Doa Selepas Solat Hajat Panduan Menunaikan Solat Sunat Hajat
Solat hajat adalah merupakan solat sunat yang dikerjakan apabila kita berhajat sesuatu daripada Allah, sama ada inginkan kebaikan mahupun untuk menolak keburukan.
Selain itu, Imam al-Syatibi mentakrifkan hajat sebagai sesuatu yang amat diperlukan oleh seseorang untuk melapangkannya daripada situasi kesempitan yang lazimnya membawa kepada kesukaran.
Dengan melakukan solat hajat bersungguh-sungguh, Allah SWT pasti akan memperkenankan doa yang kita hajati dengan izinNya.
Seperti firman Allah dalam Surah Ghafit ayat 60 yang bermaksud;
“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
BACA JUGA: Solat Sunat Sebelum Subuh – Cara Menunaikan & Ganjarannya
Bilakah Solat Sunat Hajat Boleh Dilakukan?
Secara umumnya, solat sunat hajat boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja kecuali pada waktu yang diharamkan solat.
Solat sunat ini disarankan untuk dilakukan terutamanya apabila anda mempunyai suatu hajat yang baik untuk dipohon kepada Allah SWT.
Selain itu, ia juga sangat digalakkan untuk ditunaikan pada waktu sepertiga malam apabila anda selesai menunaikan solat Tahajud.
Hukum Solat Hajat
Hukum menunaikan solat Hajat adalah sunat seperti yang telah disepakati oleh para ulama. Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn Abi Awfa Al-Aslami r.a., beliau berkata :
Rasulullah S.A.W pada suatu hari telah keluar menuju ke arah kami lalu bersabda:
Sesiapa yang mempunyai sebarang hajat kepada Allah atau kepada salah seorang daripada makhluk-Nya, maka hendaklah dia berwuduk dan kemudiannya solat dua rakaat lalu dia membaca:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ أَسْأَلُكَ أَلاَّ تَدَعَ لِي ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا لِي
Maksudnya: Tidak ada tuhan yang diabdikan diri selain Allah, Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan kepada ‘arasy yang agung. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perkara-perkara yang mendatangkan rahmat-Mu, serta pengampunan-Mu, ghanimah dari setiap kebaikan, dan kesejahteraan daripada semua dosa. Aku juga memohon ampun kepada-Mu, supaya Kau tidak meninggalkan kepadaku satu dosapun kecuali telah Kau ampunkannya. Tidak juga sebarang kegusaran melainkan Kau pemudahkan ia, serta tidak ada hajat yang Kau redha kepadanya melainkan kau laksanakan ia untuk diriku.Kemudian dia meminta kepada Allah berkenaan perkara dunia dan akhirat, maka sesungguhnya ia ditakdirkan.
– Hadith riwayat Ibn Majah, no. 1384
Panduan Menunaikan Solat Hajat
Umumnya, cara menunaikan solat hajat adalah sama seperti menunaikan solat sunat dua rakaat yang lain. Ia boleh dilakukan secara bersendirian ataupun secara berjemaah.
Sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Abdullah bin Abu Awfa, solat hajat ditunaikan sebanyak dua rakaat.
Namun, terdapat juga pendapat yang berlainan tentang bilangan rakaat solat sunat hajat. Ada yang berpendapat empat rakaat ada juga yang berpendapat dua belas rakaat.
Lafaz Niat
Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala
Pada rakaat pertama dan kedua, baca Al-Fatihah dan surah pilihan anda.
Dalam sujud terakhir, bacalah doa Nabi Yunus (40x) dan mohonlah sebarang hajat dalam hati.
Doa Selepas Solat Hajat
Selepas selesai menunaikan solat hajat, beristighfarlah sebanyak 10x, bertasbih, bertahmid dan berselawat ke atas nabi. Kemudian, baca doa di bawah ini:
Penutup
Jangan pernah menyerah dalam berdoa dan memohon hajat yang baik daripada Allah. Pohonlah dengan bersungguh-sungguh dan penuh keyakinan bahawa Allah pasti akan mengabulkannya.
Semoga bermanfaat!
RUJUKAN:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/doa-selepas-solat-hajat/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-selepas-solat-hajat