu sumbangan orang ramai untuk rawatan kesihatannya hari ini dikunjungi oleh penceramah bebas Ustaz Ebit Lew Kehadiran Ustaz Ebit Lew ke rumah...
Monolog Jiwa Hikmah Di Balik Kekurangan

Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Doa Dipermudahkan Urusan

Dari Drama Ke Realiti Bang Minah On Joowan Umum Akan Berkahwin Pada November Nanti

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Roadster Rescue A Handsome Kawasaki Z1000 By Hb Custom

Hampir Dua Tahun Kahwin Shila Amzah Dedah Sikap Sebenar Ubai Memang Lain Macam

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Pemuda Umno Pahang Gesa Rakyat Negeri Ini Tak Terpedaya Dengan Mainan Persepsi Wakil Rakyat Pas

Pengurusan Masjid Halang Pengebumian Suami Isteri Alasan Penduduk Luar

Rafizi Beri Bayangan Tak Tanding Pru16 Tinggalkan Pkr