Doa Untuk Orang Yang Meninggal Dunia Lelaki Perempuan
Doa untuk orang yang sudah meninggal dunia lelaki dan perempuan rumi dan jawi berserta terjemahan dalam Bahasa Melayu. Kematian adalah sesuatu yang dihadapi oleh semua orang di mana keadaan itu terpisahnya roh dan jasad seorang manusia.
Setiap makhluk di dunia ini yang bernyawa pasti akan berdepan dengan saat kematian yang datangnya tanpa diketahui waktu dan saatnya, malahan ia telah tertulis bilakah waktu nyawa seseorang itu akan dicabut oleh utusan Allah.
Kematian berlaku terhadap sesiapa sahaja sama ada perempuan, lelaki, bayi, kanak-kanak, orang dewasa, orang tua atau sesiapa sahaja. Ketika meninggal dunia tiada apa pun yang akan dibawa melainkan hanyalah amalan yang dilakukan ketika hidup.
Bagi mereka yang sentiasa beramal atau banyak amal dan ibadat sewaktu hidup pasti akan lebih mudah dan senang ketika di alam barzakh. Disebabkan itulah kita sebagai orang Islam wajib memperbanyakkan amalan di dunia ini.
Walau bagaimanapun, apabila meninggal dunia tiada apa lagi yang boleh dibawa oleh si mati dan tiada apa yang dapat membantunya kecuali tiga perkara iaitu amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh seperti sabda Nabi Muhammad SAW:
Sebagai seorang manusia atau anak yang masih lagi hidup dan meneruskan kehidupan di dunia wajib sentiasa mendoakan mereka yang telah meninggal dunia sama ada orang tua kita atau ibu bapa dan sesiapa saja termasuk ahli keluarga.
Dengan berdoa kepada Allah pasti akan dapat meringankan beban mereka sewaktu berada di alam barzakh serta doa itu juga supaya mereka mendapat keampunan daripada Allah SWT selepas meninggal dunia.
Doa Untuk Orang Yang Meninggal Dunia
Berikut dikongsikan doa untuk orang yang sudah meninggal dunia lelaki dan perempuan yang boleh anda bacakan dengan niat untuk membantu serta untuk meringankan beban mereka.
Doa Untuk Orang Meninggal Dunia Perempuan
Doa Untuk Orang Meninggal Dunia Perempuan Rumi
Maksudnya:
"Ya Allah, ampuni dan rahmatilah dia. Selamatkanlah dan maafkanlah dia. Berikan kehormatan untuknya, luaskanlah tempat masuknya. Mandikanlah dia dengan air yang jernih lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju yang putih dari kotoran.
Gantikanlah baginya rumah yang lebih dari rumahnya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya (di dunia). Masukkanlah dia ke dalam syurga, lindungilah dari azab kubur dan azab neraka." (Hadis Riwayat Muslim)
Baca : Mampukah Kita Jawab 5 Soalan Ini Di Alam Kubur Nanti?
Doa Untuk Orang Meninggal Dunia Lelaki
Doa Untuk Orang Meninggal Dunia Lelaki Rumi
Adalah menjadi kewajipan seorang anak untuk mendoakan kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia kerana tanpa mereka tiadalah diri kita di dunia ini. Pengorbanan orang tua kita sangat besar dan jasa mereka tidak mampu dibalas dengan wang ringgit, maka doa-doalah yang mampu membantu mereka.
Semoga perkongsian doa untuk orang yang sudah meninggal dunia sama ada untuk ibu bapa atau adik beradik dan sesiapa sahaja akan dapat membantu anda untuk mendoakan arwah yang amat anda sayangi itu. Semoga bermanfaat. - ilmualam.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ilmualam.com/2020/05/doa-untuk-orang-yang-meninggal-dunia.html