Dilucutkan Keahlian Pas Adun Bintong Mahu Rujuk Pakar Undang Undang




Oleh Aizat SharifDisember 26, 2025 @ 3:22pmADUN Bintong, Fakhrul Anwar IsmailKANGAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong, Fakhrul Anwar Ismail mahu merujuk kepada pakar atau pengamal undang-undang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan berhubung pelucutan keahliannya dalam PAS yang membawa kepada penggugurannya sebagai ADUN.
Beliau secara peribadi tidak mahu terburu-buru dalam membuat sebarang langkah seterusnya terutama membabitkan undang-undang berhubung tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Rus'sele Eizan semalam yang mengumumkan kerusi DUN Bintong, Chuping dan Guar Sanji sebagai kosong sehingga mencadangkan satu Pilihan Raya Kecil (PRK) dilaksanakan.
"Dalam hal ini, saya bukan mahu mencabar keputusan sebaliknya lebih kepada meminta nasihat atau panduan secara bebas pakar atau mereka yang arif dalam hal ini kerana saya tidak mahu terburu-buru dalam langkah seterusnya.
"Sekiranya betul seperti mana yang disebut oleh Speaker jadi tidak ada masalah sebaliknya jika tidak betul, jadi kita sekadar mahu memperbetulkan," katanya ketika dihubungi hari ini.
DisyorkanDuyung: Legenda Aurora kutip hampir RM300,000 pada hari pertama tayanganLelaki ada rekod mental dakwa 'dikejar hantu' libas ibu, bapa dengan pedang samuraiNajib akan fail rayuan terhadap sabitan kes 1MDB Isnin ini - ShafeeNajib titip surat buat rakyat Malaysia, ini antara luahan beliauRus'sele pada sidang media di Kompleks Seri Putra di sini, semalam, memaklumkan kekosongan luar jangka itu selepas keahlian tiga ADUN daripada PAS terhenti serta-merta selaras Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis bagi tiga DUN iaitu Bintong, Chuping dan Guar Sanji.
Beliau dilaporkan berkata, ada keperluan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan di tiga kawasan itu demi kepentingan kestabilan kerajaan meskipun usia DUN Perlis sudah melebihi tiga tahun pada 18 Disember lalu.
Fakhrul Anwar berkata setakat pengetahuannya, terdapat percanggahan antara kenyataan Speaker dan peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis.
Mengulas statusnya sebagai wakil rakyat, beliau menegaskan masih ADUN yang sah berdasarkan peruntukan undang-undang negeri itu.
"Namun, ketika ini saya berstatus ADUN Bebas. Segala aduan dan permasalahan rakyat di kawasan Bintong masih boleh disampaikan kepada saya kerana saya tetap berperanan sebagai pemudah cara antara rakyat dan agensi berkaitan.
"Rakyat juga tidak perlu bimbang kerana Ahli Parlimen Kangar, Zakri Hassan, turut membantu menyelesaikan isu yang dibangkitkan," katanya.
Sementara itu beliau akan mengemukakan rayuan kepada PAS dalam tempoh terdekat susulan keahliannya digugurkan dipercayai berkait dengan kemelut politik yang membawa peletakan jawatan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, semalam.
Fakhrul Anwar berkata, setiap ahli PAS yang dikenakan tindakan disiplin diberikan hak mengemukakan rayuan dalam tempoh 30 hari dari tarikh disabitkan kesalahan, digugurkan atau diberhentikan sebagai ahli.
"Ahli berkenaan akan mempertimbangkan masa yang paling sesuai untuk mengemukakan rayuan. Namun, dalam kes saya, saya berpandangan tidak sesuai untuk berbuat demikian dalam masa terdekat kerana keadaan masih 'panas' ketika ini.
"Bagaimanapun, saya akan memastikan rayuan itu dikemukakan sebelum tamat tempoh 30 hari," katanya
Beliau berkata, sekiranya tempoh rayuan berlalu, seseorang ahli masih boleh memohon untuk menyertai semula PAS secara rasmi dengan mengemukakan alasan serta membuktikan kesetiaan kepada parti berkenaan.
Mesyuarat PAS Pusat kelmarin memutuskan melucut keahlian Fakhrul Anwar dan ADUN Chuping, Saad Seman dan ADUN Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dalam kenyataan dilaporkan berkata keputusan itu dibuat berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025).
Untuk rekod, Fakhrul Anwar pernah dilantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri pada tahun pertama pentadbiran PN di Perlis.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), beliau menewaskan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis merangkap penyandang kerusi itu, Datuk Seri Azlan Man, dengan majoriti 4,329 undi dalam pertandingan enam penjuru








