Disyaki Meninggal Akibat Covid 19 Keluarga Peluk Cium Sebelum Dikebumikan
Sebuah video yang memaparkan jenazah Pesakit dalam Pengawasan (PDP) Covid-19 di Daerah Kolaka, Indonesia telah tular di laman media sosial. Sebelum ini, wanita berusia 32 tahun itu meninggal dunia di Hospital Bahteramas di Sulawesi Tenggara, Isnin lalu.
Dalam video tersebut, kedengaran teriakan tangisan semasa jenazah wanita itu sampai di rumah pengebumian. Jenazah PDP telah dibawa dari hospital Bahteramas menuju ke Kabupaten Kolaka dengan menggunakan kereta persendirian milik seorang ahli keluarga.
Sebelum jenazah dihantar ke rumah, jururawat dan doktor hospital melakukan tindakan antisipatif dengan menentukan kemungkinan virus itu tersebar. Doktor membungkus jenazah wanita tersebut dengan plastik sebelum dibawa pulang oleh pihak keluarga. Wanita itu mempunyai sejarah perjalanan menunaikan Umrah.
Loading…
Pengarah Hospital Kendari Bahteramas, Dr Sjarif Subijakto, menyatakan bahawa pesakit telah cuba dirawat mengikut SOP namun keluarganya menolak untuk diberikan keranda dan dihantar oleh ambulans apabila mayat dibawa ke rumah.
“Ya kami terpaksa membuat kenyataan, jika ada apa-apa yang berlaku nanti, keluarga yang akan menanggung akibatnya kerana hospital sudah memaksa,” kata Sjarif.
Tidak sampai di situ, dalam satu lagi video lain, ternyata lilitan plastik dan pita pelekat pada jenazah juga dilepaskan oleh pihak keluarga sebelum dimakamkan. Beberapa orang dilihat mencium dan memeluk jenazah.
Doktor forensik Sulawesi Tenggara, Dr Mauluddin berkata apa yang dilakukan oleh pihak hospital sudah mengikut prosedur.
“Mudah-mudahan bukan positif Covid-19. Namun, pita plastik itu berfungsi untuk memutuskan potensi rantaian penularan virus terhadap orang di sekeliling,” katanya.
Menurut Ketua Pasukan Petugas Koordinasi Covid-19 Sulawesi Tenggara, La Ode Rabiul Awal, dia tidak mahu meneka mengenai keadaan pesakit. Apabila diisytiharkan meninggal dunia, dia menjadi suspek Covid-19.
Sumber: Liputan 6
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysianupdate.my/2020/03/disyaki-meninggal-akibat-covid-19-keluarga-peluk-cium-sebelum-dikebumikan/