Doa Ketika Hujan Lebat Dan Perpanjangan Doa Yang Dibaca Oleh Rasulullah Saw


Assalamualaikum,Selamat Petang

DOA KETIKA HUJAN LEBAT DAN PERPANJANGAN, DOA YANG DIBACA OLEH RASULULLAH SAW | Harini di kampung Fiza pun hujan dari semalam lagi. Dengar cerita, ada tempat di bahagian Sarawak yang mula mengalami banjir. Tempat korang macam mana? Apa-apa pun, bersabarlah dengan dugaan ini. Kepada rakan-rakan yang berada di pantai timur... Fiza turut bersimpati, bila mana mendengar bermacam-macam berita di media sosial. Jaga diri ye... 
Di sini suka Fiza nak kongsikan doa yang boleh kita amalkan ketika hujan lebat dalam tempoh yang lama, doa ini telah dikongsikan oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Facebook milik beliau

Sumber dari Facebook Datuk Dr. Zulkifli Muhammad Al-BakriApabila hujan turun dengan begitu lebat sehingga seminggu tidak nampak matahari, maka datang seorang lelaki dan meminta doa daripada Rasulullah SAW agar Allah SWT menghentikan hujan kerana berlaku kerosakan pada harta dan jalan. Maka Rasulullah SAW berdoa:
اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
Maksudnya: “Ya Allah! (Kami bermohon agar hujan hanya) mengelilingi kami dan bukannya menimpa ke atas kami. Ya Allah! (Alihkan ia) ke atas tempat-tempat tinggi, gunung ganang dan bukit bukau, perut-perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.”
Riwayat al-Bukhari (1014)
Maka berhentilah hujan dan keluarlah matahari. Sebahagian ulama menulis faedah doa ini bahawa secara adabnya kita berdoa agar Allah SWT mengalihkan hujan ini ke tempat-tempat lain kerana hujan itu membawa rahmat dan keberkatan. Sememangnya memperbanyakkan doa ketika musibah itu adalah amalan yang dituntut oleh Syarak.  Daripada Ummul Mukminin, Umm Salamah R.Anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ، فَيَقُولُ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا، إِلَّا أَجَرَهُ اللهُ فِي مُصِيبَتِهِ، وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا
Maksudnya: “Tiada daripada kalangan hamba (Allah) yang ditimpa suatu musibah, kemudian mengucapkan: “Innā lillāhi wa innā ilaihi rājiʿun (Sesungguhnya kami milik Allah dan pastinya kami akan kembali kepada-Nya), Ya Allah! Aku mohon akan kurniakanlah ganjaran pada musibahku ini, dan berikanlah ganti yang lebih baik daripada musibah ini,” melainkan Allah akan memberikan pahala kepadanya kerana musibah itu dan menggantikan yang lebih baik.”
Riwayat Muslim (918)
Begitu juga, digalakkan bagi seorang Mukmin itu memperbanyakkan istighfar, meminta ampun dan maaf daripada Allah SWT daripada apa-apa dosa yang dia lakukan sama ada sedar atau tidak sedar. Ini kerana dosa akan mengundang bala dan musibah dalam kehidupan seorang Mukmin manakala istighfar akan menolaknya dan menggantikan dengan kebaikan yang tak disangka-sangka. Daripada Abdullah bin Abbas R.Ahuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang melazimi istighfar, maka Allah akan menjadikan baginya pada setiap kesempitan ada jalan keluar, dan pada setiap duka cita ada perlepasan, dan Allah merezekikannya daripada arah yang tak disangka-sangka."
Riwayat Abu Daud (1518) dan Ibn Majah (3819)
Jom! Beramai-ramai kita amalkan doa tersebut ye. Moga-moga doa kita dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Mudah-mudahan hendaknya. Aamiin...
sumber | Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fizacrochet.com/2022/12/doa-ketika-hujan-lebat-dan-lama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Ketika Hujan Dan Banjir Jakim

Doa Ketika Hujan Dan Banjir Jakim

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 640 hits
Doa Ketika Hujan dan Banjir Hujan diturunkan sebagai pembawa rahmat dan merupakan antara waktu yang mustajab untuk berdoa Namun awan gelap yang menurunkan hujan boleh mendatangkan bencana alam yang cukup dahsyat Negara kita sekali lagi diuj...
Terus Naik Lebihi Tahap Bahaya Hujan Sangat Lebat Berterusan Di Terengganu Dan Kelantan

Terus Naik Lebihi Tahap Bahaya Hujan Sangat Lebat Berterusan Di Terengganu Dan Kelantan

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 304 hits
Bacaan paras air sungai terus meningkat melepasi paras bahaya di dua negeri di Pantai Timur Semenanjung menurut Jabatan Pengairan dan Saliran Situasi itu berlaku ketika Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan ramalan hujan sangat
Doa Hentikan Hujan

Doa Hentikan Hujan

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 392 hits
Assalamualaikum Mohon doakan kami di pantai timur ini tidak ditimpa musibah banjir yang buruk Banjir luar biasa berlaku di Kelantan dimana tempat yang sebelum ini tidak dilanda banjir sebelum ini dilanda banjir teruk tahun ini Tempat tempat...
Hujan Lebat Di Terengganu Kelantan Sehingga Khamis

Hujan Lebat Di Terengganu Kelantan Sehingga Khamis

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 239 hits
PETALING JAYA Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat bahaya dan waspada di tiga negeri Pantai Timur sehingga Khamis 22 Disember ini
Bila Hujan Lebat

Bila Hujan Lebat

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 205 hits
Assalamualaikum Hujan lebat dari pukul 3 petang aduhai SA risau plak nanti kenduri SA hujan lebat memang la kuasa allah kan takpe la lambat lagi lagi 2 hari harap harap x hujan la hujan petang x pe jangan hujan pagi sebab majlis SA pukul 12...
Cara Perpanjangan Merek Berserta Syarat Yang Dibutuhkan

Cara Perpanjangan Merek Berserta Syarat Yang Dibutuhkan

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 230 hits
Banyak sekali orang yang tidak mengetahui syarat untuk melakukan perpanjangan merek patendo Padahal ini sangat mudah sekali untuk dilakukan Oleh sebab itulah pada kesempatan ini kami akan memberikan Anda informasi mengenai cara untuk memper...
17 Maut Dalam Salji Lebat Di Jepun

17 Maut Dalam Salji Lebat Di Jepun

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 238 hits
17 maut dalam salji lebat di Jepun Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 26 Dec 2022 10 00PM
World Darts Championship Impian Josh Rock Diakhiri Oleh Jonny Clayton Sementara Gerwyn Price Menyala Berita Dart

World Darts Championship Impian Josh Rock Diakhiri Oleh Jonny Clayton Sementara Gerwyn Price Menyala Berita Dart

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 190 hits
Silakan gunakan browser Chrome untuk pemutar video yang lebih mudah diakses Aksi terbaik dari sesi malam di Alexandra Palace Aksi terbaik dari sesi malam di Alexandra Palace Jonny Clayton mengakhiri debut impian Josh Rock di World Darts Cha...
Macc Proceeds With Asset Forfeiture Of Daim S Uk Properties

Cara Beli Ev Charger Rumah Di Malaysia Panduan Kos Pemasangan

We789 9 May We789 100 Top 95 By Kay

Semangat Untuk Maju Harus Diteruskan

The Role Of International Law In A Globalized World Challenges And Opportunities

Bun Cheese Gula Gebu Gebu

Boonlert1688 11 May Boonlert1688 Top 34 By Gwendolyn

Why You Should Upgrade To The Huawei Freebuds 6 Today


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mekdi Belanja Rider Mcdonald S Malaysia Celebrates 70 000 Delivery Heroes

Ctos Sme Biz Day Brings Digital Gameplan To Johor

Ringgit Climbs As Trump Ramps Up Pressure On Fed To Cut Interest Rates

Ensuring Benefits For Rakyat With Responsible Use Of Mobile Data

Coitus In Melaka Disrupted Datuk Claims Hotel Staff Barged In Mid Act Sparks Online Frenzy

Kelebihan Bulan Muharram Amalan Yang Disyariatkan