Doa Doa Yang Terbaik Untuk Anak



DOA-DOA YANG TERBAIK UNTUK ANAKAssalammualaikum.. hari ni TB nak up entri yang ni khas untuk anak TB baca bila dah besar nanti (itupun kalau blog ni masih wujud la kan..) Harap anak mama gembira membacanya nanti yea.. Hehe.. Ok lah.. Mama mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim.

Masa mama mula-mula dapat tahu anak mama ni ada dalam perut mama, mama betul-betul excited sangat tau.. Macam tak percaya je ada baby dalam perut mama. Siap bergerak aktif lak tu.. Tiap-Tiap hari Mama selalu je pegang perut dan sembang dengan baby walaupun pada masa tu usia/saiz baby dalam perut masih lagi sebesar buah pear,
Teringat semasa dapat tahu je mengandung, Mama dah start standby macam-macam untuk jaga kesihatan baby dalam kandungan . Almaklumlah.. lama tau mama tunggu baby. 4 tahun mama dengan papa tunggu baby tak muncul-muncul lagi.. Emosi mama selalu terganggu bila terbaca post2 dari kawan-kawan yang happy mengumumkan diorang bakal jadi ibu/bapa. Dah tak terkira airmata mama mengalir mengenangkan kenapa mama masih belum dikurniakan cahayamata lagi

Sampai mama berniat, kalaulah mama ditakdirkan mengandung, mama nak hadiahkan baby mama bacaan 30juzuk ayat al-Quran untuk bakal baby mama nanti. Dan apabila Allah makbulkan doa mama, mama dah mula mengaji Al-Quran tiap-tiap malam tak kira dimana samada di rumah atau dikedai, mama akan mengaji untuk habiskan 30juzuk tu sebelum baby lahir

Mama start bacakan Al-Quran untuk baby start dari bulan Mama dapat tahu Mama mengandung.. dalam bulan 3/2016 .. Masa tu Harraz dah 3/4 minggu dalam perut mama ( aduh.. tak ingat mama.. )
Masa mengandungkan harraz dulu Mama tak pernah putus doa untuk baby dalam perut.. Tapi Mama ni tak pandai nak susun ayat yang cantik-cantik untuk minta dan berdoa kepada Allah.. So, Mama cari Doa untuk anak dalam perut.. Mama print atas kertas dan Mama Baca Setiap hari selepas solat,  sampaikan kertas tu dah naik lunyai mama pegang hari-hari.. sampai sekarang.. harraz berumur 2 tahun 3 bulan kertas tu masih ada lagi mama simpan.. Doa yang mama selalu baca tu seperti dibawah ni.. 
Doa Ibu Mengandung / Doa Untuk Anak Dalam Perut
Doa Untuk Anak Mama 
Ya Allah semoga Engkau lindungi anakku ini selama dia berada dalam kandunganku Dan semoga Engkau memberikan kesihatan yang baik kepada diriku dan Anakku. 
Ya Allah yang memberi kesehatan. Tidak ada kesehatan selain kesehatan dari Allah, kesehatan yang tidak diakhiri dengan penyakit lain. 
Ya Allah semoga Engkau ciptakan anak didalam kandunganku ini dengan rupa yang baik dan elok.. Dan semoga Engkau tanamkan hati anakku dengan iman kepada-Mu ya Allah dan kepada Rasul-Mu. 
Ya Allah semoga Engkau mengeluarkan anakku ini dari dalam kandunganku pada waktu yang telah ditetapkan dalam keadaan yang sehat dan selamat. 
Ya Allah semoga Engkau jadikan anakku ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama. 
Ya Allah semoga Engkau memberikan kepada anakku ini umur yang panjang, sehat jasmani dan rohani, bagus budi pekertinya, fasih lisannya Serta bagus suaranya untuk membaca Al Quran 
Dan tinggikanlah darjatnya Dan luaskanlah rezekinya Dan jadikanlah bagi manusia yg sempurna selamat di dunia dan akhirat. Dengan berkahnya Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam aamin, aamin aamin yaa robbal aalamin Kabulkanlah doaku, kabulkanlah doaku

Dan Kemudian Mama Hadiahkan Bacaan AlQuran 30 Juzuk Buat Baby tanda berterimakasih kepada Allah SWT kerana memberi peluang Mama dan Papa memiliki zuriat yang lahir dari rahim ini.

Bila Harraz dah besar ni.. Mama nak teruskan juga doakan yang terbaik untuk anak Mama ni.. InsyaAllah.. Semoga Allah aturkan perjalanan yang terbaik untuk anak soleh mama & Papa .. 

1. DOA UNTUK MELEMBUTKAN HATI ANAK YANG DEGIL

Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ash-Syura ayat 19
“ Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ( menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”

Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah. Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur


2. DOA UNTUK ANAK LEMBUT HATI, PINTAR DAN SOLEH

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang

Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku(sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu


3. DOA UNTUK MENANGANI ANAK LASAK DAN NAKAL

Amalkan ayat 40 dari Surah Ibrahim yang bermaksud
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.”
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud
“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”

4. DOA SUPAYA ANAK RAJIN KERJAKAN SOLAT

Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41

“ Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab(hari kiamat)

Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya


5. DOA ANAK TAAT PERINTAH ALLAH




Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;
Surah Al-Baqarah ayat 128

“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang

Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat

6. DOA AGAR ANAK DENGAR KATA

Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69

“ Kami berfirman, Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim

Atau Al-Hasyar ayat 22-24
“ Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana


7. DOA MEMOHON RAHMAT DAN KEBERKATAN

Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah ini

Surah Al-Imran ayat 8-9
“ Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji

*Selamat beramal!

credit :
https://siraplimau.com/


Baca Ini Juga :

DOA ISTERI SOLEHAH BUAT SUAMI TERCINTA
MISI 30 JUZUK UNTUK HARRAZ
DOA-DOA TERBAIK UNTUK ANAK

PENANTIAN SELAMA 4 TAHUN
DAPAT BABY KEMBAR BESTNYAA




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.tengkubutang.com/2019/03/doa-doa-yang-terbaik-untuk-anak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+SharingMyCeritera+%28Sharing+My+Ceritera%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Terbaik Mendidik Anak Anak Kecil Untuk Berpuasa Mengikut Cara Islam

Cara Terbaik Mendidik Anak Anak Kecil Untuk Berpuasa Mengikut Cara Islam

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 519 hits
Setiap tahun umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil sudah tentu kedatangan puasa menjadikan mereka lebih teruja dan bersemangat untuk mendidik anak anak berpuasa Cara Terbaik Mendidik Anak Anak...
7 Film Animasi Indonesia Terbaik Buatan Anak Bangsa

7 Film Animasi Indonesia Terbaik Buatan Anak Bangsa

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 769 hits
Film animasi adalah salah satu genre film yang hampir digemari oleh setiap orang di dunia termasuk Indonesia Hadirnya beberapa animasi karya studio besar seperti Disney atau Pixar serta anime dari jepang membuat tontonan kita pun makin bera...
Ibu Bapa Perlu Amal 7 Doa Ini Supaya Anak Dengar Kata Dan Rajin Solat Sejak Kecil

Ibu Bapa Perlu Amal 7 Doa Ini Supaya Anak Dengar Kata Dan Rajin Solat Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 508 hits
Doa ibu untuk anak tiada hijabnya Justeru dalam apa jua keadaan sentiasa doakan anak anak Malah tatkala mereka melakukan perkara yang tidak disenangi adalah lebih baik terus mendoakan kebaikan daripada mengeluarkan kata kata kesat Dalam pad...
Aafiyah Anak Ibu Setahun Kelahiran Aafiyah Datuk Siti Harapkan Doa Yang Baik Untuk Puterinya

Aafiyah Anak Ibu Setahun Kelahiran Aafiyah Datuk Siti Harapkan Doa Yang Baik Untuk Puterinya

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 415 hits
Tarikh 19 Mac tahun lalu antara tarikh paling bersejarah dalam hidup penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan kelahiran cahaya mata sulungnya Siti Aafiyah Khalid Jika diikutkan esok Siti Aafiyah bakal meraikan ulangtahun...
6 Tahun Pertama Usia Emas Anak Ibu Ayah Mesti Bersabar Berkasih Sayang Cara Terbaik Dalam Mendidik

6 Tahun Pertama Usia Emas Anak Ibu Ayah Mesti Bersabar Berkasih Sayang Cara Terbaik Dalam Mendidik

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 637 hits
6 tahun pertama ialah usia keemasan bagi setiap individu Jika didikan yang diterima baik dan penuh kasih sayang maka mereka mudahlah untuk dibentuk Menurut juruterapi pediatrik berkongsi tentang kesan didikan kepada emosi kanak kanak Apa ya...
Ke Masjid Berdua Anak Selamat Bapa Ditembak Rahimi Kritikal Lepas Dibedah Ibu Mohon Doa Semua

Ke Masjid Berdua Anak Selamat Bapa Ditembak Rahimi Kritikal Lepas Dibedah Ibu Mohon Doa Semua

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 428 hits
Tiada apa yang diharapkan lagi kecuali melihat insan tersayang dalam pulih dan kembali sihat Rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tembakan rambang di masjid di Christchurch New Zealand kini dikatakan kritikal Semalam masyarakat dunia dikejut...
Doa Perlindungan Untuk Anak

Doa Perlindungan Untuk Anak

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 1167 hits
Doa Perlindungan Untuk Anak Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah
Doa Agar Anak Rajin Solat

Doa Agar Anak Rajin Solat

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 1026 hits
Doa agar anak rajin solat Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah
Epal Merah Bawang Putih Dan Bawang Besar Di Kukus Rawatan Alternatif Kurangkan Batuk Anak

Epal Merah Bawang Putih Dan Bawang Besar Di Kukus Rawatan Alternatif Kurangkan Batuk Anak

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 860 hits
Selain makan ubat batuk madu atau lemon ada lagi beberapa petua untuk hilangkan batuk anak Cuma serasi atau tak bergantung pada kesesuaian badan anak Bagi sesetengah ibu rawatan alternatif ini membantu dan boleh mengurangkan batuk anak sela...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord