Kepalabatas Lelaki Kelar Leher Sendiri Enggan Ditahan Polis


Seorang penjenayah tegar yang enggan ditahan polis cuba membunuh diri dengan bertindak mengelar leher sendiri dalam satu insiden di rumahnya di Bagan Jermal, Butterworth dekat sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian pukul 5 petang itu,  lelaki berusia 32 tahun tersebut yang sedang menunggang motosikal curi pada mulanya ditahan polis sebelum dia bertindak melarikan diri dan bersembunyi di dalam rumahnya di Flat Thamby Kecil.

“Polis bertindak mengejar lelaki itu sehingga ke rumahnya sebelum memecahkan pintu jeriji besi rumah berkenaan dan suspek yang ketika itu sedang memegang pisau lipat bertindak   mengelar lehernya di situ bagi mengelak ditahan, dia dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya akibat tindakan itu, lelaki yang mempunyai 20 rekod lampau tersebut  menerima 30 jahitan di leher dan dia kini dirawat di HSJ serta dilaporkan dalam keadaan stabil. Lelaki terbabit turut dikehendaki polis kerana terlibat dengan jenayah.



Beliau berkata hasil siasatan lelaki itu juga didapati memiliki rekod rawatan sakit jiwa di Pusat Rawatan Sakit Jiwa, Jalan Perak dan dia dihantar semula ke pusat rawatan itu bagi mendapatkan rawatan.

“Berdasarkan rawatan sakit jiwa sebelum ini, lelaki itu mengalami keadaan tersebut (sakit mental) berikutan pengaruh alkohol dan dadah yang keterlaluan serta mempunyai kebiasaan cuba membunuh diri apabila ditangkap polis,” katanya.


Noorzainy berkata lelaki yang tidak bekerja dan positif dadah itu dipercayai  terlibat sekurang-kurang 10 kes ragut di SPU dan Seberang Perai Tengah(SPT) sejak bulan lepas namun polis percaya dia turut terlibat jenayah lain seperti curi motosikal kerana motosikal digunakan semasa kejadian tersebut adalah kenderaan curi.

Dalam perkembangan lain, katanya polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun pada pukul 3 pagi Rabu lepas kerana terlibat kegiatan menyamun kedai serbaneka di  Sungai Dua.

Beliau berkata dalam kejadian pukul 4 petang pada 2 Dis, lelaki itu yang memang dikehendaki polis memecah masuk kedai serbaneka berkenaan sebelum melarikan wang tunai dan kad tambah nilai.

“Lelaki yang mempunyai lima rekod lampau dan tidak bekerja itu mengaku terlibat lima kes samun kedai dan 10 kes samun sejak bulan lepas, susulan penahanannya polis turut merampas pelbagai barangan hasil kegiatan jenayah  antaranya kad bank, kad pengenalan, pisau, beg duit, cincin emas serta sebuah motosikal digunakan lelaki tersebut untuk menyamun,” katanya.

Sumber : Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/12/kepalabatas-lelaki-kelar-leher-sendiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Enggan Ditahan Polis Kelar Leher Sendiri

Lelaki Enggan Ditahan Polis Kelar Leher Sendiri

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 566 hits
Bernama KEPALA BATAS Seorang lelaki yang enggan ditahan polis cuba membunuh diri dengan bertindak mengelar leher sendiri dalam kejadian di rumahnya di Bagan Jermal Butterworth Sabtu lepas Ketua Polis Seberang Perai Utara Noorzainy Mohd Noor...
Lelaki Lumpuh Selepas Menyentak Leher Sendiri Terlalu Kuat

Lelaki Lumpuh Selepas Menyentak Leher Sendiri Terlalu Kuat

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 446 hits
ADAKALANYA apabila kita terasa penat atau berat di bahagian leher perkara biasa yang kita buat ialah meregangkan bahagian otot leher dengan menyentak kepala ke kiri atau kanan sehingga mengeluarkan bunyi krakk atau pop Tetapi bagi lelaki be...
Padah Viral Kesalahan Sendiri Tuduh Polis Minta Rasuah Pasangan Ini Didakawa Didapati Ada Rekod Kesalahan Lampau

