Tahlil Arwah Serta Bacaan Doa Penutup Panduan Lengkap
Tahlil Arwah & Bacaan Doa Beserta Hukumnya ~ Di Malaysia, tahlil arwah adalah merupakan salah satu amalan yang sering dilakukan. Biasanya ia akan disertakan sekali dalam kenduri makan.
Pada artikel kali ini, berikut dikongsikan panduan tahlil arwah dan bacaan doa beserta hukumnya.
Mari baca.
Tahlil Arwah
Tahlil arwah adalah merupakan bacaan doa atau dan wirid zikir yang dilakukan bagi tujuan menghadiahkan pahalanya kepada orang yang meninggal dunia.
Ia merupakan gabungan antara bacaan ayat dan surah daripada al-Quran, zikir kepada Allah SWT yang merangkumi tasbih, tahmid, takbir dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW diikuti dengan memberi makan kepada orang ramai.
BACA JUGA: Solat Taubat – Niat, Cara Menunaikannya & Doa – Mudah saja!
Panduan Bacaan Tahlil Ringkas
1. Tahlil arwah akan dimulakan dengan ayat pembuka Al-Fatihah seperti di bawah;
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Untuk yang terhormat Nabi Muhammad SAW, segenap keluarga, dan para sahabatnya. Bacaan Al-Fatihah ini kami tujukan kepada Allah dan pahalanya untuk mereka semua. Al-Fatihah…”
2. Seterusnya baca Al-Fatihah.
3. Kemudian, baca Surah Al-Ikhlas (3 kali).
4. Diikuti dengan Tahlil dan Takbir.
Maksud: Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Allah maha besar.
5. Seterusnya, Surah Al-Falaq.
6. Diikuti dengan Tahlil dan Takbir.
Maksud: Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Allah maha besar.
7. Baca Surah An-Nas.
8. Diikuti dengan Tahlil dan Takbir.
Maksud: Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Allah maha besar.
9. Diteruskan lagi dengan membaca Surah Al Fatihah.
10. Kemudian, baca ayat awal surah Al-Baqarah.
11. Seterusnya, Al-Baqarah ayat 163.
12. Baca Ayat Kursi (Surah Al-Baqarah ayat 255)
13. Seterusnya, Al-Baqarah ayat 284-286.
14. Baca Surah Hud ayat 73 (ulang 3 kali)
15. Baca Surah Al-Ahzab ayat 33.
16. Seterusnya, baca Surah Al-Ahzab ayat 56.
17. Selawat ke atas Nabi (3 kali).
18. Memberi salam ke atas Nabi
19. Membaca Surah Ali Imran ayat 173 dan Surat Al-Anfal ayat 40.
20. Membaca Hauqalah.
21. Istighfar (3 kali).
22. Membaca ayat berikut;
23. Tahlil 33 atau 100 kali.
24. Membaca kalimah syahadah.
25. Diakhiri dengan bacaan Surah al-Fatihah
Bacaan Doa Selepas Tahlil
Untuk arwah lelaki (sebutkan nama pada tempat bergaris)
Untuk arwah perempuan (sebutkan nama pada tempat bergaris)
Untuk ramai arwah
Selepas membaca doa di atas, akhiri dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Penutup seperti di bawah:
NOTA: Susunan bacaan tahlil ini adalah bersumberkan dari Kitab Majmu’ Syarif.
RUJUKAN;
http://akuislam.com
http://mufti.terengganu.gov.my/
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3477-al-kafi-1288
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/tahlil-arwah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tahlil-arwah