Dobi Bangunan Kerja Kawasan Baharu Larangan Merokok




PUTRAJAYA: Premis dobi dan bangunan tempat kerja adalah dua kawasan baharu yang digazetkan sebagai kawasan tempat larangan merokok yang akan mula dikuatkuasakan selepas 1 Januari depan.
Ia antara 28 kawasan yang disenaraikan dalam tempat larangan merokok berbanding 23 kawasan sebelum ini selepas Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] dikuatkuasakan bermula 1 Oktober lalu.
Penguatkuasaan kawasan baharu itu dibuat secara berfasa dan memberi tempoh tiga bulan kepada premis berkenaan sebelum penguatkuasaan dilaksanakan, manakala tempat larangan merokok yang telah digazetkan sebelum ini dikuatkuasakan berterusan.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, beliau bersyukur pewartaan premis dobi sebagai kawasan larangan merokok di bawah Akta 852 selepas perkara itu sudah lama diperjuangkannya ketika beliau menjawat Menteri Kesihatan pada 2019.
“Pastinya saya bersyukur akhirnya dobi menjadi tempat kawasan larangan merokok. Ini kerana kawasan itu didatangi ibu-ibu, isteri yang membawa anak-anak kecil memandangkan ia tempat awam,” katanya menerusi sidang akhbar selepas sesi taklimat media Akta 852 di sini hari ini.
Mana-mana yang didapati bersalah merokok atau menggunakan produk merokok di kawasan larangan itu akan dikenakan denda maksimum sebanyak RM5,000.
Bermula Selasa lalu, Akta 852 yang diwartakan pada 2 Februari lalu berkuatkuasa serta-merta dan berfasa, kuasa serentak dengan peraturan-peraturan serta perintah di bawahnya.
Akta 852 bertujuan untuk penggunaan produk tembakau serta mengurangkan kemudaratan akibat merokok dan penggunaan lain-lain produk tembakau termasuk rokok elektronik atau vape terutamanya dalam kalangan golongan muda.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Norhayati Rusli berkata,  sejak bermula penguatkuasaan Akta 852 tiga hari lalu,  sejumlah 2,930 premis dilawati melibatkan 108 operasi dilaksanakan dengan kekuatan 1.614 anggota penguat kuasa.
Sepanjang operasi itu, katanya, sejumlah 2,548 advokasi pendidikan diedarkan termasuk mengeluarkan tiga kompaun melibatkan kesalahan merokok di kawasan larangan merokok.
Jelasnya, pelaksanaan Akta 852 melibatkan dua peringkat penguatkuasaan iaitu secara serta-merta dan berfasa iaitu antara enam bulan, setahun dan dua tahun.
Katanya, penguatkuasaan serta-merta itu melibatkan larangan pengiklanan, promosi dan tajaan; selain tempat larangan penjualan produk merokok seperti institusi pendidikan, pasar jualan dalam talian dan mesin layan diri.
Larangan serta -merta juga membabitkan larangan pembungkusan pod pakai buang berbentuk mainan.
Bagi penguatkuasaan secara berfasa dalam tempoh enam bulan pula ialah penggunaan tanda amaran baharu larangan merokok di kesemua premis yang digazetkan serta tatacara pameran penjualan produk merokok di kedai serbaneka atau kedai khas.
Pembungkusan dan pertukaran label gambar amaran sekarang kepada baharu dan beberapa produk merokok memerlukan cara pembungkusan berbeza dan penguatkuasaan ini diberikan tempoh sehingga satu tahun. – UTUSAN




Source link
- 23% Shopee.com.my ★★★★★ 5KG @ 5LITER SABUN DOBI MALAYA RM9.90 RM12.86  BUY NOW - 10% Shopee.com.my ★★★★★ liquid detergen laundry Sabun dobi malaya 10liter@10kg/pencuci baju/detergen/wangian melekat pada fabrik RM17.98 RM19.98  BUY NOW Shopee.com.my ★★★★★ fabrics softerner 1liter RM3.80 BUY NOW Shopee.com.my ★★★★★ Dobi Bar Soap blue 160g RM1.50 BUY NOW The post Dobi, bangunan kerja kawasan baharu larangan merokok appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/dobi-bangunan-kerja-kawasan-baharu-larangan-merokok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
28 Tempat Larangan Merokok Di Bawah Akta 852

