Dituduh Penipu Kpn Laporkan Lokman Ke Polis


MELAKA – Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bagi membantu siasatan kes penyebaran video seks mirip menteri Kabinet baru-baru ini tidak wajar dipersoalkan kerana ia mengikut undang-undang.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata penahanan yang bertujuan untuk membantu siasatan itu diputuskan pasukan penyiasat PDRM dan mereka berhak memanggil atau menahan mana-mana individu untuk tujuan itu.

Loading… “Saya tidak akan memberi satu laluan sesuka hati (kepada polis) di mana mereka bertindak sesuka hati atau menganiaya orang. Saya tidak melihat penahanan ini tidak adil…ini semua tuduhan politik dan saya tidak mahu terlibat dengan polimik politik mana-mana pihak baik dalam kerajaan atau di sebelah sana,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Agung Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis (PPRP) ke-90 tahun 2019 di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Politik Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mempersoalkan penahanan remannya berkaitan kes video intim tersebut sebagai tidak adil.
Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata pihaknya menggesa semua pihak memberi ruang kepada PDRM menjalankan siasatan kes tersebut kerana ia masih dalam siasatan dan segala tindakan yang dilakukan atau diputuskan tidak boleh dibuat secara terburu-buru.
“Saya tidak cakap siasatan sedia ada muktamad kerana ia masih berjalan…setiap tindakan perlu dilakukan mengikut langkah demi langkah tanpa tekanan sesiapa,” katanya.

Beliau berkata kertas siasatan yang lengkap nanti akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam. Sementara itu, katanya beliau telah membuat satu laporan polis terhadap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang menuduh beliau sebagai seorang ‘penipu’ berhubung siasatan kes penyebaran video seks tersebut dan ia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
“Semua pihak boleh mengeluarkan apa sahaja kenyataan berhubung isu ini tetapi saya tidak dapat menerima tuduhan mengatakan sebagai ketua polis negara menipu,” kata beliau.
Dalam perkembangan lain, terdahulu Abdul Hamid berharap kerajaan dapat menyegerakan penyelarasan elaun pegawai dan anggotanya sama seperti kakitangan dalam perkhidmatan awam lain antaranya elaun perumahan, Bayaran Insenstif Tugas Am dan kenaikan gaji tahunan.
Katanya sebagai pasukan yang istimewa daripada segi undang-undang, PDRM sepatutnya diberikan pengiktirafan untuk menikmati elaun tertentu sama seperti kakitangan di jabatan atau agensi kerajaan lain.
“Kalau guru dan perkhidmatan kesihatan yang bertugas contohnya di Pantai Timur Sabah, mereka menikmati elaun begitu tinggi sedangkan anak buah saya yang menjaga keselamatan sama-sama susah mendapat hanya 10 peratus daripada gaji mereka dan perkara ini telah dibangkitkan pada Jabatan Perkhidmatan Awam dan setakat ini mereka begitu sensitif dan bersetuju dengan tuntutan tersebut,” katanya.
Beliau berkata pihaknya memahami kekangan kewangan yang dihadapi kerajaan sekiranya penyelarasan itu dilakukan kerana ia melibatkan peruntukan yang agak besar namun sekurang-kurangnya ia dapat dilakukan di peringkat anggota polis berpangkat rendah. – Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/07/dituduh-penipu-kpn-laporkan-lokman-ke-polis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lokman Adam Sedia Didakwa Selepas Tuduh Kpn Menipu

Lokman Adam Sedia Didakwa Selepas Tuduh Kpn Menipu

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 271 hits
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam hari ini berkata beliau sedia didakwa di mahkamah susulan tuduhannya mengatakan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador penipu Ini berhubung siasatan kes penyebaran video intim yang ...
Tuduh Kpn Menipu Lokman Mengadap Bukit Aman

Tuduh Kpn Menipu Lokman Mengadap Bukit Aman

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 323 hits
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam hari ini hadir ke Bukit Aman untuk direkod keterangan Ia susulan dakwaannya yang menuduh Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador menipu berkenaan siasatan kes penyebaran video intim ...
Dituduh Ada Hubungan Dengan Mb Selangor Juwairiya Buat Laporan Polis Skmm

Dituduh Ada Hubungan Dengan Mb Selangor Juwairiya Buat Laporan Polis Skmm

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 837 hits
Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli membuat laporan polis terhadap satu akaun Facebook yang menuduhnya mempunyai hubungan sulit dengan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari Juwairiya berkata laporan Suruhanjaya K...
Reman Haziq Sambung 3 Hari Lagi Polis

Reman Haziq Sambung 3 Hari Lagi Polis

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 386 hits
Sehingga kini polis telah menahan 11 individu termasuk Haziq Abdullah dengan tujuh daripadanya dibebaskan selepas tempoh reman tamat serta keterangan diambil Tempoh tahanan reman bekas Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz dan dua ...
Abang Polis Sanggup Kutip Sampah Guna Tangan Untuk Bersih Longkang Tersumbat

Abang Polis Sanggup Kutip Sampah Guna Tangan Untuk Bersih Longkang Tersumbat

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 1209 hits
Masyarakat di luar sana sepatutnya meletakkan rasa hormat yang tinggi pada anggota badan beruniform kita seperti abang bomba abang askar dan abang polis kerana dedikasi mereka dalam menjalankan tanpa mengira siang dan malam Baru baru ni vir...
Polis Tahan Empat Lelaki Rampas Dadah Dan Senapang Patah

Polis Tahan Empat Lelaki Rampas Dadah Dan Senapang Patah

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 360 hits
KUANTAN Polis menahan empat lelaki dan merampas selaras senapang patah buatan sendiri serta dadah dengan nilai rampasan keseluruhan lebih RM124 000 dalam serbuan di Kuantan dan Maran pada Rabu Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Ha...
Polis Buka Dua Kertas Siasatan Berhubung Dakwaan Wan Ji Dipukul

Polis Buka Dua Kertas Siasatan Berhubung Dakwaan Wan Ji Dipukul

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 324 hits
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan pendakwah kontroversi Wan Ji Wan Hussin dipukul ketika dalam penjara baru baru ini Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi Sinar Har...
Operasi Buang Lemak Polis Gendut

Operasi Buang Lemak Polis Gendut

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 490 hits
AgensiMOJOKERTO Seramai 50 anggota polis gendut di Jawa Timur dikerah menguruskan badan di Akademi Polis Negara di Mojokerto selama 12 hari mulai 15 Julai lalu Menurut jurucakap polis daerah Jawa Timur Komisaris Besar Frans Barung Mangera s...
Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

What Is Dashi And How To Make It

Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Penerbangan Terkejut Boeing 737 Menurun 26 000 Kaki Dalam 10 Minit

Anggota Komando Hilang Ketika Latihan Ditemui Lemas Di Pelabuhan Kuantan

Dj Dave Terharu Lihat Keadaan Dharma Harun Ykat Hulur Rm1 000 Bantu Pulihkan Kesihatan

Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar

Untuk Hati Yang Sedang Letih


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Set Up Akuarium Goldfish Filter Murah Efektif Untuk Tangki Kecil Produk Penjagaan Dan Makanan Terbaik Ikan Emas

Kenapa Dulu Tuala Wanita Di Panggil Modes

Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Msn Sahkan Lee Zii Jia Dalam Keadaan Baik Tiada Isu Depresi Dan Kemurungan Dikesan

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry