Duit Najib Untuk Bekal Kain Jubah Bagi Program Amal Pmo Kata Jakel


FMT Reporters
-June 22, 2019 4:34 PM

Jakel berkata, semua dokumen berkaitan urus niaga dengan Najib dan PMO sudah diserahkan kepada SPRM dan mereka akan terus bekerjasama dengan agensi itu untuk membersihkan nama baiknya.
PETALING JAYA: Syarikat tekstil, Jakel hari ini mengesahkan ia menerima pesanan daripada bekas perdana menteri, Najib Razak untuk membekalkan kain dan jubah bagi semua program amal anjuran Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Katanya, bekalan kain dan jubah itu untuk diagihkan kepada lebih 7,000 masjid di seluruh negara serta mangsa banjir antara 2011 dan 2014.

“Transaksi-transaksi tersebut berlaku sebelum sebarang isu berkaitan 1MDB timbul dalam pengetahuan kami,” kata Jakel dalam kenyataan hari ini.

“Pihak Jakel hanya menerima pembayaran setelah kami menyempurnakan penghantaran barangan yang dipesan.

“Segala pembayaran untuk barangan yang dijual dan dihantar, kami terima dengan tanpa prasangka dan kami tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mempersoalkan sumber dana tersebut, kecuali sekiranya terdapat bukti jelas dana tersebut diperolehi secara tidak sah.”

Jakel Trading dan Jakel Trading Sdn Bhd antara 41 entiti serta individu yang dinamakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam sebagai penerima kira-kira RM270 juta dikatakan dana 1MDB.

Penerima terbesar wang itu ialah beberapa negeri dan bahagian Umno yang berjumlah RM212 juta.

Jakel berkata, semua urus niaga itu adalah tulen dan disokong bukti dokumen sahih serta ia tidak pernah terbabit dalam sebarang aktiviti pengubahan wang haram.

“Kami menjalankan aktiviti jual beli kami dengan tiada prasangka, di mana semua pelanggan dilayan secara profesional dan baik. Segala transaksi jual beli terbabit adalah berdasarkan invois dan semua pembayaran diterima dengan tiada syak wasangka.

“Jakel komited untuk terus menjalankan perniagaannya dengan tatacara yang bertanggungjawab dan kami ingin menekankan bahawa kami amat sedar bahawa tidak ada apa-apa kebaikan daripada amalan perniagaan yang tidak sah dan tidak beretika.”

Syarikat itu berkata, ia sudah menyerahkan semua dokumen berkaitan urus niaga dengan Najib kepada SPRM dan akan terus bekerjasama dengan agensi anti-rasuah itu untuk membersihkan nama baiknya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/duit-najib-untuk-bekal-kain-jubal-bagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm270j Sprm Tuntut Bukan Duit 1mdb Kata Najib

Rm270j Sprm Tuntut Bukan Duit 1mdb Kata Najib

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 355 hits
RM270j SPRM tuntut bukan duit 1MDB kata Najib Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada 21 Jun 2019 10 44PM
Jawatankuasa Integriti Kerajaan Buang Masa Duit Kata Mca

Jawatankuasa Integriti Kerajaan Buang Masa Duit Kata Mca

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 289 hits
June 9 2019 8 13 AMPresiden MCA Wee Ka Siong PETALING JAYA Dua jawatankuasa kerajaan disifatkan membuang masa dan duit berikutan pengakuan perdana menteri bahawa beliau tidak berunding dengan Kabinet berhubung pelantikan ketua pesuruhjaya S...
Najib Says Jakel Paid For Cloth Distributed To 7 000 Mosques

Najib Says Jakel Paid For Cloth Distributed To 7 000 Mosques

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 415 hits
Former PM Najib Razak says western media and Pakatan Harapan had wrongly claimed that he and his wife spent RM55 million at Jakel on lavish clothes PETALING JAYA Najib Razak says the payment made to textile giant Jakel Trading Sdn Bhd from ...
Jakel Dan Naza Jual Produk Pun Dituduh Bawah Amla Najib