28 Tempat Larangan Merokok Di Bawah Akta 852

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 205 hits
Berikut adalah 28 tempat yang dilarang di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 Bangunan dobi dan bangunan tempat kerja turut tersenarai sebagai tempat dilarang merokok namun tindakan penguatkuasaan bagi kedua duanya ak...
Gurman Iphone Baharu Mungkin Tidak Lagi Akan Dilancarkan Setiap Tahun

Gurman Iphone Baharu Mungkin Tidak Lagi Akan Dilancarkan Setiap Tahun

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 84 hits
Selama bertahun tahun Apple Inc telah mengemas kini produk terbesarnya pada setiap tahun Walau bagaimanapun memandangkan rangkaian produk Apple telah berkembang dengan ketara mengekalkan kitaran kemas kini tahunan untuk barisan produk merek...
Tfc Miliki Calon Ketua Jurulatih Baharu

Tfc Miliki Calon Ketua Jurulatih Baharu

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 175 hits
KUALA TERENGGANU Terengganu FC sudah memiliki calon ketua jurulatih yang disenarai pendek bagi mengisi kekosongan ditinggalkan bekas pengendali Tomislav Steinbruckner Menteri Besar Datuk Seri Dr Ir Ahmad Samsuri Mokhtar bagaimanapun berkata...
Kalah Teruk Di Mahkota Bersatu Perlu Pemimpin Baharu Kata Penganalisis

Kalah Teruk Di Mahkota Bersatu Perlu Pemimpin Baharu Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 295 hits
freemalaysiatoday com01 Oct 2024Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari USM berkata pemimpin kanan seperti Hamzah Zainudin dan Azmin Ali sekalipun mesti memberi laluan kepada pemimpin muda Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dan Pengarah Pilihan ...
Tukar Tayar Baharu

Tukar Tayar Baharu

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 96 hits
Assalamualaikum WBT SEMALAM 28 September 2024 Sk menukar keempat empat tayar kereta senang tak payah fikir fikir lagi SK pernah cerita sebelum ini pasal tayar belakang sebelah pemandu boleh baca kisahnya Risau jugak setiap kali memandu atau...
Redone Mobile Kolaborasi Dengan Vivo Malaysia Perkenal Pelan Pascabayar 5g Baharu

Redone Mobile Kolaborasi Dengan Vivo Malaysia Perkenal Pelan Pascabayar 5g Baharu

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 152 hits
redONE Mobile mengumumkan pelancaran pelan pascabayar bundle baharunya pelan 5G Postpaid devicePRO yang hadir dalam 2 pilihan iaitu 8216 SuperJimat 8217 dan 8216 PowerGadget 8217 8216 SuperJimat 8217 direka untuk pengguna yang mencari pelan
Tersesat Di Kawasan Perumahan Bunian Wujudkah Kenchana

Tersesat Di Kawasan Perumahan Bunian Wujudkah Kenchana

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 132 hits
Kisah orang tersesat dan masuk ke alam sebalik mata atau lebih senang faham masuk alam ghaib bunian ni bukan cerita yang pelik Macam macam kisah Ada berjaya balik semula ke alam dan manusia ada yang tak terus bermastautin kat alam sana Tak ...
Aroma Lavender Di Sekitar Kawasan Klcc Mengundang Persoalan Rupa Rupanya

Aroma Lavender Di Sekitar Kawasan Klcc Mengundang Persoalan Rupa Rupanya

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 242 hits
Siapa sangka tengah seronok berjalan di sekitar kawasan KLCC terasa seperti playing tourist di bandar sendiri tiba tiba ada pula sebuah lori bawa sebuah mangkuk tandas besar Lebih mengejutkan siap ada tangan yang keluar dan ambil pencuci ma...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025

Anwar Tak Mahu Najib Alami Nasib Sama Di Penjara

Jualan Biskut Raya 2025

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers