Doa Makan Sebelum Selepas


Doa Makan – Sebelum & Selepas (Bahasa Arab, Rumi & Maksudnya)
Doa makan adalah merupakan salah satu doa yang sering diajarkan di sekolah mahupun di rumah sejak kita kanak-kanak lagi. 
Membaca doa sebelum dan selepas makan adalah sebagai tanda mensyukuri nikmat makanan yang Allah kurniakan sekaligus memohon kebaikan daripada apa yang kita makan. 
Berikut dikongsikan beberapa informasi mengenai doa makan dengan lebih lanjut. 
BACA JUGA: Doa Syifa, Selawat Syifa & Ayat-Ayat Syifa Dalam Alquran
Membaca Bismillah Sebelum Makan Sebelum makan, kita dianjurkan menyebut Bismillah. Hal ini adalah sebagaimana sabda Nabi SAW :
إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا فَلْيَقُلْ : بِسْمِ اللَّهِ، فَإِنْ نَسِيَ فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ : بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ
Maksudnya : “Sekiranya seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (Bismillah). Sekiranya dia terlupa (menyebut nama Allah) pada awal (mula makan), maka sebutlah ‘Bismillahi awwaluhu wa akhirahu’ (Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya).” [HR al-Tirmizi (1858)]
Di dalam hadis yang lain, Nabi SAW ada bersabda :
سَمِّ اللَّهَ، وَكُلْ بيَمِينِكَ، وَكُلْ ممّا يَلِيكَ
Maksudnya : “Bacalah Bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang paling hampir denganmu.” [HR al-Bukhari (5376) dan Muslim (2022)]
Doa Makan  Menurut laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, riwayat yang menyebutkan bahawa doa sebelum makan dengan lafaz (اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ) adalah hadis yang munkar. 
Walaubagaimanapun doa makan yang sering diajarkan ini boleh diamalkan namun tidak boleh beriktikad bahawa lafaz tersebut daripada Nabi SAW.
Terdapat dalam riwayat yang lain doa yang hampir sama sepertimana yang diamalkan pada hari ini ialah doa yang diajarkan oleh Saidina Ali RA:
بِسْمِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتنَا
Maksudnya: “Dengan nama Allah, Ya Allah berkatilah segala apa yang Engkau rezekikan kepada kami.”
Terdapat juga riwayat lain yang mempunyai makna hampir sama namun dengan lafaz berbeza. 
Nabi SAW bersabda:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
Maksudnya: “Ya Allah, berkatilah makanan kami ini dan berilah kami kebaikan daripada makanan tersebut.” – Riwayat al-Tarmizi
Kesimpulannya, anda boleh berdoa sebelum makan dengan mana-mana doa setelah membaca Basmallah. 
Doa Selepas Makan Diriwayatkan oleh Imam al-Tarmizi dalam Sunan al-Tarmizi, lafaz doa selepas makan adalah seperti berikut:
الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذي أطْعَمَنَا وَسَقانا وَجَعَلَنا مُسْلِمِينَ
Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang memberikan kami makan dan minum serta menjadikan kami dalam kalangan orang Islam.” – Riwayat al-Tarmizi
Selain itu, disunatkan untuk mengucapkan hamdalah (pujian kepada Allah SWT) selepas makan sebagai tanda syukur atas rezeki yang diberikan.
Terlupa Membaca Basmalah Sebelum Makan Sekiranya anda terlupa untuk membaca Basmalah di awal (sebelum makan), bacalah pada baki (makanan itu) dengan menyebut;
 بِاسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ 
Maksudnya: Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya.
Hikmah Membaca Doa Makan 1. Mendapat keberkatan – Rasa kenyang. 
Nabi SAW pernah bersabda kepada sebahagian sahabat yang mengadu mereka makan tetapi tidak kenyang bahawa :
فاجتَمِعوا على طَعامِكم، واذكُروا اسمَ اللهِ عليه، يُبارِكْ لكم فيه
Maksudnya : “Hendaklah kamu semua makan secara bersama-sama dan sebutlah nama Allah ke atas makan itu. Maka, Dia akan memberikan keberkatan buat kamu semua padanya (makanan itu)” [HR Abu Daud (3764)]
2. Menghalang serta menjauhkan syaitan daripada makan bersama-bersama.
 “Rasulullah SAW pernah duduk, dan ada seorang lelaki sedang makan tetapi tidak membaca nama Allah sehinggalah tidak tinggal daripada makanannya melainkan satu suapan sahaja. Kemudian, tatkala dia mengangkat suapan terakhir tersebut ke dalam mulutnya, dia membaca, ‘Bismillahi Awwaluhu wa Akhiruhu’ (Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya). Nabi SAW ketawa dan kemudiannya bersabda : “Syaitan terus makan bersamanya, kemudian apabila dia menyebut nama Allah, syaitan itu memuntahkan semula apa yang ada di dalam perutnya (yang dimakan).” [HR Abu Daud (3768)]
3. Berdoa agar makanan tersebut memberi manfaat kepada diri kita. 
Memulakan makan dengan menyebut nama Allah adalah bermaksud aku memohon keberkatan dengan nama Allah, dengan mengharapkan Dia akan memberi manfaat dengan makanan tersebut.
RUJUKAN:
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4067 https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/5508 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/doa-makan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-makan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Selepas Wuduk Maknanya

