Dituduh Bersikap Buruk Terhadap Stylist Irene Red Velvet Tampil Mohon Maaf Atas Kelakuannya
Semalam kecoh apabila seorang stylist dan juga editor telah meluahkan perasaannya mengenai seorang selebriti yang tidak dinamakan. Kata individu tersebut yang mempunyai 15 tahun pengalaman dalam industri, dia berasa terhina dengan kata-kata kasar yang dilemparkan oleh selebriti itu sehingga membawa kepada tangisan.
Menurutnya, apa yang didengari olehnya daripada orang lain mengenai selebriti itu membuatkan dia bersedia secara mental sebelum berjumpa tapi tergamam apabila mendengarkan kata-katanya yang seperti ‘jarum elektrik’.
Hampir 20 minit saya berasa seperti di neraka dalam bilik yang asing itu. Walaupun saya duduk memikirkan hal tersebut, saya masih tidak faham mengenai tindakannya. Selepas mengumpulkan fikiran, saya mahu bercakap dengannya secara baik-baik, secara berdepan dan meminta dia memohon maaf. Walaubagaimanapun, dia sudah menghilangkan diri. Saya merakamkan semuanya jikalau ada apa-apa yang berlaku. Saya patut mengambil tindakan ke atasnya.
Malah entri itu turut disertakan dengan tanda pagar #psycho dan #monster. Ini menyebabkan ramai yang membuat sepekulasi siapakah gerangan selebriti tersebut, dan ramai sepertinya mengagak bahawa tanda pagar itu ialah klu kepada lagu kumpulan Red Velvet dan unit mereka yang dianggotai oleh Irene dan Seulgi. Malah ramai yang berterusan mengatakan bahawa selebriti itu ialah Irene memandangkan editor tersebut telah memadam satu entri lama yang memuji idola itu pada tahun 2016.
Entri pujian Irene yang ditukar kapsyen
Selepas tiada sebarang respons daripada Irene dan agensinya iaitu SM Entertainment, ahli kumpulan Red Velvet itu memuat naik sebuah entri di Instagram dengan gambar hitam.
Ini adalah Irene.
Saya seikhlas hati memohon maaf kerana menyakiti stylist tersebut disebabkan oleh perangai saya yang bodoh dan perkataan yang cuai selain tindakan saya.
Berada di kedudukan ini melibatkan pertolongan daripada ramai orang yang bekerja dengan saya tetapi disebabkan oleh tindakan tidak matang, ia menyebabkan luka dan saya menyesal serta sedang muhasabah diri.
Hal ini membuatkan saya kembali memandang ke masa lepas dan saya berasa sangat malu dek perkataan dan tindakan yang kurang. Malah saya menyedari betapa berharganya semua kakitangan.
Saya akan terus berhati-hati dengan kelakuan saya pada masa hadapan supaya hal sebegini tidak akan berlaku lagi. Saya memohon maaf kepada peminat yang menyokong saya dan semua orang yang berasa risau dek insiden ini.
SM Entertainment turut mengeluarkan kenyataan mengenai insiden tersebut,
Kami ingin menyampaikan kenyataan berkaitan dengan entri atas talian stylist tersebut mengenai Irene.
Irene telah berjumpa dengna stylist tersebut secara peribadi pada tengah hari tadi dan seikhlas hati memohon maaf kerana menyakitinya dengan sikap yang cuai dan perkataan dan tindakan penuh beremosinya. Dia berasa bersalah kerana menyebabkan kerisauan kerana sikapnya yang tidak matang.
Agensi kami berasa bertanggungjawab mengenai insiden tersebut, dan kami tidak akan melupakan kerja keras setiap daripada wakil dan kakitangan yang bekerja dengan syarikat dan artis kami. Kami akan bekerja dengan lebih keras supaya perkara ini tidak akan berlaku lagi dengan sesiapa yang berurusan dengan kami
Sekali lagi, kami meminta maaf kerana menyebabkan ramai orang berasa risau.
Selepas daripada kenyataan Irene dan SM Entertainment ini, stylist tersebut telah memadam entri asalnya.
Semoga ini menjadi pengajaran kepada Irene dan selebriti lain di luar sana.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/dituduh-bersikap-buruk-terhadap-stylist-irene-red-velvet-tampil-mohon-maaf-atas-kelakuannya/