Pintu Langit Terbuka Doa Termakbul Jangan Lepaskan Peluang Untuk Minta Segala Hajat Kita Di Malam Nisfu Syaban



Pada 8 April bersamaan 14 syaban malam di mana yang di panggil Nisfu Syaban. Luangkan masa kita bersama keluarga dengan menghayati malam nisfu syaban ini agar seluruh umatNya dihindari virus yang menular

Nisfu syaaban bermaksud separuh daripada Bulan Syaban, iaitu pada malam ke-15. Malam Nisfu Syaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Malam Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru

Doa Dimakbulkan Antara Keistimewaan
Banyak kelebihan malam nisfu syaban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa

Berikut adalah beberapa hadis yang menceritakan kelebihan malam nisfu syaban yang dipetik dari laman Mufti Wilayah Persekutuan
Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhlk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380] Imam al-Zahabi mengatakan hadith ini dhaif disebabkan terdapat pada sanadnya Ibn Lahi’ah. [Lihat: Talkhis al-‘ilal al-Mutanihiyah, 184]
2. Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إنَّ اللهَ تعالى يَنْزِلُ ليلةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا ، فيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعْرِ غَنَمِ كلبٍ
Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkansebanyak bilangan bulu kambing pengawal”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 670] Al-‘Aini mengatakan hukum hadith ini adalah munqathi’. [Lihat: ‘Umdah al-Qari, 11:116]
3. Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ اطَّلَعَ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فَيَغْفِرُ لِلْمُؤْمِنِ، وَيُمْلِي لِلْكَافِرِينَ، وَيَدَعُ أَهْلَ الْحِقْدِ بِحِقْدِهِمْ حَتَّى يَدَعُوهُ
“Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan hamba-Nya kecuali dua (golongan) iaitu orang yang bermusuhan dan orang yang membunuh diri”. [Syu’ab al-Iman, no. Hadith 3551] Ibn Jauzi mengatakan bahawa hukum hadith ini adalah tidak sahih. [Lihat: al-‘Ilal al-Mutanihiyah, 2:560]
4. Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
يَطَّلِعُ اللهُ عزَّ وجلَّ إلى خَلْقِهِ ليلَةَ النِّصفِ مِنْ شَعْبَانَ ، فيَغْفِرُ لِعبادِهِ إِلَّا لِاثْنَيْنِ مُشَاحِنٍ ، وقَاتِلِ نَفْسٍ
Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Riwayat Ahmad, no. Hadith 6353] Ibn Hajar mengatakan sanadnya layyin (salah satu daripada ciri hadith dhaif). [Lihat: al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair, 2:43] Manakala Ahmad Syakir mengatakan sanadnya adalah sahih [Lihat: Musnad Ahmad, 10:127]
5. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِيْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِه إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
Apabial tiba malam nisfu Sya’ban, Allah SWT mengampunkan hamba-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665]
Amalan Pada Malam Nisfu Syaban
Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada malam nisfu SyaTetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya



Berikut adalah amalan-amalan yang menjadi tradisi masyarakat Islam di Nusantara:
Solat Sunat Nisfu Syaban
Solat sunat Nisfu Syaaban adalah termasuk dalam solat sunat mutlak, yang dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban. Ia boleh didirikan selepas mengerjakan Solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat qiamullail

Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dan mohon diubah segala yang tercatat dikitab Azali kearah positif bagi menginsafi dan mendekatkan diri kepada Allah SWT

Cara Mengerjakan Solat Sunat Nisfu Syaaban:
Lafaz niat:

Usolli sunnata lailati nisfi sya’bana rak’ataini lillahi taala
Maksud:
Sahaja aku solat sunat malam nisfu Syaban dua rakaat kerana Allah Taala
Rakaat pertama baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
Rakaat ke dua, selepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas.
Teruskan solat sehingga selesai. Selepas memberi salam, bacalah surah Yasin 3 kali

Membaca Surah Yasin Sebanyak 3 Kali
Selepas selesai melakukan solat sunat, bacalah surah Yasin tiga kali. Sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas solat Isyak dengan niat supaya:
Allah memanjangkan umur serta dapat beribadat
Menambah rezeki
Ditetapkan dan meningkatkan iman

Doa Nisfu Syaban
Selepas selesai membaca Yasin, bacalah doa nisfu syaban.Antara doa malam nisfu syaban yang boleh dibaca adalah seperti berikut:

Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas Muhammad dan sekalian keluarganya serta sahabat baginda

Ya Allah pemilik (semuanya) baik anugerah dan yang tidak dianugerahi, wahai yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai yang memiliki kurnia dan kenikmatan, tiada Tuhan kecuali Engkau. Engkaulah tempat berlindung,tempat memohon pertolongan dan pengaman bagi orang yang ketakutan

Ya Allah, jika Engkau telah menulis di dalam Ummul Kitab nasib kami sebagai orang yang sengsara, atau yang diharamkan mendapatkan kenikmatan, atau yang ditolak, atau yang disempitkan rezekinya, maka demi kemuliaan-Mu ya Allah, hapuskanlah kesengsaraan kami, keterhalangan kami dari nikmat, ketertolakan dan kesempitan rezeki kami

Dan tetapkanlah di dalam Ummul Kitab yang ada di sisi-Mu, kami sebagai orang yang bahagia, mendapat rezeki, mendapat taufik untuk melakukan kebaikan. Sesungguhnya Engkau telah berfirman dengan firmanMu yang hak di dalam kitab-Mu yang diturunkan kepada Nabi utusanMu, “Allah (berkuasa untuk) menghapus dan menetap yang dikehendakiNya dan di sisiNya Ummul Kitab.”
Ya Allah, dengan tajalli-Mu yang Maha Agung pada malam nisfu syaban yang mulia ini, yang di dalamnya dipisahkan dan dikukuhkan seluruh persoalan penting, kami mohon agar dihindarkan dari malapetaka yang kami ketahui ataupun yang tidak kami ketahui dan Engkau Maha Mengetahui, sesungguhnya Engkau Maha Pemurah dan Maha Mulia

Semoga salam dan sejahtera dilimpahkan kepada Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Segala puji bagiMu ya Allah, Tuhan pemelihara Alam

Hidupkan malam Nisfu Syaban dengan ibadah
Berikut adalah beberapa pendapat ulama’ berkaitan malam nisfu Sya’ban:
Telah berkata Imam al-Syafie RA:
Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam jumaat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam nisfu Sya’ban”

— Lihat: al-Um, 1:264
Ibnu Rajab RA mengatakan:
Berkaitan malam nisfu Sya’ban, pada zaman dahulu para tabi’in daripada penduduk al-Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir, dan beberapa para tabi’in yang lain memuliakannya (malam tersebut) dan mereka bersungguh-sungguh beribadah pada malam itu”

— Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 247
Oleh itu, hidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti solat sunat tasbih, baca al-Quran, berzikir, selawat, dan berdoa dengan niat:
Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah

Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit

Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan

Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah

Pendapat Ulama
Kesemua amalan ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan kerana kesemua amalan ini adalah bersifat umum. Terpulanglah kepada kita yang mana dirasakan lebih baik
Walau bagaimana pun, jangan diiktikadkan bahawa malam tertentu sahaja dianjurkan beramal seperti membaca al-Quran dan sebagainya, tetapi boleh dibuat pada bila-bila masa dan tidak semestinya dibaca Yasin 3 kali

Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim.

Jika Engkau takdirkan panjang usiaku
Tetapkanlah aku di jalanMu
Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu
Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada ketentuanMu

Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu

Agar tidak sia-sia sisa umurku berlalu…
Amin
SUMBER: AKUISLAM via https://ift.tt/2SOgTAZ

from Sehinggit Media https://ift.tt/34myzag
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/04/pintu-langit-terbuka-doa-termakbul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malam Nisfu Syaban Kelebihan Doa Amalan Yang Digalakkan

Malam Nisfu Syaban Kelebihan Doa Amalan Yang Digalakkan

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 407 hits
Malam Nisfu Sya ban adalah merupakan antara malam yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan Ini kerana padanya terdapat keampunan dan penerimaan doa daripada Allah bagi yang memohon
Malam Nisfu Syaaban Allah Mendengar Doa Kita Tanpa Hijab

Malam Nisfu Syaaban Allah Mendengar Doa Kita Tanpa Hijab

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 626 hits
Malam Nisfu Syaaban Allah Mendengar Doa Kita Tanpa Hijab Alangkah beruntungnya jika kita tergolong dalam golongan hambaNya yang terpilih terbuka pintu hati untuk memanfaatkan malam nisfu syaaban ini Malam di mana segala doa termakbul tanpa ...
Begini Doa Malam Nisfu Sya Ban Perbanyak 3 Amalan Sunnah Ini Untuk Mendapatkan Ampunan

Begini Doa Malam Nisfu Sya Ban Perbanyak 3 Amalan Sunnah Ini Untuk Mendapatkan Ampunan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 326 hits
Malam Nisfu Syakban tingkatkan amalan memohon pengampunan kepada Allah SWT Setidaknya ada tiga amalan yang baik dilakukan pada malam Nisfu Syaban Tiga amalan ini disarikan dari kitab Madza fi Sya ban karya Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki An...
Doa Malam Nisfu Sya Ban Dan Anjuran Membaca Surah Yasin

Doa Malam Nisfu Sya Ban Dan Anjuran Membaca Surah Yasin

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 493 hits
Salah satu malam yang paling dinanti dan diagungkan oleh umat Islam adalah Malam Nisfu Sya ban Waktu ini juga disebut dengan Lailatul Baro ah artinya malam pengampunan dosa malam berdoa dan malam pembebasan saat semua buku amal ibadah manus...
Tata Cara Dan Doa Sholat Taubat Di Malam Nisfu Sya Ban 8 April 2020 Malam Pengampunan Dosa

Tata Cara Dan Doa Sholat Taubat Di Malam Nisfu Sya Ban 8 April 2020 Malam Pengampunan Dosa

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 270 hits
Berikut tata cara dan doa salat Taubat di malam nisfu sya ban 8 April 2020 malam penganpunan dosa Salat taubat adalah salah satu salat sunnah untuk memohon ampun kepada Allah SWT atas segala dosa Sholat taubat menjadi amalan nisfu sya ban y...
Jom Hidupkan Malam Nisfu Syaaban

Jom Hidupkan Malam Nisfu Syaaban

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 580 hits
JOM HIDUPKAN MALAM NISFU SYA ABAN Jatuh pada Hari Rabu malam Khamis 08 April 2020 Malam ke 15 bulan Sya aban Nabi S A W bersabda Barangsiapa yang memberitahu berita datangnya bulan Sya aban kepada yang lain maka haram api neraka baginya Dig...
Jangan Penjara Remaja Langgar Pkp Mereka Perlu Diberi Peluang Kedua

Jangan Penjara Remaja Langgar Pkp Mereka Perlu Diberi Peluang Kedua

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 361 hits
PERTUBUHAN Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa menyarankan hukuman perintah khidmat masyarakat dikenakan ke atas pesalah muda yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan sebagai pengajaran kepada golongan terbabit Presidennya Datuk Zuhairi Ab...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip