Dinner Steamboat Grill Di Restoran Taman Apple Cameron


Assalamualaikum 💛
Restoran Taman Apple Cameron bukan nama restoran biasa - biasa dan ternyata, ramai yang datang berkunjung ke Cameron Highlands pasti akan mencuba steamboat & grill di sini. Sebelum ni Gee ada kongsikan kisah Gee menikmati makan tengah hari di Restoran Taman Apple ini jugak. Korang boleh baca kat sini :
<< MENIKMATI MAKAN TENGAHARI SOTONG BAKAR & KAMBING BAKAR DI RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON HIGHLANDS >>

Gee dan Mek Yunie serta keluarga kami sekali lagi datang ke Restoran Taman Apple Cameron ini untuk menikmati makan malam pula. Sebelum ni Gee ceritakan menu kami lunch, kali ni Gee nak share apa bestnya makan malam kat Restoran Taman Apple Cameron ni. 
Datang Seawal Jam 5 Petang Untuk Elakkan Menunggu Lama


Untuk Steamboat & Grill di Restoran Taman Apple Cameron ini, waktu bermula dari jam 5 petang sehingga 12 tengah malam. Korang nak datang, dinasihatkan tiba di sini seawal jam 5 petang ketika cuti umum, weekends atau cuti sekolah sebabnya nanti siap kena ambil nombor giliran disebabkan meja penuh. 
Nak kata meja yang sedikit, memang tak lah!! Ada banyak kerusi meja disediakan tapi memang kalau musim cuti, memang kena ambil turn


Menu - menu untuk steamboat & grill dikeluarkan seawal jam 4 petang lagi. Mereka dah persiapkan meja buffet dan wrapping semua makanan yang dah dikeluarkan. Jangan risau, pandangan Gee, kebersihan kedai ni memang terjaga. Meja pula, takde nya mereka tinggalkan dengan pinggan kotor yang tidak terkutip, malah sekejap je terus datang pekerja untuk bersihkan meja untuk kegunaan pelanggan yang lain pula.


Apa Yang Best Steamboat & Grill di Restoran Taman Apple Cameron? Orang pun selalu ramai datang untuk dinner kat sini. Jom Gee share dengan korang, kot nanti kalau korang nak datang Cameron, boleh cuba makan malam kat Restoran Taman Apple Cameron ni

Hidangan Ala Buffet Yang Pelbagai Pilihan


Kalau datang makan steamboat & grill kat sini make sure perut korang kosong ye, sebab nanti korang boleh ambil apa - apa yang berkenan asalkan JANGAN MEMBAZIR okey! Steamboat & Grill Restoran Taman Apple Cameron mempunyai pelbagai pilihan menu sayur-sayuran, seafood, daging, buah, dan kesemuanya dihidangkan secara buffet layan diri. Nama je layan diri, tapi ramai pekerja siap sedia untuk membantu sekiranya korang memerlukan apa - apa bantuan. 
Pilihan Menu Yang Segar
Kalau dah nama pun Cameron, ada pelbagai jenis salad dan sayur - sayuran segar untuk korang ambil. Gee ni hantu sayur, makanya banyak juga Gee ambil tomato ceri, cendawan, dan semua lah sayur kegemaran Gee. 

Pilihan seafood pun segar - segar semuanya! Menu - menu bakar dan steam ni kalau segar baru sedap kan? Ada sotong, udang, ikan dori, daging kambing, ayam, lala dan juga pelbagai jenis sosej dan bebola. Daging kambing dan ayam siap sedia dah diperap, so bila grill lagi sedap di makan! Cuma Gee bukan penggemar daging kambing, so tengok je Mek Yunie non stop duk grill daging kambing. Sedap sangat kata dia

Ada 2 Pilihan Sup Yang Sesuai Dengan Anak Kecil
Untuk yang tak sukakan pedas boleh pilih sup ayam. Sup ayam tu korang boleh adjust rasa dengan masukkan segala bebola, seafood, ikan dori dan menjadikan rasa dia wowww bukan sekadar sup! Mulanya ingatkan sup tu untuk anak - anak kami, alih - alih bapak bapak yang duk mengadap! Entah apa resipi kedua incik suami tu sampai tak cedok dah kuah kami. Haha


