Diuji Dengan Gdm Ketika Mengandung Anak Ketiga
GDM, kencing manis ketika mengandung | Dugaan mengandung, kali ketiga mengandung CN diuji dengan GDM (gestational diabetes mellitus) atau bahasa mudanya kencing manis ketika mengandung. Memang agak blur sebab dua kali mengandung tak pernah minum air gula dan baru tahu kewujudan penyakit ni. Nak dijadikan cerita, mengandung kali ketiga ketika berumur 35 tahun, maka wajib lah minum air gula 2 kali. Lagi nak dijadikan cerita, minum air gula kali pertama terus 'sangkut'!
Sebenarnya CN minum air gula ketika kandungan berumur 13 minggu. Bacaan selepas puasa okay cantik 5.0, tapi bacaan selepas minum air gula tinggi warna merah iaitu 9.29! Dah kena buat BSP (blood sugar profile) dua minggu sekali.
Blood glucose monitor set yang dibeli di Shopee
GDM, kencing manis ketika mengandung
Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas supaya tahap glukos terkawal dan tidak tinggi. Namun, bagi sesetengah wanita hamil, hormon yang dihasilkan ketika hamil akan berlawan dengan insulin. Ini menyebabkan paras glukos wanita hamil mudah meningkat naik. Namun begitu, setelah bayi dilahirkan dan uri dikeluarkan, tahap glukos akan kembali normal semula. Ini yang dikenali sebagai penyakit GDM iaitu kencing manis ketika hamil.
Antara langkah awal untuk pesakit gdm adalah mengamalkan pemakanan seimbang. Namun begitu, dengan hanya mengamalkan pemakanan seimbang tanpa melakukan senaman, tahap gula atau glukos selalunya akan kekal tinggi.
Bacaan gula yang tinggi sebab makan durian!
Senaman yang dimaksudkan adalah senaman ringan seperti berjalan kaki atau briskwalk selama 30 hingga 45 minit setiap hari.
CN sendiri pernah test atas diri sendiri bacaan gula sebelum bersenam dan selepas bersenam. CN cuma buat briskwalk selama 30 minit dan bacaan gula turun dari 6.9 ke 5.8!
Jadi tips kepada ibu hamil yang mengidap GDM, amalkan pemakanan sihat & senaman ringan, Insya-Allah, anda tak perlu mengambil ubat atau cucuk insulin.
Bacaan bsp di buku pink
BSP (Blood Sugar Profile)
Rutin bagi pesakin GDM adalah membuat BSP. Ujian BSP bertindak sebagai sistem pemantauan bagi memastikan tahap gula di dalam darah ibu hamil berada pada tahap yang optimum sepanjang hari. Ujian ini dilakukan di klinik kesihatan.
Namun disebabkan oleh keadaan pendemik ketika ini, CN mengambil keputusan untuk membuat bsp dirumah sahaja. Jadi CN beli blood glucose monitor set di Shopee sahaja.
Bacaan bsp ini diambil empat kali sehari. Mengikut klinik kesihatan tempat CN check up, bacaan pertama diambil pada pukul 8.00 pagi iaitu berpuasa selepas pukul 10 malam, kemudian bacaan kedua pada pukul 10.30 pagi, bacaan ketiga pula pada pukul 2.00 petang dan bacaan keempat pada pukul 8.00 malam.
Antara bacaan gula dalam darah pada pukul 8.00 malam
Bacaan Normal BSP
Berikut merupakan Garis Panduan Klinikal yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia:
>> Sebelum makan, bacaan bsp yang normal untuk ibu hamil adalah kurang daripada 5.3 mmol/L>> 1 jam selepas makan, bacaan bsp yang normal untuk ibu hamil adalah kurang daripada 7.8 mmol/L>> 2 jam selepas makan, bacaan bsp yang normal untuk ibu hamil adalah kurang daripada 6.4 mmol/L
Namun begitu, garis panduan ini merupakan saranan semata-mata berdasarkan dapatan daripada pelbagai kajian yang telah dilakukan.
Antara bacaan gula yang diambil pada pukul 10.30 pagi
Beli blood glucose monitor set di Shopee
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.cekgunorazimah.com/2021/08/diuji-dengan-gdm-ketika-mengandung-anak.html