Doa Selepas Azan Serta 7 Perkara Sunat
Membaca doa selepas azan merupakan satu amalan yang dianjurkan oleh nabi Muhammad sallallahu Alaihi Wasallam, ia juga merupakan amalan sunat yang biasa akan dilakukan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam setelah selesainya azan berkumandang oleh para muazzin bagi setiap masjid. Sudah tentu kita sebagai umat nabi Muhammad sallallahu Alaihi wassalam yang mencintai baginda semestinya mengamalkan amalan sunnah ini atau doa selepas azan dengan kefahaman yang baik.
tahukah anda bahawasanya waktu kita membaca doa selepas azan itu adalah salah satu tempat waktu paling mustajab untuk kita berdoa. Oleh itu disebabkan fadhilat doa selepas azan adalah satu waktu yang mustajab kita berdoa kita digalakkan untuk menyertakan bacaan keampunan doa kepada ibu bapa kita dan keampunan ke atas diri kita sendiri daripada pelbagai dosa yang telah kita lakukan. Ikuti telegram “Sistem Guru Online”.
Azan dan Iqomah Dalam Syariat Islam
Untuk pengetahuan semua, azan secara bahasa bermaksud satu pemberitahuan atau panggilan atau seruan. Azan juga adalah satu seruan atau panggilan yang mempunyai perkataan-perkataan kalimah-kalimah tertentu untuk memberitahukan bahawa hanya waktu solat fardhu 5 waktu telah masuk. Seruan azan ini merupakan satu syariat Islam yang mengajak umat-umat Islam atau orang Islam secara khususnya untuk bersegera berkumpul ke masjid bagi menunaikan solat fardu 5 waktu.
Selain daripada itu, iqomah bermaksud bangkit atau berdiri dengan lafaz-lafaz yang tertentu atau kalimah-kalimah yang ditetapkan bagi memaklumkan bahawasanya para makmun atau hadirin yang hadir di masjid agar bersiap-sedia untuk melaksanakan solat fardhu tersebut.
Azan yang bagus adalah dilakukan oleh seorang muazzin yang mempunyai suara yang jelas bacaannya, lantang dan suaranya sedap didengari oleh para muslimin yang berdekatan. Dan benda yang paling besar adalah muadzin haruslah menghayati kalimah-kalimah azan dan iqamah di sebutkan dengan pengamatan yang mendalam tentang maksud-maksud dan pujian pujian kepada Allah subhanahu wa Ta’ala.
Insya-allah dengan penghayatan yang mendalam dalam kita menyeru seruan azan orang yang berdekatan akan mendengar dengan penuh penghayatan juga untuk melaksanakan perintah Allah subhanahu wa Ta’ala.
Cara Jawab Azan
Sesiapa belum tahu bagaimana untuk kita jawab kembali jika muazzin melaungkan seruan azan dengan satu persatu. Rujuk gambar rajah dibawah:
Cara Membaca Doa Selepas Azan Dalam Bahasa Arab dan Rumi
Untuk pengetahuan anda semua, selesai habis sudah kita disunatkan untuk membaca doa selepas azan dan disunatkan juga untuk berselawat ke atas junjungan kita nabi Muhammad sallallahu Alaihi Wasallam. Di samping itu, Kami sediakan cara baca doa selepas azan dan maksudnya sekali di bawah:
Bacaan Rumi
Allahumma rabba hazihi da’ watittamahhh
Wasolatil qaimah
Ati saiyidana Muhamadanil wasilata wal fadhilah
Wassyarafa waddarojatal ‘aliyata rafi’ah
Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah
Innaka laatukhliful mi’ad
Kelebihan, Hikmah Doa Selepas Azan & 7 Amalan Sunat
Sudah tentu jika Rasulullah sallallahu alaihi wasallam mengajarkan kepada kita sesuatu amalan sudah tentu mempunyai ganjaran dan pahala yang di tetapkan oleh Allah subhanahu taala berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam, barangsiapa yang mendengar azan kemudian yang membaca doa setelah selesai azan.
Facebook Jakim
Hikmah Disebalik Doa Selepas Azan.
Anda mungkin bertanya-tanya, apa manfaat atau hikmah dibalik amalan membaca doa selepas azan.
Dari Jabir bin Abdillah RA, kita mengetahui bahawa Rasulullah SAW bersabda yang ertinya:
“Barangsiapa mendengar azan dan berdoa, ‘Ya Allah, wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang didirikan, berikanlah kepada Nabi Muhammad kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau janjikan’ – niscaya aku akan menjadi syafaat baginya di hari kiamat.”
Amalan Sunat Dianjurkan
Adalah berikut 7 amalan sunat digalakkan untuk kita amal
1. Dalam keadaan berwuduk
2. Menghadap arah kiblat
3. Dalam keadaan berdiri
4. Afdhal dilakukan di tempat tinggi
5. Bilal atau muazzin hendaklah mengeluarkan suara dengan nyaring
6. Mengulang-ulang lafaz syahadah (ucap dua kalimah syahadah)
7. Menutup kedua-dua telinganya dengan jari telunjuk semasa mengucap ‘Haiiya a’la ssolah’ seterusnya memusingkan kepala ke sebelah kanan dan memusingkan kepala ke sebelah kiri semasa lafaz ‘Haiiya alalfalah’.
Jadi, jangan melepaskan peluang untuk mengamalkannya hanya dalam beberapa minit sahaja untuk membaca doa selepas azan. Semoga dengan amalan ini, Rasulullah akan mengenal kita yang pernah mendoakannya.
Hukum Azan Dalam Islam
Seruan azan dalam Islam adalah satu seruan yang mana dianggap sebagai satu sunat muakkad yang perlu dibuat ketika ingin mendirikan solat fardhu. Melakukan azan adalah satu fardu kifayah yang mesti dibuat oleh salah seorang daripada ahli Korea atau satu kampung jika tiada yang melakukannya maka ahli komuniti yang lain tidak perlu lagi untuk melakukannya.
Doa Selepas Azan Serta 7 Perkara Sunat 7
Kesimpulan Doa Selepas Azan
Admin berharap dengan perkongsian mengenai cara baca doa selepas azan ini dapat menambah pengetahuan anda lalu beramal dengan amalan sunnah yang sudah lama dianjurkan pada diri kita. Perkongsian ini sedikit sebanyak membantu kita untuk sedar tentang besar dan hikmah sebenarnya membaca doa selepas azan. Mungkin ramai dikalangan kita hanya tahu baca sahaja namun perkongsian kita kali ini berharap ramai sedar akan kepentingan doa selepas azan dengan penuh penghayatan selamat beramal.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/11/doa-selepas-azan.html