Kami mengadap kuah tom yam. Rasa kuahnya tak pedas sangat pun sebab anak - anak Gee boleh je menghirup macam sup biasa. Tom yam tu jadi tom yam seafood bila kami buh segala lala, sotong, udang kat dalam tu. Hehe

Ada Juga Pilihan Menu Makanan Berat


Biasanya, bila makan steamboat & grill makanya semua duk meratah lauk pauk lah kan. Tapi untuk perut yang tak biasa makan lauk pauk saja tu, jangan risau. Ada pilihan bihun dan juga maggi untuk korang rebus sekali dalam sup atau tom yam. Selain itu, ada juga disediakan nasi goreng, bihun goreng dan nasi lemak. Siapa kata makan steamboat & grill tak mengenyangkan


Pelbagai Jenis Lagi Menu Makanan & Minuman Yang Sedap!



Selain menu steamboat & grill di Restoran Taman Apple Cameron ini, ada lagi tau pilihan makanan yang ada. Korang boleh cuba pelbagai jenis kek yang sedap - sedap belaka, kemudian ada juga ABC, buah - buahan segar serta pelbagai jenis minuman yang sejuk dan panas. Untuk dinner malam tu, Gee merasa Red Velvet Cake. Rasa dia light je, tak muak walaupun perut dah kenyang sendat tapi ku mampu habiskan kek itu

Anak - Anak Enjoying Cooking!!!



Bila kami pilih tempat duduk bersila, lebih selamat untuk anak - anak mencuba untuk memasak sama. Tapi kena jaga - jaga untuk anak seusia Aqil yang baru usia 2 tahun. Untuk Ardini yang dah usia 4 tahun okey je nak bagi sedikit keseronokan sambil makan malam steamboat & grill. Malah, banyak juga dia masak lala, sotong, udang dan semuanya dia makan. Sendiri masak, sendiri makan! Ardini, Amani dan Arsyad memang seronok rebus dan bakar apa yang diaorang nak makan malam tu. Tapi still kena monitor. Hehe

Steamboat & Grill Restoran Taman Apple Cameron Terbaik Untuk Family Dinner



Berejam juga kami melepak, makan - makan sampai kenyang, sembang - sembang dengan Mek Yunie. Kalau datang dengan family, memang terbaik port dinner kat Restoran Taman Apple Cameron ni. Korang dapat privasi dan boleh makan dan boleh stay seberapa lama korang nak stay. Dari breakfast, sehingga lunch sampailah dinner lewat malam Restoran Taman Apple ni dibuka. Cuma menu makanan akan berubah mengikut waktu breakfast, lunch dan dinner.


Harga Steamboat & Grill Restoran Taman Apple Cameron :
➤ Dewasa RM 39

➤ Kanak - kanak ( 5 hingga 12 tahun ) RM 29

➤ Warga Emas ( 50 tahun ke atas ) RM 33

➤ Kanak - kanak 5 tahun ke bawah percuma

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :
Restoran Taman Apple Cameron
Facebook : Taman Apple Cameron
Instagram : @tamanapplecameron
Telefon : 016 2250315




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sisgee.com/2018/10/dinner-steamboat-grill-di-restoran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menikmati Makan Tengahari Sotong Bakar Kambing Bakar Di Restoran Taman Apple Cameron Highlands

Menikmati Makan Tengahari Sotong Bakar Kambing Bakar Di Restoran Taman Apple Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 1070 hits
Assalamualaikum Cameron Highlands terkenal dengan tempat percutian yang sejuk tenang dan nyaman di Malaysia Kalau sesekali nak merasa udara sejuk yang murah dan terdekat di sinilah tempatnya korang akan bawa baju sejuk stokin extra selimut ...
Al Fateh Steamboat Grill Kg Jawa Klang

