Doktor Kata Boleh Dicaj Bukan Bermakna Boleh Terus Packing Kain Baju Dan Terus Balik


Oleh : Lara Marina

DOKTOR KATA BOLEH ‘DISCAJ’ BUKAN BERMAKNA BOLEH TERUS PACKING KAIN BAJU, SALAM-SALAM MISI, TERUS BALIK

Sepanjang hampir 9 tahun bekerja, saya sebagai seorang jururawat "selalu" menerima rungutan daripada pesakit atau waris pesakit yang berada di wad kerana lambat menyiapkan dokumen discaj.
 

 
DISCAJ - Dimana seseorang pesakit yang ditahan di wad, diberi kebenaran oleh pegawai perubatan yang menjaga untuk keluar daripada wad selepas tahap kesihatan semakin pulih.

Pernahkah anda terfikir berapa banyak discaj yang pihak hospital patut siapkan dalam sehari? Pernahkah terfikir yang membuatkan lambat itu bukan sebab kami pekerja-pekerja yang memberikan perkhidmatan, tetapi sebab sistem / prosedur itu sendiri?

Anda perlu menunggu beberapa ketika untuk doktor dan jururawat menyiapkan segala dokumen penting yang berkaitan.

Proses menyiapkan ‘Discaj’ pesakit :

*Menerima arahan daripada pegawai perubatan
*Menyemak rekod perubatan pesakit
*Memberitahu pesakit/waris
*Menyediakan discaj

Dalam menyediakan discaj pesakit, ada beberapa perkara WAJIB yang perlu anda tahu :

DISCAJ SUMMARY (RINGKASAN DISCAJ)
Ia adalah ringkasan tentang pesakit berkenaan segala perawatan yang telah pesakit terima sepanjang keberadaan di wad tersebut selain serba sedikit ringkasan diagnosis penyakit yang dihidapi pesakit. Discaj summary penting bagi pesakit contohnya dalam urusan ‘claim insurans’ .

SLIP UBATAN
Apabila pesakit dibenarkan untuk pulang ke rumah, pesakit akan dibekalkan dengan ubatan-ubatan yang perlu pesakit ambil berterusan apabila pulang ke rumah. Untuk pembekalan ubatan daripada farmasi memerlukan slip yang ditandatangani oleh PEGAWAI PERUBATAN (BUKAN JURURAWAT) disertakan sekali nama, dosej, dan kekerapan ubatan tersebut yang perlu pesakit ambil .

MC (SIJIL CUTI SAKIT)
Bagi pesakit yang bekerja, sudah tentu memerlukan sijil cuti sakit untuk diserahkan kepada majikan masing-masing. Perlu diingat bahawa sijil cuti sakit memerlukan tandatangan dan pengesahan pegawai perubatan, BUKANNYA jururawat. Jururawat perlu berlari kesana-sini untuk mendapatkan cop dan tandatangan MO (Medical Officer). Perlu memeriksa butiran pesakit seperti nama dan IC yang betul bagi mengelakkan sebarang kesilapan yang timbul.

(KALAU PESAKIT TIDAK MENDAPAT SIJIL CUTI SAKIT, PESAKIT JUGA YANG AKAN EMOSIONAL)

PENGISIAN BORANG BERKAITAN
Apabila pesakit dibenarkan pulang, mereka yang dirujuk ke jabatan-jabatan lain untuk sesi perawatan lanjut contohnya Fisioterapi akan diberikan borang rujukan bagi memudahkan pesakit merujuk kepada jabatan yang berkenaan.

BILLING
Jururawat/kerani yang bertugas akan menyiapkan bil pesakit sepanjang keberadaan di wad tersebut. Bayangkan jika pesakit tinggal di wad selama satu minggu, berapa banyak data dan maklumat yang perlu dimasukkan bagi tujuan ini.Contoh (sample darah / xray /scan /pembedahan). Ia agak memakan masa yang lama bergantung kepada tempoh seseorang pesakit telah menginap di wad.

TCA (Appointment)
Pesakit yang discaj biasanya akan diberikan satu tarikh untuk berjumpa doktor dalam tempoh masa tertentu (Follow Up) di klinik-klinik yang berkenaan. Jururawat akan menghubungi klinik tersebut bagi tujuan mendapatkan tarikh temujanji mengikut tempoh yang ditetapkan oleh doktor pakar. Kami bukan sewenang-wenangnya boleh memberikan tarikh sesuka hati. Semuanya mengikut apa yang telah diarahkan.

PEMERIKSAAN
Sebelum membenarkan pesakit untuk pulang ke rumah, jururawat perlu memeriksa pesakit (Head to Toe) bagi melengkapkan proses discaj pesakit. Contohnya mengeluarkan dahulu jarum (Branula) di tangan pesakit/mengeluarkan catheter (tiub kencing) jika ada.

*Perlu difahamkan bahawa dalam masa jururawat menyiapkan discaj pesakit, jururawat juga perlu menyiapkan segala pelan perawatan pesakit-pesakit lain yang masih berada di wad.

*Jururawat perlu melayani pesakit lain yang menghadapi masalah dan kesukaran untuk melakukan sesuatu.
*Jururawat perlu melayani segala ‘karenah’ pesakit-pesakit yang selebihnya.

JADI,
Ia bukannya semudah dengan hanya menulis dalam 1 dokumen sahaja, pesakit sudah boleh dibenarkan pulang ke rumah sambil bernyanyi-nyanyi menuruni lif hospital sampaikan lupa mengucapkan TERIMA KASIH kepada kakitangan wad.

