Surabaya Jururawat Hamil Meninggal Dunia Dipercayai Akibat Covid19
Seorang jururawat Hospital Royal Surabaya yang berstatus Pesakit Dalam Pengawasan bagi Covid-19 dilaporkan meninggal dunia, semalam.
Menurut laporan portal Kompas.com, mangsa, Ari Puspita Sari yang turut hamil menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 10.15 pagi waktu tempatan.
“Informasi yang kami dapat, mangsa memang hamil tetapi tidak dapat dipastikan usia kandungannya,” kata jurucakap hospital.
Kata jurucakap itu lagi, hasil ujian saringan COVID-19 mangsa masih belum diketahui namun jururawat malang itu mempunyai simptom-simptom jangkitan virus berkenaan.
Mangsa sebelum ini dilaporkan bertugas di wad pesakit biasa, bukan di wad merawat pesakit COVID-19.
Bagaimanapun sebagai langkah-langkah pencegahan, semua jururawat dan doktor yang pernah merawat mangsa kini diasingkan dan diarah menjalani ujian saringan COVID-19.
Turut tular di media sosial adalah satu rakaman video yang dikaitkan dengan mangsa, bagaimanapun kesahihan video berkenaan tidak dapat dipastikan.
Berita kematian mangsa turut dimuat naik oleh Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa di akaun Instagramnya.’
Kes positif Covid-19 di Indonesia lepasi angka 18 ribu
Sementara itu, kes positif Covid-19 di Indonesia sudah melepasi angka 18,000, dengan jumlah kematian meningkat kepada 1,191 orang.
Sebanyak 496 lagi kes positif baharu virus itu dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang dijangkiti Covid-19 seramai 18,010 orang.
View this post on Instagram
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un . Kembali pahlawan medis Jawa Timur, berpulang. Atas nama pribadi dan Pemprov Jawa Timur, saya ucapkan duka cita mendalam dan ucapan terimakasih sebesar-besarnya atas pengabdian dan pengorbanan almarhumah Ari Puspita Sari, S.Kep, Ns. . Doa terbaik kami, Semoga almarhumah dan janin yang dikandungnya syahid dan diganjar oleh Allah SWT dengan surga. Pun, semoga Allah memberikan ketabahan dan keikhlasan bagi keluarga besar yang ditinggalkan. Aamiin.A post shared by khofifah indar parawansa (@khofifah.ip) on May 18, 2020 at 12:45am PDTJurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 43 lagi kematian dilaporkan.
Provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 463 kes, diikuti Jawa Timur (209 kes), Jawa Barat (123) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
– Bernama
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.penangkini.com/2020/05/jururawat-hamil-meninggal-dunia.html