Dinner Di Restoran Special Mee Bandung Udang Galah Muar
Assalamualaikum.
Semalam gerak dari Kempas rumah Abang Ipar SA pukul 3pm..memang nak balik awal lepas teringat plak nak singgah Muar sebab nak beli stock kopi 434. Stok kat rumah dah abis..Nak sampai Muar SA google la kedai 434 Cafe tu...eh...dh tutup plak..erm beli kat shopee je la nampaknya.
Lepas tu decided nak makan mee udang..senang nanti makan siap-siap so x yah dh makan malam..lagipun jalan jammed. Korang ingat x SA ada up yang SA merajuk sebab tak dapat makan mee bandung masa SA honeymoon bulan 9 tahun lepas...haaa..kali ni SA dapat makan kat sini...puas hati SA ..rupanya kedai ni speciality diorang mee bandung udang galah. Tapi SA order mee bandung rusuk kambing...saje nak cuba lain dari yang lain..order jugak satay daging sebab suami nak makan satay. Lepas tu diorang letak otak otak kempas kat meja ada 10 keping satu bakul..SA makan 3 keping je .
Jom tengok gambar .
Sebenarnya kan..suami SA nak amik gambar kembar Pak Zain yg blkg SA pakai kopiah putih tu..sebijik muka Pak Zain cuma Pakcik tu rendah dan cerah kulitnya..Pak Zain plak ada darah pakistan .so gelap skit..hidung mancung Pak Zain lebih skit dari Pakcik tu..suami x berani nak zoom..kalau SA..memang SA zoom tu .
Tengah-tengah makan sekali geng geng motor besar dari utara masuk...punya la ramai diorang tu..masuk jugak satu family dalam 12 orang..huiii punya la bingit dan bising..SA dan suami cepat2 makan..dah bayar kami keluar tapi masih ada lagi ramai yang masuk kedai ni...mee bandung tulang rusuk kambing dia sedap..sepinggan tu RM18, satay daging 15 cucuk RM23 dan selebihnya air serta otak-otak.
Sedap la makan kat sini..tak sia-sia datang selepas merajuk lama..hahaha....ye la..masa tu SA lapar..jam baru pukul 12 lebih diorang rejected SA sebab nak rehat solat Jumaat..memang merajuk la SA..kita dh la lapar masa tu and teringin nak makan mee bandung ..ni dah dapat makan baru puas hati..
Total damage kat sini RM50
Murah la.. compared kedai satu lagi...next time kalau ada rezeki nak order mee bandung udang galah jumbo plak...yang tu mahal sikit harganya RM28 untuk saru hidangan..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2024/01/dinner-di-restoran-special-mee-bandung.html