Disebabkan Menteri Melayu Islam Membisu


KESIMPULAN YANG KITA NAMPAK BAHAWA PEMIMPIN DI DALAM PAKATAN HARAPAN TIADA ILMU MEMIMPIN/MENGURUS KEMANUSIAAN.DISAMPING DIANTARA PARTI DI DALAM PAKATAN HARAPAN ADA NIAT NAK JADIKAN MALAYSIA MACAM SINGPURA.UNTUK MEMUJUK ISLAM, MUNGKIN SYI'AH ATAU WAHABI AKAN DIPERKENALKAN TERHADAP UMAT ISLAM DI NEGARA INI.NAMUN RAKYAT SUDAH DAPAT BACA PERANAGAI DAN TUJUAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN TERHADAP NEGARA INI.AKHIRNYA RAKYAT TIDAK MAHU PEMIMPIN YANG BISU DAN RENDAH AKHLAK DAN MENOLAK YANG TELAH MENJALANI HUKUMAN PENJARA KERANA AKHLAK KOTOR.-Pak Karamu- 'Tak solat, kaki judi tetap akan marah bila Islam diusik'
Shakira Buang, Anne Muhammad dan Alya Alhajri  |  Diterbitkan 4 Mei 2019, 8:37 malam  |  Dikemaskini 4 Mei 2019, 8:37 malam

   

TINJAUAN | Himpunan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) yang menghimpunkan ribuan peserta di ibu negara siang tadi disifatkan sebagai manifestasi ketidakpuasan hati rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Ini kerana rata-rata peserta perhimpunan yang ditemui Malaysiakini berkata melalui himpuan sedemikian rakyat dapat memperlihatkan apa yang membebani fikiran mereka selepas hampir setahun PH memerintah Malaysia.
Menurut salah seorang peserta himpunan, Akhmal Haris, 48, dari Jerlun, Kedah, kehadirannya hari ini bukanlah semata-mata kerana isu Statut Rom yang merupakan salah satu agenda himpunan itu.
Sebaliknya, Akhmal berkata ia lebih kepada ketidakpuasaan hati rakyat terhadap kepimpinan PH.
Akhmal (gambar) mendakwa selepas hampir setahun pentadbiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, kerajaan terus-menerus memberi tekanan kepada rakyat khususnya dalam perkara melibatkan Islam.


“Saya sertai himpunan hari ini bukanlah kerana Statut Rom tetapi lebih kepada ketidakpuasan hati terhadap kerajaan.
“Pimpinan sedia ada hari ini dilihat sengaja memberi tekanan kepada rakyat, bukan sahaja isu Statut Rom tetapi semua apa yang berlaku di dalam negara ini,” kata Akhmal yang tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 10.00 pagi tadi dari Jerlun, Kedah.
Bagi Rohani Mohamad, 50, kerajaan PH hari ini didakwa gagal mempertahankan kedaulatan Islam yang merupakan agama rasmi negara.
Rohani (gambar, kanan) berkata kegagalan PH itu boleh dilihat daripada sikap diam diri barisan kabinet ketika wakil rakyat DAP membuat serangan dalam soal Melayu-Islam.

“Himpunan hari ini lebih kepada ketidaktegasan pemimpin kerajaan yang ada hari ini.“Kita ini negara Islam, jadi adalah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk menjaga kedaulatan Islam.
“Tetapi apa yang kita lihat hari ini dari apa yang dinyatakan pihak DAP, nampak sangat kerajaan banyak berdiam diri, lebih-lebih lagi bila DAP lakukan serangan dalam satu-satu isu. 
“Sepatutnya kerajaan perlu fikir kepentingan rakyat atau pun bertindak tegas terhadap serangan yang dibuat pemimpin DAP selain menunaikan janji-janji manifesto mereka,” katanya tanpa menjelaskan secara khusus insiden serangan DAP itu.
Menurut Rohani lagi, dia datang bersama 20 lagi rakannya yang lain sebagai sokongan penuh kepada kepimpinan pembangkang yang dilihatnya bersungguh-sungguh mempertahankan kepentingan Melayu-Islam.
Sementara itu, Azli Asmawi, 53 berkata kehadiran ribuan rakyat hari ini bukti rakyat mula sedar bahawa mereka telah ditipu oleh kerajaan pimpinan PH.


Kata Azli (gambar, kanan), kemarahan rakyat itu timbul ekoran tindakan yang disifatkan datang daripada pihak tidak bertanggungjawab apabila dengan sengaja menyentuh soal institusi raja dan Melayu-Islam.
“Daripada apa yang saya tengok kebanyakan orang Melayu dan termasuk keluarga saya yang pangkah (undi) PH dah mula sedar, dan nampak mereka kena tipu. 
“Dia kacau orang Melayu, Bumiputera, Islam, raja-raja dan sebab itu orang marah.
“Orang Islam, dia tak solat, kaki perempuan dan berjudi ke apa dia tetap akan marah bila orang lain usik Islam,” katanya.
Azli berkata keadaan negara hari ini juga meresahkan rakyat.
“Saya boleh kata ramai yang saya temui resah dengan apa yang berlaku hari ini, harga barang naik, (dakwaan) nak gugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalan, UEC, Statut Rom.
“Statut Rom ini, walaupun saya belajar sampai tingkatan tiga tapi saya banyak membaca. Kita tengok bila perdana menteri dah kata tarik balik ratifikasi Statut Rom, kenapa masih ada yang bising soal itu?
“Kalau BN sebelum ini mereka kata setuju dengan Statut Rom tapi mereka tak tanda tangan. Peguam Negara pun tak tandatangan, kenapa perdana menteri dengan peguam negara hari ini tak sama dengan kabinet? 
"Mereka ini tidur satu bantal tapi mimpi lain-lain,” katanya.


