Dilemma Maruah Continues Dan Cara Penyelesaiannya
I received the following, ostensibly written by Tun Dr Dilemma. Lets read it first.
PENAMATAN PERKHIDMATAN _PANRI
1. _panri telah fail tuntutan di Mahkamah terhadap saya setelah saya letak jawatan sebagai Pe__na M__eri. Dia tuduh yang saya berniat jahat dan tidak turut undang-undang dalam menamatkan perkhidmatannya
2. Saya telah beri kenyataan saya kepada pihak P__am N___ra. Saya pertahan tindakan saya dan percaya bahawa saya telah ikut prosidur yang ditetapkan dengan menasihati __ bagi menamatkan perkhidmatan beliau sebagai P__am N___ra.
3. Pada masa itu saya berasa _panri tidak dapat bertindak bebas kerana beliau merupakan peguam U__O sejak sekian lama.
4. Dia tidak mungkin dapat berlaku adil dalam siasatan terhadap 1__B dan salahlaku N__b. Malahan dia telah kata bahawa N__b tidak bersalah kerana kononnya tiada kes, sebelum apa-apa tindakan siasatan dibuat.
5. Sikap berat sebelah _panri ini terbukti apabila N--b didapati bersalah oleh hakim Mahkamah Tinggi dan Rayuan dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.
6. Semasa saya beri keterangan kepada pihak P___m N__ra bagi persediaan kes saman _panri terhadap saya, saya telah dimaklum bahawa proses penamatan perkhidmatan itu betul dan mengikut prosidur dan Rule of Law.
7. Mereka maklumkan bahawa saya dan kerajaan telah memberi nasihat betul pada __ supaya _panri ditamatkan perkhidmatan.
8. Saya terkejut apabila baca berita baru-baru ini tentang satu penyelesaian diluar mahkamah dibuat diantara Kerajaan dan _panri. Terma penyelesaian juga dirahsiakan.
9. Saya tidak pun dimaklum tentang terma penyelesaian walaupun saya merupakan saksi utama.
10. Saya menulis pada Pe__m Ne__ra. Saya tidak bersetuju dengan cara penyelesaian tersebut dibuat. Saya berasa kerajaan tidak sepatutnya tunduk memandang bahawa tindakan penamatan perkhidmatan _panri mengikut semua urusan dan kuasa yang ada pada Kerajaan.
11. Saya tidak faham kenapa terma penyelesaian harus dirahsia dari saya serta rakyat. Rakyat berhak tahu. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan pampasan.
12. Apakah pampasan perlu dibayar jika tindakan dibuat mengikut undang-undang? Di mana prinsip Rule of Law.
13. Saya berpendapat penyelesaian memberi pampasan besar itu untuk seorang yang gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik adalah amat dikesali diwaktu mana sekalipun. Saya tidak mengaku salah dan bersedia untuk tuntutan _panri di adili di mahkamah.
*DR M
6 Mei 2022
My comments :
Ini satu lagi kes maruah. Saya happy juga menerima video tersebut oleh Rasuah Busters di mana seorang anak gadis (Congratulations) berani muncul untuk mendidik orang berkenaan apakah itu "maruah" sebenarnya. Main point dia adalah "rakyat sudah hilang rasa malu".
Kita lihat video itu dulu :
Antara pesanan anak gadis ini adalah mengenai :
maruah dan harga dirisupaya rakyat sedar sense of shamedevelop a value systemtidak ada rasa segan(rasuah) bukan satu kebanggaanpeople should know betterrasa malu not enoughtindakan sangat tidak bermoralthe corrupt elect the corruptSaya masih ingat Dr M telah sebut more than once berkenaan seorang Ketua Pemuda yang corrupt. Dr M kata sewaktu orang itu baru menjadi Ketua Pemuda, harta dia sudah melebihi RM240 Juta. This was in the early 1990s.
Peliknya Dr M yang menjadi PM pada masa itu tidak ambil tindakan apa pun terhadap Ketua Pemuda yang corrupt itu. Why not? Where were your morals then? Di biar saja perasuah itu terus maju dalam parti sehingga dia boleh jadi presiden pula.
Satu lagi kes adalah Pemain Bontot taraf antarabangsa. Pada awal 1990an Dr M telah dinasihati oleh Chief Cop bahawa 'that fellow has some strange habits'. Tetapi Dr M tidak mahu dengar nasihat Chief Cop. Kemudian bila satu dunia sudah tahu rahsia dia the whole country di huru harakan bila kawan itu dipecat. And the fools in the country are confused until this day - 24 years later. Soalannya kenapa Dr M tidak mahu dengar nasihat Chief Cop dan buang saja moron itu pada awal 90an?
Jadi rupanya maruah itu ada musim dan ada warna bulu.
Samada orang itu indispensible, expendable, disposable, recyclable, political expediency semuanya mendahului maruah.
Di kalangan inner circle pula there is no such thing as morality.
Yang ada hanya-lah 'permanent interests' atau kepentingan diri. Dan 'permanent interests' ini selalu connected dengan duit. Especially duit besar atau big money. Maruah semua boleh belakang kira.
Anyway saya ada sedokit cadangan.
Step 1 - kita mesti faham dan setuju bahawa masyarakat kita TIDAK ADA MARUAH. THIS IS A FACT. The society has no moral values. Kalau tak faham please listen to the video by Rasuah Busters above.
Belajar agama 19 tahun ke, naik haji lapan kali ke, pergi umrah 10 kali ke, berbaik-baik dengan Pak Lebai ke it does not make any difference. Pak Lebai pun gila betina, boleh parti kelab malam, suka kahwin banyak kali, terlibat Salafi ISIS, terlibat kes orang hilang dan banyak lagi.
Bottom line : Masayarakat ini TIDAK ADA MARUAH. PERIOD.
So how do you deal with that? Masyarakat ada maruah ke, tak ada maruah ke we still need penjawat awam, jabatan kerajaan, jentera pentadbiran, kuasa penguatkuasaan dan banyak lagi.
We still need to run the country.
How do we do that? The answer to the MASYARAKAT TIDAK ADA MARUAH is to build up strong and unassailable Self Regulating Mechanisms.
Saya pernah cadangkan dari dulu lagi : watak-watak besar dalam negara kita (important people who can really screw up the country if they are crooked) mesti memberi taklimat dan membuat laporan terbuka kepada Parlimen ikut satu tempoh yang tetap.
Contohnya setiap enam bulam Peguam Negara, Gabenor Bank Negara, Ketua Polis, Ketua Imigresen, Ketua LHDN, Ketua Setiausaha Negara, Election Commission Chairman, Chief Commissioner SPRM, Ketua Audit Negara, Speaker Parlimen, Ketua Tentera dsbnya mesti sampaikan Report Card kepada umum - melalui Parliamentary Commitee hearing.
Bukan untuk menghukum mereka, bukan untuk memaksa mereka menukar keputusan atau mengancam mereka dengan sebarang tindakan. Tetapi untuk scrutinise kerja mereka secara open dan di depan umum dan untuk mereka mendangar sebarang cadangan, teguran, aduan, pujian, sokongan, penghargaan dsbnya.
Jadi the morality or lack of morality of the candidate will not matter as much anymore. Lets say calon itu langsung tidak ada moral - its ok. Proses public scrutiny itu akan memaksa orang yang tidak bermoral think twice sebelum dia melakukan apa-apa yang tidak betul.
Contohnya Peguam Negara TIDAK BOLEH DIKENAKAN SEBARANG TINDAKAN ATAS KEPUTUSAN DIA UNTUK TIDAK MAHU MENDAKWA ORANG TERTENTU DI MAHKAMAH. TETAPI PEGUAM NEGARA BOLEH DIMINTA MEMBERI PENJELASAN KEPADA PARLIMEN DAN JAWAB SOALAN ATAS TINDAKAN DIA ITU. EXPLAIN YOUR ACTIONS. THAT IS ALL. SIMPLE.
Satu lagi contoh : KETUA HAKIM NEGARA tidak boleh dikenakan sebarang tindakan atas hukuman yang dijatuhkan atas orang salah tetapi Ketua Hakim Negara boleh diminta mengemukakan statistik dan penjelasan hukuman yang dijatuhkan mengikut kaum, agama dan bangsa orang salah so that umum tidak akan menuduh ketidak -adilan dalam menjatuhkan hukuman mengikut bangsa atau kaum.
Jadi tak kisah-lah samada masyarakat kita ada maruah atau tidak ada maruah there will still be justice and fairness in the system.
Contohnya kalau Ketua Polis dan Ketua Imigresen sedia faham bahawa setiap enam bulan mereka akan dipanggil beri taklimat kepada Parlimen dan menjawab soalan depan umum untuk menjelaskan tugas kerja dan pencapaian mereka saya rasa banyak kelemahan yang masih wujud dari segi keselamatan negara kita akan disappear dengan sendirinya.
Jadi inilah cadangan saya.
Apabila masyarakat kita tidak bermaruah, daripada peringkat tertinggi ke peringkat terbawah, maka kita perlu mewujudkan self regulating mechanisms yang kukuh yang boleh mengatasi kelemahan itu.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.By Syed Akbar Ali
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/05/dilemma-maruah-continues-dan-cara.html