Doa Memohon Kematian Husnul Khatimah Pengakhiran Yang Baik
Amalan Doa Ringkas Memohon Kematian Husnul KhatimahPagi ini seperti biasa aku buka Instagram dan dengar satu perkongsian dari seorang Ustaz tentang doa mohon kematian Husnul Khatimah. Video ceramah random yang di upload oleh akaun @Perkongsian_ilmu, pendek je peringatan tu tapi berjaya jentik hati aku.
Dua cara yang telah Allah tetapkan manusia apabila menemui ajal iaitu husnul khatimah dan suul khatimah. Tidak kira apa jua asbab kematian, tapi asasnya yang dua itulah.
Kematian husnul khatimah bermaksud kematian yang penyudahnya baik atau kesudahan yang terbaik dalam hidup kita. Ertinya mati di dalam keredhaan Allah dan kita juga redha dengan ketentuan Allah.
Manakala suul khatimah iaitu kematian yang menakutkan dan menggerunkan. Keadaan kematian suul khatimah ketika mana seseorang itu mati di dalam keadaan mereka tidak bersedia kembali menemui Allah.
Boleh baca lebih panjang di perkongsian penerangan Husnul Khatimah
Doa ringkas Memohon Kematian Husnul KhatimahAda disebutkan dalam Hadith Doa kebaikan sebelum dan selepas mati (Allahumma barikli fil maut wa fima ba'dal maut).
Matan Hadith:
عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ
" قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ! لَيْسَ الشَّهِيدُ إِلَّا مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟
فَقَالَ: يَا عَائِشَةُ! إِنَّ شُهَدَاءَ أُمَّتِي إِذًا لَقَلِيلٌ، مَنْ قَالَ فِي يَوْمٍ خَمْسَةً وَعِشْرِينَ مَرَّةً: اللَّهُمَّ بَارِكْ فِي الْمَوْتِ، وَفِيمَا بَعْدَ الْمَوْتِ، ثُمَّ مَاتَ عَلَى فِرَاشِهِ، أَعْطَاهُ اللَّهُ أَجْرَ شَهِيدٍ
Terjemahan:
Sayyidah 'Aishah RA pernah bertanya kepada Nabi SAW:
Adakah ia betul Itu yang Syahid hanya satu siapa yang terbunuh di jalan Allah?
Rasulullah SAW "Wahai 'Aishah! Jika Itulah yang terjadi kepada Kemudian orang yang mati syahid dari umatku akan menjadi sangat sedikit, sesiapa yang berkata “Allahumma barikli fil maut wa fima ba'dal maut” dua puluh lima kali setiap hari dan meninggal dunia di tempat tidurnya, Allah akan memberinya pahala syahid.
Amalan mudah yang boleh diamalkan supaya kita dapat mati khusnul khatimah. Baca doa selepas solat Subuh dan solat Isya’ setiap hari. Ada yang mencadangkan untuk baca sebanyak 25 kali.
"Allahumma barikli fil maut wa fima ba'dal maut"
Ya Allah berkatilah aku semasa mati dan selepas mati. (Di riwayatkan oleh Imam Al Tabarani rahimahullah)
Doa lain yang boleh kita jadikan amalan seperti:
اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا الله بِسُوءِ الخَاتِمَة
Maksudnya: Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah dan janganlah kamu matikan kami dalam keadaan su’ul khatimah.
Jangan lupa amalkan juga Tips Dimudahkan Segala Urusan, Baca Zikir Ya Bariq
9 Tanda Mendapat Kematian Husnul KhatimahSelagi kita diberikan nafas dan peluang untuk hidup selagi itulah kita diberi masa untuk mencari jalan dan memohon supaya apabila kita mati kelak kita antara umat yang layak mendapat kematian Husnul Khatimah.
Aku kongsikan 9 tanda kematian husnul khatimah yang terdapat yang terdapat dalam hadith-hadith Nabi SAW merujuk soalan: Apakah Tanda-Tanda Kematian Yang Baik (Husnul Khatimah)?
#1 Mengucap dua kalimah Syahadah
Mati dalam keadaan menganut agama Islam, beriman kepada Allah SWT dan Mengucap dua kalimah syahadah sebelum meninggalkan dunia. Rasulullah SAW bersabda:
مَن كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا الله دَخَلَ الجَنَّةَ
Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga.
#2 Meninggal pada hari atau malam Jumaat
Selain itu, terdapat tanda-tanda lain bagi kematian yang baik (husnul khatimah) terbahagi kepada dari sudut masa, tempat dan keadaan. Antaranya ialah mati pada hari atau malam Jumaat.
مَا مِن مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الجُمْعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الجُمْعَةِ إِلَّا وَقَّاه اللهُ فِتْنَةَ القَبْرِ
Tidak ada orang Islam yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fitnah kubur. Hadith riwayat al-Tirmidzi: (1074)
#3 Beramal Soleh
Diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah SWT beramal soleh sebelum dia meninggal dunia.
#4 Perasaan Gembira
Dia berasa gembira dan senang hati untuk bertemu dengan Allah SWT
#5 Sakit berkaitan Perut
Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut.
#6 Mati lemas
Meninggal dunia dalam keadaan mati lemas, jatuh bangunan dan syahid di jalan Allah SWT. Teringat kisah Kematian Yang Dicemburui Ramai Allahyarham Abdul Bari Asyraf.
#7 Mati bersalin
Meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak.
#8 Menjaga harta & maruah
Meninggal dunia kerana mempertahankan harta dan maruah dirinya.
#9 Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh.
Kesimpulan
Demikianlah amalan doa ringkas memohon kematian husnul khatimah dan juga tanda-tanda kematian yang baik menurut hadith Nabi SAW. Marilah kita sama-sama menjaga dan membaiki amalan supaya termasuk dalam golongan orang soleh.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2022/01/amalan-doa-ringkas-memohon-kematian.html