Al Fateh Steamboat Grill Kg Jawa Klang

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 1398 hits
Assallamualaikum kami pergi steamboat Alfateh yang terletak di Kg Jawa Klang Berbaloi sangat harga untuk dewasa hanya RM 21 90 makan sampai kenyang Sup tomyam terbaik Grill dia pula mengancam Tak rugi kalau pergi Jom serang al fateh steambo...
Steamboat Murah Banyak Pilihan Dan Sedap Hanya Di D Kayangan Grill Barbeque Steamboat

Steamboat Murah Banyak Pilihan Dan Sedap Hanya Di D Kayangan Grill Barbeque Steamboat

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 1059 hits
Siapa suka makan steamboat Rasanya ramai yang suka kan Biasa kita dengar atau tengok harga untuk makan steamboat ni boleh tahan mahal juga harganya kan Haaaa Ni nak bagitahu yang sebenarnya saya dah jumpa Steamboat yang murah Bukan setakat ...
Steamboat Grill

Steamboat Grill

papar berkaitan - pada 10/10/2018 - jumlah : 666 hits
Steamboat GrillBy Kak Wan ResipicitarasawanSup Steamboat Jernih1 2 kg tulang ayam1 1 2 liter air1 sudu besar stock ayam1 inci halia ketuk2 batang serai ketuk3 ulas bawang putih ketukAkar daun ketumbar1 batang saleri potong2 sudu kecil garam...
Holiday Cameron Highlands Taman Agro Tourism Big Red Strawberry Farm Cactus Valley

Holiday Cameron Highlands Taman Agro Tourism Big Red Strawberry Farm Cactus Valley

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 379 hits
assalamualaikum mlm ni sambil blogwalking update blog jap dgn kisah lampau throwback gituuuuu sambung citer pasal kembara kami di Cameron Highlands ari tu kalau terlepas klik lah entri terdahulu kembara Cameron Highlands 2018 FIRST SECOND T...
Seronok Ber Steamboat Grill Di Rumah

Seronok Ber Steamboat Grill Di Rumah

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 1788 hits
Terjebak nak ber steamboat di rumah ni selepas hari raya Aidil Fitri lepas kami beraya ke rumah salah seorang kawan lama suami Lepas di jamu dengan nasi dagang di ajak pula ke ruang porch rumahnya untuk sama sama ber steamboat Ana pun tanya...
Dkayangan Steamboat Grill Tidak Pernah Mengecewakan

Dkayangan Steamboat Grill Tidak Pernah Mengecewakan

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 341 hits
Agak lama CN tidak bersteamboat grill di DKayangan Steamboat Grill Shah Alam ni Last 2 tahun lepas tau Kali ini saja bawa family kecil makan sedap di sana Serius masih sedap ada menu tambahan iaitu teppanyaki pulak Fuh mesti cuba hokay Seda...
Dinner Di Pak John Steamboat Bbq Ioi City Mall

Dinner Di Pak John Steamboat Bbq Ioi City Mall

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 657 hits
Hi Korang Ya ampun boleh di katakan setiap 2 minggu sekali ktorang pi makan kat sini Tak tau nak makan apa ke terus ke sini boring boring je pi sini makan Inilah tempat yang tak payah nak fikir sebab semuanya ada di sini Nak makan dah siap ...
Apple Bakal Membuka Apple Store Kedua Di Asia Tenggara Di Thailand

Apple Bakal Membuka Apple Store Kedua Di Asia Tenggara Di Thailand

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 312 hits
Apple sebelum ini telah pun membuka kedai fizikal pertama mereka di Singapura pada tahun lepas sekaligus memperluaskan penubuhan kedai rasmi Apple di rantau Asia Tenggara Kini selain Singapura Apple juga dilihat bakal membuka kedai rasmi ke...
Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told

Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Should Fruit Be Eaten Before Or After Meals

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah

Warung Tepi Sawah 2769 Kangar

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Damasutra Sesat Dalam Rindu Chord

Cara Tengok Tempat Kelahiran