Ziarah Aidilfitri Di Kawasan Pkp Hanya Pada 1 Syawal


MALAYSIAKINI


Aktiviti ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut 13 Mei ini, hanya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah kehadiran tetamu adalah tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa, mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.
Bagi kawasan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) pula, beliau berkata aktiviti ziarah dibenarkan dari 1 hingga 3 Syawal.
“Bagi kawasan PKPB, kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal manakala kawasan PKPP, ziarah dibenarkan dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 25 orang pada satu-satu masa,” katanya pada sidang media perkembangan PKP di Putrajaya, hari ini.
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata mereka yang tinggal di kawasan PKP Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan menerima kunjungan tetamu luar dan hanya terhad kepada keluarga di dalam rumah sahaja.
Dalam memastikan penularan wabak Covid-19 terkawal, beliau berkata tuan rumah digalakkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu badan, menggunakan imbasan QR MySejahtera atau menyediakan buku bagi mencatat nama dan nombor telefon tetamu.
Sementara itu, kerajaan turut membenarkan takbir raya di masjid dan surau di kawasan PKP, PKPB dan PKPP mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri, namun bagi kawasan PKPD adalah tidak dibenarkan.
Mengenai solat sunat Hari Raya pula, Ismail Sabri berkata ibadah itu dibenarkan berlangsung di masjid dan surau bagi kawasan PKP, PKPB dan PKPP sahaja dengan jumlah kehadiran serta penyertaan jemaah lelaki, wanita dan kanak-kanak adalah mengikut ketetapan pihak berkuasa negeri, kecuali di kawasan PKPD adalah tidak dibenarkan.
Selain itu, aktiviti jamuan selepas solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau, rumah terbuka, ziarah tanah perkuburan turut tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKPD.
“Bagi kawasan PKPB dan PKPP, jamuan selepas solat Hari Raya di masjid dan surau dibenarkan tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri,” katanya, menambah jawatankuasa masjid atau surau digalakkan menyediakan juadah secara berbungkus dan diedarkan kepada jemaah untuk dibawa pulang.
Beliau berkata ziarah pusara hanya dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP dengan had tidak melebihi enam orang bagi satu lot atau petak kubur, serta tidak melebihi 30 minit, namun aktiviti itu tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKPD.
Selain itu, penganjuran sebarang majlis atau rumah terbuka Hari Raya bagi semua kawasan PKP, PKPB, PKPD dan PKPP adalah tidak dibenarkan, katanya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri sekali lagi menegaskan tiada pengecualian diberikan kepada mana-mana individu untuk merentas negeri khususnya pada musim perayaan ini, kecuali atas faktor yang dibenarkan seperti kes kecemasan.
Tegas beliau, kebenaran rentas negeri atas faktor kecemasan seperti menziarahi kematian atau ahli keluarga nazak, urusan bekerja dan pasangan jarak jauh adalah dibenarkan.
"Kuasa untuk menahan sesiapa yang melanggar larangan rentas negeri diberikan kepada polis di sekatan jalan raya… saya percaya tiada pengecualian diberikan kecuali dengan kebenaran surat rentas negeri.
"Cuma saya difahamkan kadang-kadang timbul isu kesahihan maklumat atau alasan untuk rentas negeri membuatkan permohonan mereka tak diluluskan," katanya, menambah polis menerima sebanyak 40,000 permohonan rentas negeri setiap hujung minggu.
Bagaimanapun, susulan pengumuman pelajar berasrama kecuali di kawasan PKPD dibenar pulang beraya, beliau berkata ibu bapa yang mengambil anak mereka di asrama selain individu menghadiri proses vaksinasi adalah dibenarkan namun perincian SOP kelonggaran tersebut akan diumumkan kelak.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/ziarah-aidilfitri-di-kawasan-pkp-hanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Bazar Ramadan Serta Bazar Aidilfitri Dalam Kawasan Pkp Di Tutup Mulai Isnin Ini

Semua Bazar Ramadan Serta Bazar Aidilfitri Dalam Kawasan Pkp Di Tutup Mulai Isnin Ini

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 357 hits
nbsp KUALA LUMPUR Semua bazar Ramadan dan Aidilfitri dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan akan ditutup mulai Isnin ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bazar Ramadan yang tersenarai dalam sistem Pengecaman
Sop Pkp Hanya 3 Orang Dalam Satu Kereta Bermula 12 Mei