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/dilucutkan-keahlian-pas-adun-bintong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Pecat Tiga Adun Perlis Serta Merta Keahlian Terhenti Ikut Perlembagaan Parti

Pas Pecat Tiga Adun Perlis Serta Merta Keahlian Terhenti Ikut Perlembagaan Parti

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 142 hits
PAS memecat tiga Ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti itu berkuat kuasa serta merta susulan keputusan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PAS yang bersidang hari ini Tiga wakil rakyat terbabit ialah ADUN Chuping Saad Seman ADUN Bin...
Keahlian Tiga Adun Perlis Terhenti Serta Merta Presiden Pas

Keahlian Tiga Adun Perlis Terhenti Serta Merta Presiden Pas

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 120 hits
Keahlian Tiga ADUN Perlis Terhenti Serta Merta Presiden PAS Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan bahawa keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri di Perlis terhenti serta merta Menerusi satu kenyataan Hadi berkata keputusan pemb...
Panas Pas Pecat Tiga Adun Perlis

Panas Pas Pecat Tiga Adun Perlis

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 122 hits
Malaysiakini nbsp PAS hari ini memaklumkan keahlian tiga ahli dewan undangan negeri Perlis parti itu terhenti berkuat kuasa serta merta Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu dibuat berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A Perlembaga...
Presiden Pas Pecat Tiga Adun Perlis Demi Selamatkan Besan

Presiden Pas Pecat Tiga Adun Perlis Demi Selamatkan Besan

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 118 hits
HarapandailyAbdul Hadi dan Mohd ShukriPresiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang didakwa memecat tiga Ahli Dewan Undangan Negeri dari parti itu bagi menyelamatkan Menteri Besar Perlis yang juga besan beliau Ini berikutan keputusan Pas Pusat meng...
Tindakan Pecat Tiga Adun Bukti Ketegasan Pas Pertahan Prinsip Disiplin Amp Amanah Mb Perlis

Tindakan Pecat Tiga Adun Bukti Ketegasan Pas Pertahan Prinsip Disiplin Amp Amanah Mb Perlis

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 182 hits
Keputusan PAS Pusat menghentikan serta merta keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis disifatkan sebagai bukti ketegasan parti dalam mempertahankan prinsip disiplin dan amanah perjuangan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata...
Pas Mana Buat Apa Apa Pas Hanya Memainkan Peranan Sebagai Parti Tunggang Agama Dan Fitnah

Pas Mana Buat Apa Apa Pas Hanya Memainkan Peranan Sebagai Parti Tunggang Agama Dan Fitnah

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 114 hits
Rafizi Ramli Kalau ada parti yang berharap menang hanya kerana rakyat menyampah pada parti lain itu strategi yang rapuh Sejarah politik kita sendiri menunjukkan ketika pihak lawan nampak bermasalah itu bukan tiket percuma untuk sesiapa Dala...
Tahanan Rumah Pas Sokong Penuh Hak Najib Rayu Ke Mahkamah Lebih Tinggi

Tahanan Rumah Pas Sokong Penuh Hak Najib Rayu Ke Mahkamah Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 126 hits
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata langkah itu selaras dengan hak rayuan yang dijamin sebagai perlindungan asasi setiap individu dan wajib dihormati Takiyuddin Hassan berkata PAS gesa semua cabang kerajaan dan pihak berkuasa ber...
Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Hiburan Kita Fikir Orang Belakang Kalau Kereta Tu Mampuh Mu Lah Menyusahkan Orang Pemandu Treler

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Hari Bonus 2025 30 12 25

Resipi Kari Ayam Mamak Padu Ala Nasi Kandar Pekat Berempah Berlemak


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Last Supper In 2025 Hello 2026

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Analisis Ekonomi Musang King Potensi Dan Cabaran Dalam Pasaran Durian

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York