Kelebihan Dan Tip Guna Planner Dalam Kehidupan Seharian
Sepatutnya plan nak kongsi tentang
Planner 2024 adalah pada hujung tahun lepas. Lepas tu asyik la terlupa.
Hujung tahun lepas selamat beli Planner
sempena nak sambut kedatangan tahun baru. Korang jenis suka guna planner tak?
Kalau ya perkongsian kali ini
mungkin bermanfaat. Belajar dari tahun lepas, dah serik nak beli planner yang
mahal tapi end up guna tak sampai separuh pun.
Salahkan diri sendiri sebab
membazir. Huwaa. Jadi tahun 2024 nekad nak beli yang praktikal dan nipis sebab
kebanyakkan plan atau jurnal Diah lebih selesa catat dalam excel.
Kelebihan Dan Tip Guna Planner Dalam
Kehidupan Seharian
Walaupun dah hampir sebulan masuk
tahun baru rasa valid lagi kalau nak kongsi. Untuk entri kali ini Diah nak
kongsikan kelebihan dan tip guna planner.
Planner yang Diah beli ni simple tapi
lengkap. Berdasarkan pengalaman yang sudah, planner ni lengkap sangat dan memenuhi
keperluan untuk Diah rancangan masa depan. Ha gitu.
Untuk track perkembangan harian
Diah catat di Excel dan urus masa guna Google Calendar. Untuk tulis target mingguan, bulanan dan tahun Diah
selesa tulis dalam planner.
Tahu tak yang ramai tokoh yang berjaya rajin tulis dan rancang impian mereka sebab tu mereka berjaya - cuba tiru jadual orang berjaya ni.
Kelebihan Menggunakan Planner
Dalam Hidup
#1 Susun Atur Hidup
Planner akan membantu korang menguruskan
kerja dan mengatur kehidupan seharian korang dengan lebih baik dan teratur.
#2 Fokus
Planner membantu korang lebih fokus
untuk capai apa yang korang tetapkan. Segala perancangan bermula dengan perancangan
dan kemudian disusuli dengan tindakan.
#3 Jadi Pembantu Peribadi
Planner akan menjadi pembantu
peribadi yang akan catat segala perkara penting yang anda perlu selesaikan. Manusia
ni sifat dia mudah lupa, cara untuk tidak bebankan otak adalah dengan mencatat
pada buku / planner.
#4 Jurnal Pembangunan Diri
Planner sebagai bukti diri korang
melakukan perubahan memajukan diri. Penting untuk mencatat peringatan, kemajuan
diri sendiri. Boleh baca semula di hujung tahun nanti.
#5 Sumber Motivasi
Semangat nak berjaya, sikap rajin
tu akan sentiasa berubah-ubah. Jadi penting untuk ada planner untuk kita rujuk
bila Tengah ‘down’. Baca semula perkara
yang kita tulis dalam planner sebagai penguat semangat.
Tip Guna Planner Atur Kehidupan
Paling penting pilih planner yang
korang SUKA dan yakin boleh guna semaksimum mungkin. Pilih juga isi kandungan
yang menyeluruh.
Planner ni banyak jenis dan juga
saiz. Kalau korang kreatif buat je sendiri planner. Banyak je software yang
percuma boleh buat template sendiri.
Antara jenis planner yang wujud
di pasaran; bullet, spiral, ring binding, blank, grid, dotted. Tak cukup dengan
tu, beli sticker dan guna warna untuk hias planner korang.
Jangan semangat je beli planner
lepas tu tak tulis dan letak tindakan pun. Itu paling sedih ya.
Review Planner by MommyHappy Group
Pujian harus diberikan kepada pencipta
planner ni sebab dia berjaya kumpulkan semua perkara penting dalam satu buku dan
jadikan planner ni menarik.
Isi kandungan teratur, kertas
berwarna-warni dan berkualiti. Saiz planner ni sedang elok dan tidak terlalu
tebal.
Paling syok harga RM10 sahaja.
Jadi mudah nak bawa, simpan dalam
beg. Ini untuk mereka yang suka angkut planner ke mana saja. Ada empat design
cover pilihan dan Diah pilih warna Hitam.
Hitam kan warna misteri. Untuk yang
tak tahu nak tulis apa dalam planner korang tak payah risau sebab dalam ni
disediakan kotak tinggal korang nak isi je.
Secara tak langsung dia bagi kita
guide line cara nak tulis apa kita nak capai. Ini part saya yang paling menarik
perhatian Diah.
Kiranya waktu kita isi maklumat
tu kita akan kenal diri sendiri. kena fikir kekuatan diri, apa yang buat diri
kita unik, perancangan masa depan dan banyak lagi lah.
Bonus: planner ni juga ada bab
merancang kewangan dan monthly plan diet. Ada juga seksyen untuk release stress
(crossword, maze, sudoku, colouring).
Kesimpulan
Semoga entri Kelebihan Dan Tip Guna
Planner Dalam Kehidupan Seharian dapat memberi sedikit sebanyak manfaat
terutama untuk korang yang guna palnner.
Dah ada planner cuba buat sehabis baik
capai apa kita target.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2024/01/kelebihan-dan-tip-guna-planner-dalam.html