Sop Pkp Hanya 3 Orang Dalam Satu Kereta Bermula 12 Mei

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 350 hits
3 564 total views 1 883 views today Kerajaan kini mengehadkan hanya tiga orang boleh berada dalam satu kereta termasuk pemandunya bermula 12 Mei hingga 7 Jun Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata demikian susulan pelaksanaan perintah kaw...
Siap Kucup Batu Nisan Video Kanak Kanak Ziarah Kubur Bapa Sebelum Pkp Buat Ramai Sebak

Siap Kucup Batu Nisan Video Kanak Kanak Ziarah Kubur Bapa Sebelum Pkp Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 307 hits
Umum pasti mengetahui ekoran dari peningkatan mendadak kes Covid 19 di banyak tempat di dalam negara kerajaan semalam telah melaksanakan PKP di seluruh negara bermula 12 Mei ini Berikutan keputusan tersebut SOP bagi Hari Raya Aidilfitri yan...
Pkp Solat Tarawih Aidilfitri Di W Persekutuan Dibenarkan Jawi

Pkp Solat Tarawih Aidilfitri Di W Persekutuan Dibenarkan Jawi

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 343 hits
MALAYSIAKINI Solat sunat tarawih dan Aidilfitri di seluruh Wilayah Persekutuan yang kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dibenarkan berdasarkan kapasiti masjid dan surau dengan penjarakan f...
Sekali Lagi Pkp Bergabung Dengan Syawal

Sekali Lagi Pkp Bergabung Dengan Syawal

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 464 hits
assalamualaikum salam sejahtera hari ni 28 Ramadhan alhamdulillah sgt happy kerana saya dan keluarga masih lagi sihat walafiat semua masih teguh berdiri dan menjalani kehidupan dgn gembira meskipun kami kami terpisah dek sempadan negeri mas...
Aktiviti Ramadan Solat Aidilfitri Dalam Zon Merah Kedah Hanya Di Rumah

Aktiviti Ramadan Solat Aidilfitri Dalam Zon Merah Kedah Hanya Di Rumah

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 338 hits
Foto hiasan ALOR SETAR Semua aktiviti khas sempena Ramadan di masjid dan surau sekitar zon merah dalam lima daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan di negeri tidak dibenarkan bermula hari ini Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam...
Aidilfitri Kurang 50 Tiket Bas Terjual Ktmb Antarabandar Hanya 1

Aidilfitri Kurang 50 Tiket Bas Terjual Ktmb Antarabandar Hanya 1

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 323 hits
Pengurus Kanan Operasi TBS Faizal Redza Redzuan berkata untuk tempoh 7 hingga 17 Mei kira kira 23 000 tiket bas ke 131 destinasi di Semenanjung disediakan untuk mereka yang mendapat kebenaran merentas negeri KUALA LUMPUR Perkhidmatan bas ek...
Akhirnya Terbukti Pkp Senjata Sebenar Melawan Covid19 Darurat Hanya Untuk Melindungi Kerusi Perdana Menteri

Akhirnya Terbukti Pkp Senjata Sebenar Melawan Covid19 Darurat Hanya Untuk Melindungi Kerusi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 241 hits
Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP buat kali ketiga kini sah dikuatkuasakan ke seluruh negara bermula 12 Mei hingga 7 Jun depan Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin dalam satu kenyataan media petang tadi selepas mempen...
Semua Aktiviti Bazar Ramadan Dan Ekspo Aidilfitri Di Temerloh Dihentikan Sepanjang Pkp

Semua Aktiviti Bazar Ramadan Dan Ekspo Aidilfitri Di Temerloh Dihentikan Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 467 hits
Susulan PKP yang akan bermula pada hari esok 12 Mei semua aktiviti perhimpunan orang ramai di Temerloh dihentikan seperti bazar Ramadan Aidilfitri Pekan Sehari Pasar Malam dan Pasar Tani Keputusan ini dibuat selepas pihak Majlis Perbandaran...
Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Bn Menang Besar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Kaedah Relaksasi Otot Kurangkan Stress

Ai Team Subscribers April 27 2025

Skmm Diperalatkan Nurul Izzah Nafi Buat Laporan Skmm Terhadap Aliff Ahmad

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil