Doa Nabi Daud Agar Dicintai Allah


Doa Nabi Daud – Agar  Dicintai Allah 
Dalam Islam, kita diajar dan dianjurkan untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT. Bahkan  berdoa bukan sekadar suatu ibadah, bahkan ia merupakan suatu perintah dari Allah SWT buat sekalian para hamba-Nya untuk berdoa kepada-Nya. 
Firman Allah dalam surah Al Baqarah, ayat 186:
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”
Terdapat pelbagai jenis doa yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian. Salah satunya ialah Doa Nabi Daud.  
Berikut dikongsikan info mengenainya. 
Siapakah Nabi Daud? Nabi Daud adalah salah satu nabi atau utusan Allah untuk membimbing umat manusia ke jalan yang benar. Nabi Daud diutuskan kepada Bani Israil dan dipilih oleh Allah untuk menerima kitab-Nya iaitu  Zabur.
Terdapat beberapa kelebihan Nabi Daud, salah satunya yang disebutkan dalam Al Quran adalah kemampuan untuk melembutkan besi. Allah juga memberi ‘tunjuk ajar’ kepada Nabi Daud untuk membuat baju besi bagi digunakan semasa peperangan. 
Firman Allah dalam Surah As Saba, ayat 10-11; 
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman): “Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud, dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)!” Dan juga telah melembutkan besi baginya;
(Serta Kami wahyukan kepadanya): “Buatlah baju-baju besi yang luas labuh, dan sempurnakanlah jalinannya sekadar yang dikehendaki; dan kerjakanlah kamu (wahai Daud dan umatmu) amal-amal yang soleh, sesungguhnya Aku Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan”.”
Selain melembutkan besi, Nabi Daud juga memiliki sejumlah mukjizat, seperti suara yang merdu, kecerdasan akal, mengerti bahasa burung.
Nabi Daud juga merupakan antara nabi yang Allah berikan kerajaan yang kukuh dan berjaya melawan pasukan bangsa Palestin yang dipimpin Jalut (Goliath). 
BACA JUGA: Doa Nabi Khidir ~ Agar Diampunkan Dosa, Dimurahkan Rezeki, Dikabulkan Hajat
Doa Nabi Daud Doa ini adalah doa yang sering dibaca oleh Nabi Daud A.S agar dicintai Allah dan mengutamakan cinta Allah lebih daripada mengutamakan diri sendiri, keluarga dan air dingin yang dapat menghilangkan dahaga musafir dalam perjalanan terik di tengah padang pasir.
Allahumma Inni As Aluka Hubbaka Wa Hubba Man Yuhibbuka, Wal’amalallazi Yuballighuni Hubbaka, Allahummaj’alni Hubbaka Ahabba Ilayya Min Nafsi Wa Ahli Wa Minal Mail Barid. 
Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan amal yang dapat menyampaikanku untuk mencintai-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta kepada-Mu melebihi cintaku terhadap diriku sendiri, keluarga dan air yang dingin. 
Akhir kata, semoga kita tergolong dalam kalangan hamba yang mencintai Allah melebihi segalanya termasuk kesenangan hidup di dunia. Insya-Allah.
Sumber:
1. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI 
2. https://quran.com/ 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/doa-nabi-daud/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-nabi-daud

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Nabi Khidir Agar Diampunkan Dosa Dimurahkan Rezeki Dikabulkan Hajat

Doa Nabi Khidir Agar Diampunkan Dosa Dimurahkan Rezeki Dikabulkan Hajat

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 349 hits
Doa Nabi Khidir Agar Diampunkan Dosa Dimurahkan Rezeki Dikabulkan Hajat Dalam Islam umat Islam diajarkan untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT Kita boleh berdoa bermacam macam hajat kepada Allah SWT mengikut keinginan Terdapat juga pelbaga...
209 Doa Para Nabi

209 Doa Para Nabi

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 211 hits
15 Doa Mustajab Para Nabi yang Diabadikan dalam Al Qur anAzkia Nurfajrina detikHikmahKamis 09 Mar 2023 21 01 WIBDoa mustajab para nabi dalam Al Qur an Jakarta Doa mustajab yang pernah dipanjatkan para nabi dan rasul tercantum dalam ayat aya...
Doa Untuk Anak Perempuan Agar Menjadi Anak Soleh Solehah

Doa Untuk Anak Perempuan Agar Menjadi Anak Soleh Solehah

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 245 hits
Doa Untuk Anak Perempuan Agar Menjadi Anak Soleh Solehah Seperti yang kita sedia maklum anak anak adalah merupakan amanah kepada ibu bapanya daripada Allah SWT dan sudah pasti ibu bapa akan ditanya di akhirat kelak mengenai amanah tersebut ...
Doa Bebas Hutang Amalkan Selalu Agar Dapat Membayar Hutang Segera

Doa Bebas Hutang Amalkan Selalu Agar Dapat Membayar Hutang Segera

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 287 hits
Doa Bebas Hutang Amalkan Selalu Agar Dapat Membayar Hutang Segera Hutang adalah merupakan satu beban dalam kehidupan yang sering menghantui fikiran seseorang Islam memandang berat terhadap hal hutang dan ia wajib dibayar Allah SWT memerinta...
Semua Untuk Allah Diminta Untuk Berhenti Tunggang Agama Daud Kim Umum Tak Jadi Bina Masjid

Semua Untuk Allah Diminta Untuk Berhenti Tunggang Agama Daud Kim Umum Tak Jadi Bina Masjid

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 332 hits
Selepas pelbagai pemeriksaan dibuat impian Daud Kim untuk membina masjid di Korea nampaknya tidak tercapai Artikel Berkaitan Sebelum ini kecoh mengenai Daud Kim yang katanya telah membeli tanah di Korea bagi membina sebuah masjid dan turut ...
Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 286 hits
Allah SWT menyingkap tujuh perjanjiannya dengan Kaum Bani Israil dan menggambarkan bagaimana kaum itu gagal untuk melaksanakannya padahal mereka sudah berikrar untuk mentaati perjanjian tersebut Gambar hiasan Selepas Allah SWT menegaskan ba...
Johor Continues Kaaba Mats Probe Forms Allah Word Misuse Committee

Johor Continues Kaaba Mats Probe Forms Allah Word Misuse Committee

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 198 hits
The Johor state Islamic religious department is continuing a probe on mats bearing the image of the Kaaba despite clarification that they were mini prayer mats and not floor mats for wiping feet At the same time the state is also forming a ...
Zunar Bahagian Mana Kartun Saya Hina Allah

Zunar Bahagian Mana Kartun Saya Hina Allah

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 171 hits
Malaysiakini nbsp Kartunis Zunar menegaskan dia memadam sebuah karyanya di media sosial kerana menjunjung titah Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam isu kalimah Allah dan bukan disebabkan Pemuda PAS Kelantan membuat la...
Analysts Allah Socks Controversy Will Not Affect Pakatan S Chances In Kuala Kubu Baru By Election

Analysts Allah Socks Controversy Will Not Affect Pakatan S Chances In Kuala Kubu Baru By Election

papar berkaitan - pada 14/4/2024 - jumlah : 210 hits
Political analysts believe there will be no direct impact on the unity government or Pakatan Harapan coming from the controversy surrounding the sale of socks with the word Allah that led to the calls for a boycott on KK Super Mart Picture ...
Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Drama Epok

About 25k Throng Dataran For Turun Anwar Rally

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Aeon Mall Active Beat 3 0 Peluang Jumpa Lagenda Manchester United Edwin Van Der Sar

Soto Hj Patoni Peranakan Place Cbtl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenduri Kahwin

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Trak Bantuan Mula Memasuki Gaza Melalui Laluan Rafah

Infak Tempahan Seri Muka Durian Tupah Kedah