Buffet Ramadan 2019 The Venue Shah Alam
Buffet Ramadan 2019 - The Venue Shah Alam
Buffet Ramadan 2019 - The Venue Shah Alam | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Pejam celik, pejam celik kita semakin hampir dengan bulan Ramadan, pastinya paling dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia. Seperti biasa, bila masuk bulan Ramadan mesti anda akan cari tempat makan yang menarik untuk berbuka puasa nanti. Jadi Momi ada ternampak satu buffet ramadan sekitar Shah Alam, iaitu dekat 'The Venue Shah Alam' yang terletak di Tiong Nam Industrial Park, Seksyen 15 Shah Alam.
Buffet Ramadan 2019 - The Venue Shah Alam
Bufet Ramadan dekat The Venue Shah Alam kali ini bertemakan "Colours of Ramadan" yang pastinya akan membuat anda tak senang duduk dengan menu yang dihidangkan. The Venue Shah Alam memfokuskan hidangan-hidangan masakan melayu bersama 'Kambing Golek' dan 'Grilled BBQ' dengan harga yang berpatutan.
Buffet Ramadan 2019 - The Venue Shah Alam
Kalau berbuka pasti ramai yang cari nasi kan? Di The Venue Shah Alam terdapat Nasi Briyani Bukhara, Nasi Arab, Nasi Tomato, Nasi Minyak dan Nasi Putih. Takkan makan nasi sahaja kan, pasti ada lauknya. Disini terdapat pelbagai masakan ayam iaitu Ayam Cili Padi, Rendang Ayam, Ayam Percik,Ayam Masala, Kurma Ayam, Kari Ayam, Ayam Berlado dan Ayam Kerutuk. Untuk lauk daging pula, ada pelbagai menu masakan seperti Daging Gulai Kawoh, Daging Briyani, Daging Masak Lemak Cili Padi, Daging Masak Lada Hitam,Daging Kam Heong, Daging Baghdad dan Daging Dendeng.
Buffet Ramadan 2019 - The Venue Shah Alam
Buffet Ramadan 2019 - The Venue Shah Alam
Buffet Ramadan 2019 - The Venue Shah Alam
Selain itu, ada pelbagai hidangan lain seperti Kari Ikan, Ikan Bakar, Kupang Goreng Pedas, Lala Masak Halia, Sotong Sumbat, Sambal Udang Petai, Cucuk Cucuk Steamboat, Aneka Sup, Noodle Station dan Ketam Masak Lemak Cili Padi. Untuk pencuci mulut pula, terdapat Kuih Kuih Melayu dan pelbagai jenis buah-buahan tempatan dihidangkan dekat 'Dessert Corner'. Selain itu, ada juga dua jenis bubur yang dihidangkan setiap hari.
Buffet Ramadan 2019 - The Venue Shah Alam
Buffet Ramadan 2019 - The Venue Shah Alam
Buffet Ramadan 2019 - The Venue Shah Alam
Buffet Ramadan 2019 - The Venue Shah Alam
Buffet Ramadan 2019 - The Venue Shah Alam
Buffet Ramadan 2019 - The Venue Shah Alam
Buffet Ramadan 2019 - The Venue Shah Alam
Buffet Ramadan 2019 - The Venue Shah Alam
Buffet Ramadan 2019 - The Venue Shah Alam
Selain dari hidangan yang lazat, The Venue Shah Alam turut menyediakan kemudahan yang sesuai untuk semua para pelanggan yang hadir. Dewan The Venue Shah Alam ini memang luas dan selesa dan boleh memuatkan 1000 orang dalam satu satu masa. Anda juga dihiburkan dengan persembahan dari live band. Pastinya The Venue Shah Alam menyediakan kemudahan surau supaya tidak terlepas menunaikan kewajipan. Selain itu, anda tidak perlu bayar harga parkir kerana parkir adalah percuma
Buffet Ramadan 2019 - The Venue Shah Alam
Harga Buffet Ramadhan 2019 Di The Venue, Shah Alam
Menarik kan? Okay, Buffet Ramadhan 2019 di The Venue Shah Alam akan bermula sepanjang bulan Ramadhan 2019 iaitu dari 6 Mei 2019 - 1 Jun 2019 dari 6.30 petang hingga 10.30 malam. Harga Buffet Ramadhan The Venue Shah Alam adalah seperti berikut :
Dewasa (Seorang) - RM55Kanak-Kanak (7-12 Tahun) - RM30
Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Buffet Ramadhan di The Venue Shah Alam , sila hubungi 019-8585825 atau sila layari media sosial mereka di Facebook "The Venue Shah Alam" dan Instagram "The Venue Shah Alam". Selamat berbuka guys!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.rafzantomomi.com/2019/05/buffet-ramadan-2019-venue-shah-alam.html