Bantut Ikan Haruan Lauk Special Orang Utara
Bantut Ikan Haruan atau dipanggil ruan bantut adalah sejenis cara masakan ikan haruan yang cukup sinonim bagi orang Utara dengan meletakkan kelapa yang ditumbuk dengan cili bersama bahan-bahan lain dan kemudian dibakar.
Manfaat Ikan HaruanIkan haruan adalah sejenis ikan air tawar dan dipercayai dapat memeri anyak bmanfaat termasuklah mempercepatkan penyemuhan luka dan sering dicari agi mempercepatkan luka akiat pemedana sewaktu ersalin secara pemedahan
Resepi Bantut Ikan HaruanRezeki kami balik kampung bila abang ipar dapat tangkap banyak ikan haruan dan seronok tengok ikan segar dan masih hidup. Memang besar ikan haruan ni dan ada ikan puyu juga.
Kalau bab menyiang ni memang umi surrender la sebab tengok ikan haruan yang macam ular ni agak mengerikan tapi orang kampung dok kata isinya sedap.
Bahan-bahan:1 ekor ikan Haruan
garam kasar
Pemangang ikan
dawai
Bahan ditumbuk5 tangkai cili kering (nak letak lebih atau letak cili api kalau nak pedas)
1 sudu jintan putih
sedikit asam jawa
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1 inci belacan
Garam
Gula
serbuk perasa
Cara Menyiang Ikan HaruanIkan haruan ni masih hidup lagi liat nyawanya. Jadi kakak ipar, ketuk beberapa kali kepala ikan haruan ni supaya ianya tidak terlalu agresif. Kemudian di siang, dibuang sisik (pun masih bergerak-gerak), dibelah bahagian belakang, kemudian dibersihkan dengan asam jawa atau limau kasturi atau daun serai bagi membuang lendir dan hanyir ikan.
Cara PenyediaanIkan yang telah dicuci, ditoskan, kemudian dilumur dengan garam kasar dan kemudian bahagian dalam ikan dilumur dengan bahan yang ditumbuk sehingga menyeluruh.
Sesi meletakkan bahan yang ditumbuk ke seluruh ikan dengan sudu sebab isi ikan ni tebal dan umi pulak rasa ngeri. Maaf la ya.
Selepas di masukkan bahan yang ditumbuk, kakak ipar ikat ikan ni dengan dawai supaya isi dalam ikan tak terkeluar sewaktu dibakar.
Nak ikat pun bukan mudah sebab ikan haruan segar ni masih licin dan kalau umi buat mau berjam-jam nak selesai diikat tak pun mau terbelit tangan umi pulak.
Tugas membakar ni jadi tugasan abang ipar, sangat tradisional dengan menggunakan sabt kelapa yang kering, Walau nampak hangit bahagian luar tu tapi tidak di bahagian kulit luar
Dah siap bantut ruan dan ikan puyu bakar untuk juadah tengahari kami
Umi tak makan ikan darat tapi Alhamdulillah, tekak boleh makan ruan bantut ni yang punya isi tebal, dan sedap, langsung tiada bau hanyir ataupun bau selut malahan anak-anak pun ralit makan sampai bertamah nasi. Kalau habibi tu memang favorite dia kot
Kesan Pengambilan Ikan HaruanUmi ada teraca di twitter dan ternampak artikel dalam kosmo akan risiko pengambilan ikan haruan sebagai makanan wanita berpantang bagi membantu menyembuhkan kesan luka selepas pembedahan caesarean
Menurut Pakar Perubatan Keluarga, Dr. Siti Aishah Yunos ,pengambilan ikan haruan akan memberikan kesan pada bahagian dalam perut sekali gus menyukarkan tugas doktor ketika para ibu ingin melahirkan anak yang seterusnya
Perkongsiannya di TikTok, menyarankan wanita berpantang untuk menunggu lebih kurang enam minggu hingga dua bulan sebelum memakan ikan haruan dan pada tempoh tersebut kesan luka pembedahan bahagian dalaman perut akan sembuh sendiri
Bagaimanapun, Dr. Siti Aishah tidak menafikan kebaikan makan ikan haruan untuk menyembuhkan luka bersalin dengan cepat tetapi tetapi jika pengambilannya terburu-buru, organ dalaman lain berisiko rosak ketika operasi pembedahan caesarean seterusnya
sumber : Kosmo
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2024/01/bantut-ikan-haruan-lauk-special-orang.html