Seandainya Saya Meninggal Dulu Apa Nasib Ziyad Anak Autisme Ini Harta Bernilai Dr Fatin


Dilahirkan cukup bulan dengan berat 3.15 kilogram, kehadiran Muhammad Ziyad b. Muhamad Akmal, 4, memberi kegembiraan pada kedua ibu bapanya.
Membesar seperti bayi lain mengikut usia cuma apabila menginjak usia setahun ke atas terdapat beberapa kelainan yang mula diperhatikan oleh ibunya, Dr Fatin Nadhirah Idrus sehinggalah pakar mengesahkan Ziyad mengalami masalah autisme.

Menurut ibu Ziyad, perkara pertama yang dapat dikesan pada Ziyad ketika umurnya setahun ke atas adalah masih tak dapat menyebut perkataan mudah. Nak apa-apa cuma tunjuk atau beri isyarat.
“Biasanya kanak-kanak yang dah nak masuk umur dua tahun paling kurang dah boleh sebut antara 40-50 patah perkataan tapi Ziyad langsung tak bercakap.
“Lagi satu Ziyad kuat tantrum dan boleh berguling-guling jika tak dapat apa yang dia nak. Tak kiralah di rumah atau di tempat awam. Memang masa mula-mula tak tahu masalah ini rasa sangat stres tapi tetap fikir positif.
“Saya juga perasan ketika umur Ziyad setahun lebih juga dia kerap mengibas tangan tak kira masa. Sama ada gembira, menangis atau sedang marah serta dia jadi seorang yang memilih makan sehingga tak mahu makan dan hanya minum susu sahaja,” kongsi Fatin.

Suami Sukar Terima
Disebabkan ciri-ciri yang ditunjukkan oleh Ziyad, ibunya banyak bertanya pendapat dan membaca sehinggalah mendapat keputusan Ziyad benar-benar anak istimewa ketika usianya 1 tahun 8 bulan.
Bermula dari itu, setelah dinasihatkan oleh pakar mengenai rawatan yang perlu dilakukan, ayah Ziyad yang juga seorang doktor tak dapat nak terima keputusan ini.
“Bagaimanapun, kami tak ambil masa lama untuk membantunya terutama meningkatkan kemahiran pertuturan dan kawalan emosi.

“Kami bawa dia pergi melakukan terapi, menghantar ke pusat perkembangan, memanggil guru untuk mengajarnya di rumah dan turut mendaftar ke sekolah tadika supaya ada aktiviti yang boleh dilakukan.
“Kiranya dalam seminggu jadualnya padat dengan aktiviti dan sejak kebelakangan ini dah nampak banyak perubahan pada Ziyad. Walaupun tantrumnya masih ada tapi dah boleh kawal,” jelasnya.
Ada juga terdetik di hati ini, seandainya saya ditakdirkan meninggal dulu apa nasib Ziyad selepas ini? Dan sehingga kini masih belum dapat jawapannya.

Mohon Kad OKU
Fatin menjelaskan sebagai langkah awal, niat saya memohon kad OKU ini bukan untuk dapat keistimewaan tetapi untuk melindunginya.
“Jika tak kena cara dia boleh menggigit, ambil apa saja barang dari orang atau berlari tanpa rasa takut pada orang lain.
“Cuma apa yang saya rasa sedikit terkilan, mentaliti masyarakat di Malaysia masih tak boleh terima lagi anak istimewa ini ketika berada di tempat awam. Pandangan mereka seolah-olah seperti ada sesuatu yang pelik.
“Sebagai ibu saya harap Malaysia boleh mewujudkan bandar “autisme friendly” macam di Ireland,” ujarnya.

Memori Ziyad kuat
Menarik mengenai anak autism ini memorinya cukup kuat untuk menghafal. Macam Ziyad dia boleh hafal semua jenis nama dinosaur, nama semua ultraman dan juga nama negara dalam peta USA.
“Bukan itu sahaja, apa yang dia lihat dan dengar cepat diingatinya sehingga rasa kagum dengan kebolehan anak autism ini,”akhiri Fatin.
The post “Seandainya Saya Meninggal Dulu Apa Nasib Ziyad”? Anak Autisme Ini Harta Bernilai Dr Fatin appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/seandainya-saya-meninggal-dulu-apa-nasib-ziyad-anak-autisme-ini-harta-bernilai-dr-fatin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu Dia Tak Faham Satu Apa Pun Saya Cakap Kini Aiman Suka Membebel Tip Ibu Anak Autisme Yang Mama Wajib Praktis

Dulu Dia Tak Faham Satu Apa Pun Saya Cakap Kini Aiman Suka Membebel Tip Ibu Anak Autisme Yang Mama Wajib Praktis

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 448 hits
Menunggu hari demi hari untuk anak autisme kita bercakap memang menyukarkan Malah penuh emosi Jangan paksa si kecil anda kerana mereka perlukan masa untuk memahami ayat dan mengumpul perkataan Jangan paksa tetapi kita tetapi boleh praktiska...
Jangan Marah Dulu Kalau Anak Sulung Kuat Sentap Ini Antara Sebabnya

Jangan Marah Dulu Kalau Anak Sulung Kuat Sentap Ini Antara Sebabnya

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 544 hits
Jangan Marah Dulu Kalau Anak Sulung Kuat Sentap Ini Antara Sebabnya Kalau anak kedua ada sindrom anak kedua anak sulung juga ada peelnya yang mak kena jaga jaga Biarpun anak sulung jenis mudah disuruh dan menurut perintah tapi mereka pantan...
Selalu Demam On Off Ibu Luah Perasaan Hiba Anak Meninggal Dunia Akibat Tum Or

Selalu Demam On Off Ibu Luah Perasaan Hiba Anak Meninggal Dunia Akibat Tum Or

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 423 hits
Selalu demam on off ibu luah perasaan hiba anak meninggal dunia akibat tumor Luluh hati si ibu apabila anak perempuan kesayangan pergi menghadap Ilahi setelah lama menanggung kesakitan walaupun pelbagai rawatan telah dilakukan Badan panas t...
Cikgu Kata Dia Eddry Hantar Anak Ke Sekolah Khas Autisme Di Manchester

Cikgu Kata Dia Eddry Hantar Anak Ke Sekolah Khas Autisme Di Manchester

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 429 hits
Penyanyi dan komposer Edry Abdul Halim bersyukur kerana akhirnya anak ketiganya Emery 11 yang merupakan anak autisme sudah bersekolah di Manchester United Kingdom Edry memberitahu Emery mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran seko...
Tak Sempat Bagi Susu Pintu Rah Im Dijangkiti Kuma N Anak Meninggal Selepas 3 Hari

Tak Sempat Bagi Susu Pintu Rah Im Dijangkiti Kuma N Anak Meninggal Selepas 3 Hari

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 309 hits
Tak Sempat Bagi Susu Pintu Rah im Dijangkiti Kuma n Anak Meninggal Selepas 3 Hari Ibu mana tidak sedih jika anak yang dikandung 9 bulan akhirnya pergi meninggal dunia Pada awalnya wanita ini tidak menyedari masalah yang dihadapi kerana tiad...
Separuh Jiwaku Pergi Bayi Meninggal Dalam Tidur Pemergian Anak Syurga Ini Begitu Menyentuh Hati Semua

Separuh Jiwaku Pergi Bayi Meninggal Dalam Tidur Pemergian Anak Syurga Ini Begitu Menyentuh Hati Semua

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 316 hits
Separuh Jiwaku Pergi Bayi Meninggal Dalam Tidur Pemergian Anak Syurga Ini Begitu Menyentuh Hati Semua Zuriat merupakan kurniaan terindah bagi setiap pasangan Kehadirannya dinanti dinantikan Rasa teruja membilang hari bilakah si kecil penyer...
Harus Tunjukkan Sokongan Kepada Anak Anak Autisme Ini Cara Lisa Surihani Raikan Hari Autisme

Harus Tunjukkan Sokongan Kepada Anak Anak Autisme Ini Cara Lisa Surihani Raikan Hari Autisme

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 493 hits
Pelakon cantik Lisa Surihani menerusi ruang instagramnya menyatakan sokongan bersama sama meraikan hari autisme sedunia Sokongan tersebut dinyatakan dengan cara memakai baju bewarna biru tanda meraikan hari tersebut 2nd April 2019 My first ...
Walau Dah Ada Anak Fatin Afeefa Dipuji Kekal Ramping

Walau Dah Ada Anak Fatin Afeefa Dipuji Kekal Ramping

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 857 hits
Wow macam kerengga Kelu dibuatnya bila dapat tahu pelakon cantik Fatin Afeefa miliki ukuran pinggang sekecil 24 inci Dah macam ukuran pinggang anak d4ra sedangkan dia sebenarnya dah bergelar seorang ibu View this post on Instagram A post sh...
Janga Geram Dulu Anak Memilih Ketika Makan

Janga Geram Dulu Anak Memilih Ketika Makan

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 303 hits
Mempunyai anak yang suka memilih ketika makan bukan satu perkara yang baru Sebagai ibu bapa sudah pasti kita ingin memastikan anak anak mendapat khasiat dari pemakanan yang seimbang dan sihat Namun ibu bapa yang suka memaksa si anak untuk m...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah