Doa Selepas Wuduk Maknanya
Doa Selepas Wuduk atau Wudhu adalah doa yang dibaca setelah selesainya pengambilan wuduk oleh seseorang individu muslim yang ingin menunaikan solat, membaca quran atau melakukan ibadah-ibadah lain.
Amalan membaca doa setelah mengambil wuduk ini, sangat besar pahalanya, dan perkara ini telah dinyatakan oleh Uqbah bin Amir R.A, yang menyatakan Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda bahawa:
Jadi bagi mendapatkan ganjaran pahala yang banyak dan bagi menjadi seorang muslimin dan muslimat yang lebih baik. Teruskan membaca artikel ini, untuk mengetahui lebih lanjut tentang doa ini.
Apa itu Wuduk?
Wuduk atau Wudhu daripada segi syarak merupakan satu perkara yang dilakukan bagi membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat.
Penjelasan berkenaan wudhu ini telah diterangkan dalam Surah Al-Maa’idah ayat keenam yang menyatakan:
“ Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali ...”
Surah Al-Maa’idah: 6
Ibadah wuduk ini wajib dilakukan apabila anda ingin menjalankan ibadah solat, tawaf atau ketika ingin memegang atau membaca mushaf Al-Quran. Jika kita tidak mengambil wuduk sebelum melakukan perkara-perkara tersebut, ibadah kita akan dikira sebagai tidak sah.
Niat Wudhu
Bagi anda yang baru ingin belajar tentang wudhu, berikut merupakan niat wudhu yang perlu dibaca sewaktu anda mengambil wudhu tersebut:
Nawaitu Rafaal Hadasi As-Ghori Lillahi Taala
Makna: Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala
Rukun Wuduk
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, rukun dalam menjalankan ibadah wudhu ini hanya ada empat sahaja iaitu:
Membasuh muka
Membasuh kedua belah tangan sehingga ke siku
Membasuh sebahagian daripada kepala
Membasuh kedua kaki sehingga buku lali
Perkara ini didasarkan kepada ayat keenam dalam surah al-Maa’idah seperti mana yang telah disebutkan di bahagian penerangan berkenaan apa itu wuduk, di bahagian sebelum ini.
Doa Selepas Wuduk
Setelah selesai mengambil wuduk, anda disunatkan membaca doa selepas wuduk ini bagi mendapatkan ganjaran pahala yang banyak:
اَشْهَدُاَنْ لَااِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَاشَرِيْكَ لَهُ.
Asy-hadu An Laa Ilaha illallahu Wahdahu Laa Syarikalah
وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًاعَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
Wa-asy-hadu Anna Muhammadan ‘Abduhu Warasuluh.
اَللّٰهُمَّ اجْعَلْنِىْ مِنَاالتَّوَّابِيْنَ،
Allahummaj-’alni Minat Tauwabin,
وَجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ
Waj-’alni Minal Mutatahhirin
.وَجْعَلْنِىْ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ
Waj-’alni Min ‘ibadikas-solihin.
Makna Doa:
Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah yang esa , tiada sekutu bagi-Nya .
dan saya bersaksi bahwa nabi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya .
Ya Allah jadikanlah aku orang yang ahli taubat ,
dan jadikanlah aku orang yang suci ,
dan jadikanlah aku dari golongan hamba-hamba Mu yang shaleh.”
Hikmah Mengambil Wudhu
Berikut adalah kelebihan lain yang bakal diperoleh apabila anda melakukan ibadah wudhu ini:
Menghilangkan segala kotoran badan terutama anggota wuduk.
Mengembalikan kesegaran pada tubuh dan semangat beribadat.
Dapat menghadap Allah S.W.T dalam keadaan suci, bersih dan sempurna.
Menzahirkan kesopanan hamba sewaktu menghadap penciptanya.
Membersihkan jiwa dan tingkah laku daripada sifat-sifat buruk.
Menghilangkan rasa letih dan malas.
Menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh anggota wuduk.
Diharapkan artikel ini membantu kita dalam menambah baik cara pengambilan wudhu, dan dalam masa yang sama menjadikan kita seorang muslim yang lebih baik.
Baca artikel berkenaan Solat Sunat Rawatib ini untuk memahami lebih lagi tentang solat sunat sebelum dan setelah solat fardhu, yang mampu menampung kekurangan solat fardhu anda.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/doa-selepas-wuduk/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-selepas-wuduk