DAN
Pihak hospital tidak sebegitu tegar untuk menyimpan anda di dalam wad dalam tempoh yang agak lama. Yang pastinya tidak semudah itu untuk melepaskan anda pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

KESIMPULANNYA,
Bila anda pergi ke bank, anda dengan rela hati mengambil nombor,duduk diam-diam menunggu nombor giliran dipanggil. Bila sudah berjumpa dengan pegawai bank, anda dengan senang dan rela hati pula untuk menunggu proses urusan tersebut biarpun berjam-jam lamanya.

TETAPI, bila anda menjejakkan kaki ke hospital, kenapa anda tiba-tiba perlu menjadi PREJUDIS ? Tunggu sahaja mencari kesilapan kami pekerja yang makan gaji daripada hasil bayaran "cukai" anda, daripada guard, penjaga kaunter, nurse-nurse, houseman, MO, dan kalau boleh dengan doktor pakar sekali nak dibambu, komplen itu-ini.

Tidak perlu lah anda berulang-alik ke kaunter bertanyakan bila proses discaj akan siap sambil memarahi dan menengking jururawat. Tak perlulah anda melenting berkata “tadi doktor kata dah boleh discaj? Kenapa dari tadi tak siap-siap? Berapa lama lagi yang perlu saya tunggu?”

Tak perlu menggelupur.

Sila tunggu giliran anda dengan sabar sesungguhnya sabar itu adalah sebahagian daripada Iman.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/06/doktor-kata-boleh-dicaj-bukan-bermakna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Timbalan Menteri Pendidikan Kata Guru Tak Boleh Rotan Pelajar Perempuan Pula

Timbalan Menteri Pendidikan Kata Guru Tak Boleh Rotan Pelajar Perempuan Pula

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 681 hits
Cikgu Pondan Kalau korang jadi cikgu apa tindakan korang rasanya bila ditanya berulang kali pada pelajar tersebut apa yang disebut dalam bahasa mandarin tu Video viral apabila seorang guru lelaki dikatakan telah merotan pelajar perempuan di...
Abang Sangat Menyayangi Saya Tak Mungkin Boleh Terus Tinggal Di Rumah Kami Terlalu Banyak Kenangan Indah Dengan Abang

Abang Sangat Menyayangi Saya Tak Mungkin Boleh Terus Tinggal Di Rumah Kami Terlalu Banyak Kenangan Indah Dengan Abang

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 301 hits
Abang sangat menyayangi saya Tak mungkin boleh terus tinggal di rumah kami terlalu banyak kenangan indah dengan abang Abang sangat menyayangi saya Tak mungkin boleh terus tinggal di rumah kami terlalu banyak kenangan indah dengan abang
Sham Abah Balik Ni Buka Pintu Kisah Dikongsi Lelaki Ini Boleh Buat Diri Insaf

Sham Abah Balik Ni Buka Pintu Kisah Dikongsi Lelaki Ini Boleh Buat Diri Insaf

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 486 hits
Ayah merupakan tulang belakang keluarga Peranan dan pengorbanan seorang ayah cukup besar dalam membina sebuah keluarga walapun mereka sering dipinggirkan dari mendapat penghargaan masyarakat Biarpun terpaksa berusah payah meredah hujan pana...
Teka Nombor Lelaki Ini Kata Dia Boleh Baca Fikiran Anda Menerusi Video Ini

Teka Nombor Lelaki Ini Kata Dia Boleh Baca Fikiran Anda Menerusi Video Ini

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 276 hits
Seorang lelaki telah menjadi sensasi internet apabila satu video permainan baca minda yang dimuat naik olehnya menjadi viral online Sejak dimuat naik pada 24 Februari lalu video yang bertajuk i can read your mind itu telah mendapat lebih da...
Awas Negara Boleh Punah Kata Pas

Awas Negara Boleh Punah Kata Pas

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 243 hits
MUKTAMAR PAS Negara ini boleh punah jika budaya membiarkan sesiapa saya membuat pengakuan maksiat tanpa dibendung kata timbalan presiden PAS Menurut Tuan Ibrahim Tuan Man ketika parti itu tidak campur tangan dengan isu panas yang membayangi...
Jangan Mudah Percaya Kata Kata Dari Perawat Alternatif Yang Mengaku Doktor

Jangan Mudah Percaya Kata Kata Dari Perawat Alternatif Yang Mengaku Doktor

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 574 hits
Oleh Doktor tu kata kalau ambil ubat dia nanti banyak kencing sebab ubat tu nak buang gula dari badan Melopong saya dengar Makcik ni ada kencing manis kaki dia ada luka kencing manis yang agak teruk Separuh jadi dah tanggal kaki dah berluba...
Duit Najib Untuk Bekal Kain Jubah Bagi Program Amal Pmo Kata Jakel

Duit Najib Untuk Bekal Kain Jubah Bagi Program Amal Pmo Kata Jakel

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 292 hits
June 22 2019 4 34 PMJakel berkata semua dokumen berkaitan urus niaga dengan Najib dan PMO sudah diserahkan kepada SPRM dan mereka akan terus bekerjasama dengan agensi itu untuk membersihkan nama baiknya PETALING JAYA Syarikat tekstil Jakel ...
Boleh Ke Campur Makanan Laut Dan Darat Mufti Doktor Perjelas Dari Sisi Islam Dan Sains

Boleh Ke Campur Makanan Laut Dan Darat Mufti Doktor Perjelas Dari Sisi Islam Dan Sains

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 356 hits
Mungkin ramai yang pernah mendengar mengenai pantang larang tidak boleh mencampurkan antara makanan laut dan darat bersama sama Ikan jangan dimakan dengan daging Ayam tak boleh dimakan dengan ikan dan seumpamanya lagi Larangan ini diterapka...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp