Ditipu Tiada Tawaran Fatin Husna Murung






Fatin mengalami kemurungan selepas lima bulan tiada tawaran pentas sedangkan nyanyian adalah punca pendapatan utamanya.

Penyanyi Fatin Husna mengaku mengalami kemurungan selepas lima bulan dia langsung tidak menerima tawaran melakukan persembahan pentas. Disebabkan itu juga, Fatin pernah berputus asa dan terfikir untuk meninggalkan bidang nyanyian demi meneruskan kelangsungan hidup.

Menurut Fatin atau nama sebenarnya, Fatin Husna Ibrahim, ketiadaan tawaran menyanyi memaksanya mencari rezeki dengan menjual makanan menerusi khidmat penghantaran.

Cerita pelantun lagu Kau Berubah itu lagi, dia turut pernah ditipu penganjur pada penghujung tahun lalu. Katanya, disebabkan ditipu penganjur berkenaan, dia terpaksa menolak beberapa tawaran nyanyian lain.

Bakal muncul dengan single terbaharu sekitar bulan puasa nanti, Fatin akan mengadakan persembahan bersempena Ramadan di The Garden Palace, D’Saji, Titiwangsa, Kuala Lumpur pada pukul 8.30 malam, 29 April ini.

Selain Fatin, penyanyi Roy Rauzan, Bimasakti, Salamiah Hassan, Atilia Haron, Amir Ukays dan Kool juga bakal membuat persembahan dari 20 April hingga 2 Mei depan.

Kosmo!: Apakah yang berlaku kepada anda kerana begitu lama menyepi daripada dunia hiburan?

Fatin Husna: Sebenarnya, sudah empat hingga lima bulan saya tiada langsung tawaran nyanyian. Hal itu bermula apabila saya ditipu oleh seorang penganjur untuk mengadakan persembahan di Perak hujung tahun lalu. Disebabkan ingin memenuhi tuntutan persembahan itu, saya menolak beberapa tawaran menyanyi lain. Sejak itu, saya murung dan lebih suka memencilkan diri di rumah.

Jadi bagaimanakah dengan punca pendapatan anda sepanjang tempoh tersebut?

Saya ada menjalan perniagaan kecil-kecilan iaitu menjual makanan menerusi khidmat penghantaran. Saya sediakan sendiri makanan seperti kek, biskut dan ayam goreng pedas. Saya juga melakukan penghantaran sendiri dengan menunggang motosikal sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Alhamdulillah, rezeki masih ada kalau kita sendiri rajin berusaha. Lagipun, saya anak sulung dalam keluarga dan tanggungjawab sangat besar. Saya tidak mahu sudah besar panjang namun, masih bergantung dengan ibu bapa.

Maaf bertanya, adakah anda mengalami kemurungan hanya kerana tiada tawaran nyanyian?

Banyak kali saya berasa ingin mengundur diri daripada bidang nyanyian, namun saya kuatkan hati. Jalan ini saya pilih untuk menampung kehidupan, jadi harus teruskan. Perasaan murung itu timbul kerana tiada tawaran pentas sedangkan nyanyian adalah punca pendapatan utama saya. Saya juga rasakan bidang nyanyian bukan pilihan yang tepat kerana ramai masih tertanya-tanya siapakah saya, namun saya tidak mudah patah semangat. Saya akan terus berjuang sehinggalah berjaya seperti kawan-kawan seperjuangan lain.

Apakah pendapat anda apabila terdapat dakwaan bahawa anda sukar diterima peminat kerana membawa imej yang terlalu kekampungan?

Memang betul, saya akui masih lemah tentang fesyen atau imej. Buat masa sekarang, soal imej atau fesyen semua diuruskan sendiri. Saya tiada masalah jika orang sifatkan saya sebagai penyanyi berimej kampung. Bagaimanapun, dari semasa ke semasa saya mencuba yang terbaik untuk memperbaiki kelemahan diri terutama dari segi fesyen. Namun, saya tidak mahu hilang jati diri sendiri dengan terlalu mencuba menukar gaya yang bukan diri saya.

Anda masih kurang dikenali berbanding rakan seperjuangan lain, mungkin kurang pendedahan. Apa komen anda?

Saya akan cuba menyertai Big Stage 2 untuk mendapatkan lebih pengalaman dan pendedahan. Sebelum ini saya ada cuba uji bakat untuk musim pertama, namun tidak berjaya. Mungkin kurang pengalaman dan keyakinan diri. Saya berharap diberi peluang agar dapat menonjolkan diri dalam industri muzik tanah air.

Boleh kongsikan sedikit tentang persembahan anda bersempena Ramadan di The Garden Palace, D’Saji, Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 29 April ini?

