Tahnik Bayi Panduan Step By Step Hukum Manfaatnya


Tahnik Bayi: Panduan ‘Step-by-Step’, Hukum & Manfaatnya
Kelahiran permata hati adalah satu detik yang ditunggu-tunggu oleh setiap ibu bapa. Terdapat beberapa sunnah yang dianjurkan untuk dilakukan agar anak tersebut diberikan keberkatan dan kebaikan dalam hidup serta sebagai tanda kesyukuran dengan kelahiran tersebut. 
Salah satu sunnah yang dianjurkan ialah melakukan tahnik. Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
Apa Itu Tahnik Bayi? Tahnik bayi adalah salah satu sunnah yang dilakukan Nabi Muhammad SAW kepada bayi baru lahir. Ia merupakan perbuatan ‘menyuapkan’ (calit) buah tamar yang telah dikunyah oleh individu yang soleh ke bahagian lelangit bayi. 
Dalam kalangan masyarakat Melayu, perbuatan ini juga dikenali sebagai ‘membelah mulut bayi’. Sekiranya tiada buah tamar, boleh gunakan manisan.
Walaubagaimanapun, elakkan menggunakan madu kerana ia mengandungi bakteria yang sangat berbahaya kepada bayi. 
Bila Perlu Tahnikkan Bayi? Bayi disunatkan untuk tahnik seawal usia kelahirannya. 
Hal ini berdasarkan kepada hadis daripada Anas bin Malik RA bahawa beliau membawa Abdullah bin Abu Talhah al-Ansari kepada Rasulullah SAW selepas Abdullah RA baru dilahirkan. Katanya:
ذَهَبْتُ بِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ الأَنْصَارِيِّ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم حِينَ وُلِدَ وَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي عَبَاءَةٍ يَهْنَأُ بَعِيرًا لَهُ فَقَالَ ‏”‏ هَلْ مَعَكَ تَمْرٌ ‏”‏ ‏.‏ فَقُلْتُ نَعَمْ ‏.‏ فَنَاوَلْتُهُ تَمَرَاتٍ فَأَلْقَاهُنَّ فِي فِيهِ فَلاَكَهُنَّ ثُمَّ فَغَرَ فَا الصَّبِيِّ فَمَجَّهُ فِي فِيهِ فَجَعَلَ الصَّبِيُّ يَتَلَمَّظُهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ حُبُّ الأَنْصَارِ التَّمْرَ ‏”‏ ‏.‏ وَسَمَّاهُ عَبْدَ اللَّهِ
Maksudnya: “Aku membawa Abdullah bin Abu Talhah al-Ansari RA yang baru lahir menemui Rasulullah SAW pada ketika itu, baginda memakai aba’ah (العباءة) sedang melumurkan untanya dengan minyak. Baginda bertanya: “Adakah kamu membawa tamar?” Aku menjawab: “Ada,” lalu aku menyerahkan beberapa biji kepada Baginda. Baginda pun memasukkan beberapa itu ke dalam mulut dan mengunyah-ngunyahnya. Kemudian, baginda membuka mulut Abdullah dan memasukkan tamar tersebut. Bayi itu pun menggerak-gerakkan lidah sambil menghisap manisnya. Kemudian, Rasulullah SAW bersabda: “Kesukaan orang Ansar ialah buah tamar. Lalu Baginda menamakannya Abdullah.”
Hadis riwayat Muslim: (2144) Jika bayi dilahirkan pada waktu pagi, maka seeloknya pada petang tersebut ditahnikkan dan diberikan nama tanpa perlu menunggu hari ketujuh. Ia perlu disegerakan jika tiada apa-apa sebab yang menghalangnya. 
Namun jika ada halangan dan kekangan untuk melakukan demikian, seperti bayi perlu dijaga dan mendapatkan rawatan di hospital, maka tidak mengapa untuk melewatkannya dalam tempoh masa tujuh hari atau lebih, selepas bayi sudah kembali sihat.
Hukum Tahnik Bayi Hukum mentahnik bayi adalah sunnah. 
Adalah disunatkan untuk membawa anak yang baru lahir kepada orang yang soleh untuk ditahnikkan supaya bayi tersebut boleh didoakan dengan doa yang baik dan berkat.
Ia bukanlah wajib dilaksanakan, dan jika seseorang itu meninggalkan perkara tersebut tidaklah dikira berdosa.
Panduan ‘Step-by-Step’ Mentahnik Bayi Berdasarkan perkongsian Ustaz Don:
1. Sediakan kurma dan air zamzam.
2. Mulakan dengan beristighfar.
3. Baca Al-Fatihah
4. Baca Ayat Kursi, Selawat Syifa, Selawat Kamilah.
5. Baca 3 Qul  (Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas)
6. Kemudian, ambil kurma. Kunyah sehingga hancur. 
7. Calitkan ke jari telunjuk atau guna jari kelingking pun boleh (Pastikan jari anda bersih).
8. Masukkan ke dalam mulut bayi.
9. Sambil jari dalam mulut, bacakan ayat 33-37 Surah Ali Imran.
10. Keluarkan jari, titiskan air zamzam sedikit sahaja. 
11. Bacakan doa khusus – Rujuk dalam video.
12. Atau, bacakan apa sahaja doa yang diinginkan/dihajatkan kepada si bayi. 
Sumber: https://www.facebook.com/watch/?v=3879722788746439 
Manfaat Mentahnik Bayi Dari perspektif kesihatan, tahnik memberi manfaat untuk melindungi bayi daripada kekurangan glukosa, menguatkan otot mulut, mempunyai keupayaan untuk meningkatkan bilangan Platelet, Leukosit, Hematokrit dan Hemoglobin serta menghalang jangkitan E.Coli.
Selain itu, ia juga dapat mengikat hati bayi dengan syariat Islam.
RUJUKAN:
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4121-al-kafi-1577-had-umur-tahnik-bayi https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2833-al-kafi-935-adakah-tahnik-bayi-itu-wajib https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1320-al-kafi-367-kaedah-tahnik-anak-yang-baru-lahir

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tahnik-bayi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tahnik-bayi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Shalat Di Mushola Lantai P9 Atau P10 Tower Zamzam Di Mekkah

Hukum Shalat Di Mushola Lantai P9 Atau P10 Tower Zamzam Di Mekkah

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 270 hits
Pertanyaan Di tower zamzam yang bersebelahan dengan Masjidil Haram pada lantai P9 dan P10 terdapat mushola atau tempat shalat yang dibuka untuk umum Sebagian orang shalat di sana namun bermakmum dengan imam Masjidil Haram karena memang towe...
Hiburan Yang Tak Boleh Kepada Yang Wajib Puasa Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Hantar Makanan Pada Yang Tak Berpuasa

Hiburan Yang Tak Boleh Kepada Yang Wajib Puasa Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Hantar Makanan Pada Yang Tak Berpuasa

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 357 hits
Di bulan Ramadan yang mulia ini disebabkan banyak kedai makanan yang ditutup pada siang hari ramai yang mengambil pilihan lain iaitu menggunakan khidmat penghantar makanan Namun pekerjaan menghantar makanan atau menjadi rider itu dibolehkan...
Hadi Should Step Back From Active Politics But It Is Not Easy Political Experts

Hadi Should Step Back From Active Politics But It Is Not Easy Political Experts

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 334 hits
Pas president Tan Sri Abdul Hadi Awang should consider stepping back from active politics duties due to concerns about his health and the need for a new party leadership However political experts were of the view that while Hadi s absence f...
Niat Iktikaf Hukum Soalan Lazim Mengenainya

Niat Iktikaf Hukum Soalan Lazim Mengenainya

papar berkaitan - pada 16/3/2024 - jumlah : 210 hits
Niat Iktikaf Hukum Soalan Lazim Mengenainya Terdapat beberapa amalan yang dianjurkan pada bulan Ramadan salah satunya ialah beriktikaf Ini merupakan amalan yang tidak asing lagi dilakukan di Malaysia bagi memburu malam Lailatul Qadr Berdasa...
Hukum Puak Khawarij

Hukum Puak Khawarij

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 129 hits
Hal Kantin ni sepatutnya boleh kritik tanpa perlu menghukum tapi bila dah start hukum dan terus dikaitkan dengan isu akidah padahal isu itu hanya hal furu dan banyak Khilaf Itu la cara kerja Khawarij dalam berpolitik
Hukum Berbuka Puasa Bagi Musafir Jika Perjalanannya Bermula Selepas Zohor Dan Berakhir Sebelum Maghrib

Hukum Berbuka Puasa Bagi Musafir Jika Perjalanannya Bermula Selepas Zohor Dan Berakhir Sebelum Maghrib

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 227 hits
SoalanApakah hukum musafir berbuka puasa jika perjalanannya bermula pada waktu petang dan berakhir sebelum matahari terbenam Seorang lelaki memutuskan untuk bermusafir pada salah satu hari di bulan Ramadhan dan perjalanannya bermula pada wa...
Taking A Step Towards Sustainability Prestige Renewables Solar Power Solutions

Taking A Step Towards Sustainability Prestige Renewables Solar Power Solutions

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 357 hits
In a world where energy conservation and sustainability are increasingly important the use of solar power isn t only a trend It s a necessity The demand for high quality and reliable solar systems in Mackay is growing as businesses and indi...
Limited Time Offer Elevate Your Vegas Event With A Discounted Step Repeat

Limited Time Offer Elevate Your Vegas Event With A Discounted Step Repeat

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 374 hits
Las Vegas the city that is full of glamour and unforgettable moments If you are organizing an event that will be remembered by all like a star studded film premiere an impressive wedding reception or even a exhibit booth for trade shows tha...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord

Keputusan Mahkamah Tarif Menimbulkan Ketidakpastian Baru Dalam Pasaran

Valvoline Oil Change Price In 2025 Definitive Guide