Doa Selepas Wuduk Maknanya

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 351 hits
Doa Selepas Wuduk atau Wudhu adalah doa yang dibaca setelah selesainya pengambilan wuduk oleh seseorang individu muslim yang ingin menunaikan solat membaca quran atau melakukan ibadah ibadah lain Amalan membaca doa setelah mengambil wuduk i...
Mee Goreng Untuk Makan Tengahari Selepas Hadiri Forum

Mee Goreng Untuk Makan Tengahari Selepas Hadiri Forum

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 279 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Mee goreng untuk makan tengahariHari ini Jumaat ada forum Hal Ehwal Islam sempena sambuat Bulan Inovasi tahun 2023 Bertempat di Dewan Al Khawarizmi atau Dewan Kuliah Utama Program bermula dengan pendaft...
Niat Wudhu Rukun Doa Selepas Berwudhu Panduan Lengkap

Niat Wudhu Rukun Doa Selepas Berwudhu Panduan Lengkap

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 451 hits
Niat Wudhu Rukun Doa Selepas Berwudhu Panduan Lengkap Sebelum beribadah khususnya menunaikan solat kita diwajibkan untuk mengambil wudhu dengan sempurna untuk memastikan ibadah kita sah Oleh itu mempelajari cara menunaikan wudhu dengan semp...
R R Perasing Disiasat Selepas Wanita Meninggal Dunia Makan Roti Basi

R R Perasing Disiasat Selepas Wanita Meninggal Dunia Makan Roti Basi

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 231 hits
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengesahkan kematian seorang wanita akibat keracunan makanan yang disyaki selepas makan makanan basi yang dibeli di medan selera kawasan Rehat dan Rawat Perasing Kemaman baru baru ini Menurut Pengarah
Meninggal Dunia Selepas Makan Sandwic Dibeli Di R R Jabatan Kesihatan Tunggu Analisis Sampel

Meninggal Dunia Selepas Makan Sandwic Dibeli Di R R Jabatan Kesihatan Tunggu Analisis Sampel

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 153 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sedang menunggu keputusan analisis sampel makanan berkait dakwaan tular punca wanita berusia 54 tahun keracunan hingga meninggal dunia pada Selasa Pengarah JKNT Kasemani Embong ...
Damia Aisyah Berpegangan Tangan Terjun Ke Sungai Sebelum Hilang

Damia Aisyah Berpegangan Tangan Terjun Ke Sungai Sebelum Hilang

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 374 hits
Syaherah Mustafaam hmetro com myOPERASI mencari Nur Damia Qiasara 11 yang dikhuatiri lemas di sungai Kampung Petai Dusun jam 6 30 petang FOTO Syaherah MustafaRantau Panjang Saya lihat Damia dan Aisyah berpegangan tangan terjun ke sungai seb...
Besarkan Anak Lelaki Lain Cabarannya Ini 10 Nasihat Penting Sebelum Anak Dewasa

Besarkan Anak Lelaki Lain Cabarannya Ini 10 Nasihat Penting Sebelum Anak Dewasa

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 282 hits
Baik anak lelaki mahupun anak perempuan tanggungjawab membesarkan mereka teramatlah besar Anak yang dibesarkan dalam persekitaran positif dilimpahi kasih sayang dan perhatian mereka pasti akan membesar menjadi anak yang lebih mudah Namun ji...
Khawarij Bertindak Sebelum Terlambat

Khawarij Bertindak Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 156 hits
SUSUPAN PAGIKEWUJUDAN kumpulan parti politik disebut berfahaman Khawarij yang mengambil pendekatan kekerasan dan sombong hendaklah diberi perhatian serius Kumpulan ini sombong langsung tidak boleh ditegur dan menganggap mereka sahaja Islami...
Sebelum Meninggal Lukas Enembe Cuci Darah 15 Kali Di Rspad

Sebelum Meninggal Lukas Enembe Cuci Darah 15 Kali Di Rspad

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 211 hits
Sebelum meninggal dunia Lukas menjalani perawatan di RSPAD sejak Oktober 2023
1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Pilot In Kapar Crash Was Under Influence Of Alcohol Says Report

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


9 Himpunan Doa Para Nabi Disebut Dalam Al Quran

Ladang Jualan Orkid Rawang

Ways To Monetize Your Domains

Rezeki Yang Tidak Disangka

Ibu Rindu Yaya

Bauan Teddys Dream Lovely Lace Wangi Ya Amat