Padah Viral Kesalahan Sendiri Tuduh Polis Minta Rasuah Pasangan Ini Didakawa Didapati Ada Rekod Kesalahan Lampau

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 598 hits
Ohmedia tak tahu la nak kata apa dengan sesetengah orang yang terlalu seronok untuk viralkan sesuatu benda Viral ni ada 2 jenis samaada benda yang diviralkan menunjukkan anda di pihak yang benar ataupun anda hanya viralkan kebodohan anda se...
Anggota Polis Berbalas Tembakan Sesama Sendiri

Anggota Polis Berbalas Tembakan Sesama Sendiri

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 434 hits
Anggota Polis Berbalas Tembakan Sesama SendiriSeorang anggota polis yang dituduh merogol bertindak menembak mati dua pegawai atasan sebelum ditembak mati anggota polis lain kelmarin Menurut Bangkok Post suspek Shinkrit Phutthipraphas dibawa...
Polis Tahan 3 Lelaki Rampas Rokok Bernilai Rm4 3 Juta

Polis Tahan 3 Lelaki Rampas Rokok Bernilai Rm4 3 Juta

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 346 hits
Polis tahan 3 lelaki rampas rokok bernilai RM4 3 juta Dikemas kini 39 minit yang lalu Diterbitkan pada 25 Dec 2019 1 23PM
Tak Masuk Akal Hanya 2 Anggota Polis Disabitkan Bersalah Bunuh Altantuya Kata Peguam Negara

Tak Masuk Akal Hanya 2 Anggota Polis Disabitkan Bersalah Bunuh Altantuya Kata Peguam Negara

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 621 hits
PEGUAM Negara mempertimbangkan untuk membuka semula kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang didakwa ada kaitan dengan bekas perdana menteri Najib Razak push Dua orang bekas anggota polis pengawal peribadi Najib telah disabitkan bersalah da...
Demi Keselamatan Orang Awam Polis Ini Sanggup Seluk Longkang Guna Tangan Elak Tersumbat

Demi Keselamatan Orang Awam Polis Ini Sanggup Seluk Longkang Guna Tangan Elak Tersumbat

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 396 hits
Tugas dan peranan pegawai polis sangat penting dalam masyarakat merekalah yang akan memastikan semuanya berada dalam keadaan selamat dan terkawal Ada masanya mereka melakukan sesuatu yang bukan bidang kerja mereka tetapi atas dasar dedikasi...
Ijazah Siswi Dari Keluarga Miskin Ditahan Pihak Sekolah

Ijazah Siswi Dari Keluarga Miskin Ditahan Pihak Sekolah

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 353 hits
Ine Widianti mengaku ijazah kelulusannya masih ditahan pihak Sekolah Menengah Kejuruan Lentera Bangsa Rengasdengklok Karawang Menurutnya pihak sekolah beralasan ada kewajiban yang belum dilunasi
Dua Lelaki Ditahan Insiden Gaduh Di Kongres Amk

Dua Lelaki Ditahan Insiden Gaduh Di Kongres Amk

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 845 hits
Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan pada Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini hari ini Loading Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berk...
Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

Bermain Badminton Waktu Malam Boleh Dapat Serangan Jantung

Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kenapa Pilih Syarikat Packaging Custom Ini 7 Sebab Produk Anda Perlu Kotak Berkualiti

Terlupa Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

Kesan Kopi Jantung Berdebar Setelah Dua Tiga Teguk

Panda Gergasi Terakhir Japan Mengucapkan Selamat Tinggal Yang Emosional Di Zoo Tokyo

Asus V600 Aio Kini Boleh Didapatkan Pada Rm3599

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g