Doa Yang Menusuk Qalbu Ramadan Ini



Doa selepas Tarawih yang menusuk kalbu.


Selepas solat Witir, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang jarang-jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa.

Bacalah dengan teliti dan penuh syahdu. Di bawah doanya;

MUNAJAT RAMADAN…

Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadan yang suci ini, dengan rasa rendah diri, Kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepada-Mu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar daripada semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tidak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdir-Mu. Ya Allah.. takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, Janganlah kau menguji kami pada apa-apa yang tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu-pintu rahmat-Mu untuk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik... supaya dengannya kami dapat beribadah kepada-Mu.
Ya Allah.. Ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepada-Mu ya Allah…
Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pada-Mu bila ditimpa sakit,
Kami lupa kepada-Mu ketika senang, kami ingat pada-Mu apabila datang kesusahan.
Kami lupa kepada-Mu pada saat kami gembira, Kami ingat kepada-Mu ketika sedih dan kecewa,
Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingati-Mu tika usia sudah tua, ..

Justeru ya Allah... Ampunilah semua dosa kami.. Berikanlah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingati-Mu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua-dua ibu bapa kami,. Setiap titis susu ibu yang mengalir dalam diri kami...kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurga-Mu ya Allah...ya Rahman. Pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami...kau gantikanlah dengan keampunan yang membawanya ke syurga-Mu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan... Justeru kurniakanlah kepada kedua-dua ibu bapa kami tempat yang istimewa di syurga-Mu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…  golongkanlah mereka dalam orang-orang yang kau redhai. Apabila tiba pula giliran kami menuju barzakh-Mu..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik-baik, dalam keampunan dan rahmat-Mu ya Allah…

Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..
Jika ada dalam kalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka Kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada dalam kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada dalam kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada dalam kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dalam kalangan kami mereka yang derhaka kepada ibu bapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak-anak yang taat dan berbakti.. sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya malikal mulk…

Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati. dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat dengan-Mu.. Sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaan-Mu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya.. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepada-Mu dengan jiwa yang tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Janganlah kau jadikan Ramadan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadan yang akan datang…

Tapi, andai ini Ramadan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah Ramadan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayang-Mu ya Allah…jadikanlah Ramadan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami.. Ya Allah…temukanlah kami dengan Lailatul qadr…pilihlah kami dalam kalangan hamba-Mu yang dapat beramal di malam al-Qadr….Ya Allah.. terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami... amankanlah kehidupan kami di sana nanti yang kekal abadi…kurniakanlah kepada kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

Amin....Amin Ya Allah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2014/06/doa-yang-menusuk-qalbu-ramadan-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Niat Puasa Ramadan Doa Berbuka Puasa Dan Niat Solat Terawih

Niat Puasa Ramadan Doa Berbuka Puasa Dan Niat Solat Terawih

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 1385 hits
Assalamualaikum happy weekend uolls Esok dah mula berpuasa Ibu ibu semua dah bersedia ke Bukan sedia menu berbuka atau sahur yer sebab dalam group masak apa hari ini semua pakat share dah menu berbuka dan sahur untuk seminggu malah ada yang...
Kekal Bertenaga Susu Pun Banyak Walaupun Berpuasa Ini 25 Rahsia Ibu Menyusu Dapat Kenyangkan Anak Ketika Bulan Ramadan

Kekal Bertenaga Susu Pun Banyak Walaupun Berpuasa Ini 25 Rahsia Ibu Menyusu Dapat Kenyangkan Anak Ketika Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 628 hits
Ibu yang menyusukan pastinya lebih letih dan merasa lapar ketika berpuasa Anda tidak perlu meninggalkan ibadah berpuasa asalkan ada pengetahuan bagaimana untuk mengekalkan tenaga berpanjangan Paling penting usah lupa bersahur dan ambil maka...
Mereka Ingin Membuat Kejutan Untuk Keluarga Di Kampung Hasrat Lima Sekeluarga Sambut Ramadan Tidak Kesampaian

Mereka Ingin Membuat Kejutan Untuk Keluarga Di Kampung Hasrat Lima Sekeluarga Sambut Ramadan Tidak Kesampaian

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 418 hits
Mereka Ingin Membuat Kejutan Untuk Keluarga Di Kampung Hasrat lima sekeluarga sambut Ramadan tidak kesampaian Hasrat lima sekeluarga membuat kejutan kepada keluarga di kampung untuk menyambut Ramadan yang dijangka Isnin ini tidak kesampaian...
Niat Puasa Sebulan Di Bulan Ramadan

Niat Puasa Sebulan Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 4689 hits
Esok seluruh umat Islam akan mula berpuasa di bulan Ramadan Bulan Ramadan merupakan bulan yang amat mulia dan barakah bagi Umat Islam kerana pada bulan ini semua umat Islam yang cukup syarat diwajibkan menjalankan ibadah puasa di siang hari...
Ibadah Zakat Lengkapkan Lagi Keindahan Ramadan

Ibadah Zakat Lengkapkan Lagi Keindahan Ramadan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 349 hits
PUASA DAN ZAKAT MERUPAKAN DUA KEWAJIBAN YANG HARUS KITA LAKSANAKAN SEBAGAI SEORANG MUSLIM PUASA YANG DIWAJIBKAN ADALAH PUASA PADA BULAN RAMADAN MAKANALA ZAKAT PULA WAJIB DIKELUARKAN JIKA TELAH CUKUP SYARATNSempena menjelang Ramadan Pusat Pu...
Cara Menetapkan Anak Bulan Ramadan

Cara Menetapkan Anak Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 836 hits
Cara Menetapkan Anak Bulan RamadanKewajipan puasa ke atas umat Islam bermula pada tahun 2 Hijrah Nabi Muhammad SAW melakukannya ibadah puasa di bulan Ramadan sebanyak 9 kali sebelum wafat pada tahun ke 11 Hijrah iaitu 11 Rabiulawal Cara men...
Set Menu Ramadan 2019 Grandmama S Malaysia

Set Menu Ramadan 2019 Grandmama S Malaysia

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 1027 hits
Set Menu Ramadan 2019 Grandmama s MalaysiaSet Menu Ramadan 2019 Grandmama s Malaysia Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Bulan Ramadan is coming Mesti anda sedangtercari cari tempat makan mana yang best untuk berbuka puasa nanti Jika anda ...
Buffet Ramadan 2019 The Venue Shah Alam

Buffet Ramadan 2019 The Venue Shah Alam

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 1024 hits
Buffet Ramadan 2019 The Venue Shah AlamBuffet Ramadan 2019 The Venue Shah Alam Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Pejam celik pejam celik kita semakin hampir dengan bulan Ramadan pastinya paling dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia Se...
20 Checklist Persediaan Menyambut Bulan Ramadan Penghulu Segala Bulan

20 Checklist Persediaan Menyambut Bulan Ramadan Penghulu Segala Bulan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 398 hits
Alhamdulillah bulan Ramadan datang lagi Satu bulan yang memang dinanti nantikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan Oleh itu kedatangannya memang ditunggu kerana bula...
Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Filem Ngesot

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office

Sultan Pahang Mohon Mendoakan Tengku Hassanal Segera Mendirikan Rumah Tangga

Mahalini Dah Peluk Islam

Ibu Meraung Luluh Hati Lihat Kaki Anak Putus Akibat Kemalangan Motorsikal Depan Sekolah

Fiersa Besari April Chord



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Fuel Your Competitive Spirit Wallet Bet On Esports Games

Saksi Dengar Dentuman Kemudian Pokok Hempap Kenderaan

Mayat Wanita Dalam Tangki Air Kuarters Universiti

Berita Prk Kkb Terkini Pengundi India Menjadi Penentu

Lelaki Diganggu Oleh Pemandu Selepas Mengekori Kenderaannya

Indonesia Kaji Semula Tadbir Urus Pekerja Asing