Jakel Dan Naza Jual Produk Pun Dituduh Bawah Amla Najib

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 246 hits
Media barat dan PH pernah berkali kali menuduh saya gunakan wang 1MDB untuk membeli kereta kereta mewah Ini tidak betul Perlu ingat bahawa semasa perbicaraan kes SRC saya pegawai bank telah mengesahkan kepada mahkamah bahawa dana dari puter...
1mdb Jakel Dibayar Untuk Bekal Peralatan Kepada Masjid

1mdb Jakel Dibayar Untuk Bekal Peralatan Kepada Masjid

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 237 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sejumlah wang yang dibayar kepada syarikat peruncit tekstil Jakel Trading Sdn Bhd adalah bertujuan untuk membekalkan peralatan seperti kain pelikat jubah dan bekalan lain kepada lebih...
Lion Parcel Luncurkan Program Duit Untuk Ukm Kirim Paket 2 Kg Bayar 1 Kg

Lion Parcel Luncurkan Program Duit Untuk Ukm Kirim Paket 2 Kg Bayar 1 Kg

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 252 hits
Chief Executive Officer Lion Parcel Farian Kirana mengatakan program ini merupakan apresiasi dan pelayanan terhadap online seller dan UKM yang telah dengan setia menggunakan Lion Parcel selama masa fluktuasi Surat Muatan Udara yang terjadi ...
Saya Dah Jual 2 Juta Unit Kata Pengasas Jubah Pahlawan

Saya Dah Jual 2 Juta Unit Kata Pengasas Jubah Pahlawan

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 814 hits
KUALA LUMPUR 29 Feb Siapa sangka biarpun mendapat pelbagai kritikan dari orang ramai pereka Jubah Pahlawan berkata pihaknya berjaya menjual sebanyak 2 juta unit setelah gambar jubah jubah tersebut menjadi viral di media sosial Pengasas Farb...
Nik Faisal Jadi Perantara Antara Src Dan Najib Kata Saksi Perbicaraan Ismee Ismail

Nik Faisal Jadi Perantara Antara Src Dan Najib Kata Saksi Perbicaraan Ismee Ismail

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 410 hits
KES NAJIB Nik Faisal Ariff Kamil adalah perantara antara lembaga pengarah SRC International dengan bekas perdana menteri Najib Razak kata saksi perbicaraan Ismee Ismail Ismee yang merupakan bekas pengerusi lembaga pengarah syarikat itu berk...
Doktor Kata Boleh Dicaj Bukan Bermakna Boleh Terus Packing Kain Baju Dan Terus Balik

Doktor Kata Boleh Dicaj Bukan Bermakna Boleh Terus Packing Kain Baju Dan Terus Balik

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 390 hits
Oleh DOKTOR KATA BOLEH DISCAJ BUKAN BERMAKNA BOLEH TERUS PACKING KAIN BAJU SALAM SALAM MISI TERUS BALIKSepanjang hampir 9 tahun bekerja saya sebagai seorang jururawat selalu menerima rungutan daripada pesakit atau waris pesakit yang berada ...
When Politicians Choose Ego Over People

Hengjing168 Hengjing168 Top 30 By Maddison Hengjing168 Wiki 6 2025

Raya Bergaya Dengan Huawei

The Case Against European Rearmament

Anugerah Kesenian Boh Cameronian Ke 20 Sambutan Masa Lalu Insipirasi Masa Depan

Kalau Ada Jarum Yang Patah

Salam Ramadan 1446h

Failed Startups To Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zul2by2 Maya The Girls Nanad Nayla Ruzzara Hary Ray Zahari Miss En Raya Dah Tiba Chord

Pengertian Simpati Dan Empati

Apakah Terdapat Doa Berbuka Puasa Daripada Hadith

Cara Mudah Dan Cepat Cek Tekanan Angin Tayar Kereta

Portal Simpeni Jakim Semakan Keputusan Upkk 2024 2025

Is The 2008 Bmw 6 Series Reliable Pros And Cons