Sementara itu, bagi Osman Abdul Rahman, 53 (gambar) matlamat beliau hadir ke himpunan petang untuk menyedarkan kerajaan PH bahawa mereka perlu mendengar suara rakyat.
“Kerajaan hari ini, kita tengok langsung tidak mempertahankan hak Melayu-Islam dan kalau kita tengok dari segi hak keistimewaan orang Melayu pun yang ada dalam perlembagan terus dicabar.
“Kita nampak dari segi Melayu-Islam dan Raja-raja kerajaan tak langsung pertahankan dan sebab itu matlamat saya hanya satu, iaitu mempertahankan kepentingan Melayu-Islam dan kedaulatan Raja-raja serta hak-hak orang Melayu,” katanya.
Kata Osman, sekiranya kerajaan gagal mendengar tuntutan perhimpunan ini tidak mustahil rakyat akan terus berdemonstrasi dari semasa ke semasa.
“Kita harap kerajaan dengar apa yang kita tak puas hati, lebih-lebih lagi yang melibatkan kepentingan orang Melayu. Ambil berat, kerana hak orang Melayu ini memang dah termaktub dalam perlembagan, jangan sesekali cuba menghakisnya.
“Kalau tidak rakyat akan terus berhimpun bagi mendesak kerajaan dengar suara rakyat,” katanya lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://abnnasution.blogspot.com/2019/05/disebabkan-menteri-melayuislam-membisu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aku Tak Akan Bagi Duit Percuma Kat Kau Melayu Bodoh Penumpang Hina Melayu Islam Pemandu Grab Buat Laporan Polis

Aku Tak Akan Bagi Duit Percuma Kat Kau Melayu Bodoh Penumpang Hina Melayu Islam Pemandu Grab Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 775 hits
Seorang pemandu Grab Murshid 37 tahun telah membuat laporan polis apabila seorang penumpang yang membatalkan tempahan Grab menghina Melayu dan Islam pada 9 56 malam semalam BACA Menurut bekas kakak ipar Murshid Kejadian berlaku apabila dia ...
Sentimen Melayu Islam Terancam Mainan Parti Kalah Cuba Tutup Kesalahan

Sentimen Melayu Islam Terancam Mainan Parti Kalah Cuba Tutup Kesalahan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 346 hits
KUALA LUMPUR Tindakan blok pembangkang memainkan sentimen agama Islam dan hak Melayu yang kononnya terancam di bawah pentadbiran Pakatan Harapan didakwa bertujuan menyelamatkan diri daripada kesilapan lalu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mo...
Bukan Islam Makin Berani Sentuh Kedudukan Islam Raja Melayu

Bukan Islam Makin Berani Sentuh Kedudukan Islam Raja Melayu

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 351 hits
Orang bukan Islam kini dilihat semakin berani menyentuh tentang agama Islam dan kedudukan Raja Raja Melayu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keberanian sesetengah pihak yang menjadikan internet dan laman sosial berkenaan isu ...
Politik Melayu Islam Jaminan Masa Depan Umno

Politik Melayu Islam Jaminan Masa Depan Umno

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 381 hits
Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas tugas Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berucap pada Majlis Sambutan Ulangtahun UMNO ke 73 dan Majlis Berbuka Puasa di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur foto FAREEZ FADZILKUALA LUMPUR...
Ph Gagal Jaga Melayu Islam Ini Jawapan Saifuddin

Ph Gagal Jaga Melayu Islam Ini Jawapan Saifuddin

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 404 hits
Anne Muhammad Ramieza Wahid WAWANCARA Meskipun dihimpit dengan pelbagai dakwaan antaranya Pakatan Harapan cuma kerajaan sepenggal dan gagal menjaga kepentingan Melayu dan Islam seorang menteri kabinet ada jawapannya yang tersendiri Menteri ...
Penganjur Demo Pertahan Islam Beri Notis Tak Lengkap Kata Polis

Penganjur Demo Pertahan Islam Beri Notis Tak Lengkap Kata Polis

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 397 hits
May 4 2019 9 39 PMKUALA LUMPUR Polis akan memanggil penganjur Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam susulan kegagalan mengemukakan notis lengkap Ketua Polis Dang Wangi Mohd Fahmi Visuvanathan berkata pihaknya akan melakukan siasatan bawah Seks...
Menag Sudah Komunikasi Dengan Ormas Islam Tak Boleh Sweeping Selama Ramadan

Menag Sudah Komunikasi Dengan Ormas Islam Tak Boleh Sweeping Selama Ramadan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 434 hits
Menteri Agama Lukman Hakim Saifuddin menegaskan tak akan ada aksi sweeping di bulan Ramadan ini Sebab menurutnya Menag telah berkomunikasi dengan ormas ormas di Indonesia agar tak melakukan sweeping apapun
Pihak Polis Panggil Penganjur Pertahankan Kedaulatan Islam

Pihak Polis Panggil Penganjur Pertahankan Kedaulatan Islam

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 419 hits
Semalam telah berlangsung satu himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan di Jalan Tunku Abdul Rahman yang dilaporkan telah dihadiri kira kira 3 500 orang peserta Walaubagaimanapun hari ini pihak polis telah memanggil pihak peng...
Saifuddin Allegations That Pakatan Sidelines Islam Baseless

Saifuddin Allegations That Pakatan Sidelines Islam Baseless

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 284 hits
KUANTAN It is baseless to accuse the Pakatan Harapan government of sidelining Malays and Muslims says Foreign Minister Datuk Saifuddin Abdullah He said there had been many initiatives undertaken by the government that gave specific attentio...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025