Alhamdulillah, ini rezeki saya walaupun ramai mempersoalkan mengapa saya seorang sahaja golongan Budak Baru Nak Up (BBNU) dipilih dalam persembahan yang dimonopoli artis-artis senior. Rezeki tidak patut tolak memandangkan sebelum ini saya langsung tiada tawaran nyanyian. Dalam pada itu, saya bakal muncul dengan single terbaharu sekitar Ramadan nanti.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/04/ditipu-tiada-tawaran-fatin-husna-murung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Emma Dihujani Tawaran Lakonan

Emma Dihujani Tawaran Lakonan

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 300 hits
04 April 2019 3 00 AM Keputusan Emma Maembong untuk membuka hijab dua bulan lalu ternyata tidak menjejaskan karier seninya malah menjadikan dirinya semakin kuat sekembalinya dari Tanah Suci hujung Ma
Tawaran Berlakon Tak Kurang Selepas Buka Tudung Emma Maembong

Tawaran Berlakon Tak Kurang Selepas Buka Tudung Emma Maembong

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 444 hits
Hampir dua bulan Emma Maembong membuat keputusan untuk membuka tudung beliau bersyukur biarpun tindakannya itu mengundang kebencian peminat namun ia tidak menjejaskan tawaran berlakon yang semakin melimpah Alhamdulillah kerjaya seni saya se...
Hiburan Kontroversi Buka Tudung Tidak Jejaskan Karier Emma Maembong Dihujani Tawaran Lakonan

Hiburan Kontroversi Buka Tudung Tidak Jejaskan Karier Emma Maembong Dihujani Tawaran Lakonan

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 359 hits
Membuat keputusan untuk menanggalkan tudung beberapa bulan dulu mungkin membuatkan nama Emma Maembong dikecam serta dihimpit kontroversi Bagaimanapun Emma boleh menarik nafas lega kerana tindakannya itu tidak pun menjejaskan kariernya Sebal...
Tawaran Terbaik Beli Elba Food Steamer

Tawaran Terbaik Beli Elba Food Steamer

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 466 hits
Suka makan kuih Pau ikan masak steam limau atau pelbagai jenis dim sum Biasa kalau beli yang dah siap masak harga ada mantol sikit Harga pasti dah mark up Kan Nak makan banyak banyak takut budget lari Jadi apa kata beli steamer elektrik Mud...
Tawaran Terkini Bosch Impact Drill

Tawaran Terkini Bosch Impact Drill

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 279 hits
Siapa nak survey survey drilled Elektrik Harga tengah ohsem gila Tak mahal sangat Kualiti terbaik Pasti anda suka Lagi lah kalau yang tersayang yang tolong belikan For sure kalau setakat nak pasang frame gambar atau pemegang langsir senang ...
Seandainya Saya Meninggal Dulu Apa Nasib Ziyad Anak Autisme Ini Harta Bernilai Dr Fatin

Seandainya Saya Meninggal Dulu Apa Nasib Ziyad Anak Autisme Ini Harta Bernilai Dr Fatin

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 289 hits
Dilahirkan cukup bulan dengan berat 3 15 kilogram kehadiran Muhammad Ziyad b Muhamad Akmal 4 memberi kegembiraan pada kedua ibu bapanya Membesar seperti bayi lain mengikut usia cuma apabila menginjak usia setahun ke atas terdapat beberapa k...
Fatin Harus Tinggalkan Suami Meski Belum 24 Jam Menikah Sang Adik Tuhan Lebih Mencintainya

Fatin Harus Tinggalkan Suami Meski Belum 24 Jam Menikah Sang Adik Tuhan Lebih Mencintainya

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 339 hits
Hari pernikahan pastinya menjadi momen yang membahagiakan untuk semua pasangan Kehidupan setelah Menikah dan rencana masa depan pun pasti sudah dibangun dengan matang Namun semua itu berbanding terbalik dengan pasangan suami istri asal Mala...
Kerana Penat Kerja Fatin Afeefa Luah Mahu Mati

Kerana Penat Kerja Fatin Afeefa Luah Mahu Mati

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 541 hits
Sebelum ini Fatin Afeefa ada meluahkan rasa benci dengan kehidupan yang dilaluinya dan jika boleh mahu mati sahaja Jelas Fatin luahan itu The post appeared first on
Tawaran Kemasukkan Ke Tingkatan 6 Tahun 2019

Tawaran Kemasukkan Ke Tingkatan 6 Tahun 2019

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 377 hits
as salam Tawaran Kemasukkan Ke Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2019 KPM Keputusan boleh disemak mulai 16 April 2019 hingga 17 Mei 2019 melalui Laman Sesawang KPM
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep