Cara Nak Kendalikan Anak Mengamuk Dekat Rumah Di Tempat Awam Berbeza


Tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 – 48 bulan.
Tantrums adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibu bapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadang-kala, menahan nafas mereka.

Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibu bapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara daripada pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka.Pada masa yang sama, ibu bapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan atau sebab-sebab lain.
Jika ini berlaku, mereka berasa kecewa kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain. Oleh itu, Tantrums adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.

 
Selalunya, kanak-kanak hanya akan hentikan Tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibu bapa juga menyumbang kepada berapa kerap Tantrum akan berlaku.
Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan Tantrum jika ibu bapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika ibu bapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkah laku yang negatif.
Lihat Tantrum secara positif! Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang yang baik bagi ibu bapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.
Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan Tantrum?
Ketika anak anda sedang melakukan Tantrum, pastikan perkara-perkara di bawah:
Pastikan anak anda selamat. Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut. Jangan hukum anak anda. Jangan berikan ganjaran. Jika boleh, asingkan anak anda. Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindak balas kepada Tantrum itu. Menghukum kanak-kanak kerana Tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan Tantrum menjadi lebih teruk dalam jangka masa pendek dan menyebabkan tingkah laku Tantrum kekal dalam jangka masa panjang. Jika ibu bapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan Tantrum, Tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibu bapa melakukan perkara ini, ibu bapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan Tantrum untuk memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga dewasa.
Abaikan Tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan Tantrum. Ibu bapa patut mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan Tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibu bapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.
Ibu bapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak berumur dua tahun atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan. ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak daripada situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa Tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.
Apa yang perlu ibu bapa dilakukan jika Tantrum berlaku di rumah?
Apabila kanak-kanak melakukan Tantrum di rumah, ibu bapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindak balas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.

Apa yang perlu ibu bapa lakukan apabila Tantrum berlaku di tempat awam?
Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang tindak balas kepada kelakuan itu. Apabila Tantrum reda, cakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika Tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti di dalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang, bercakap dengannya mengenai kelakuannya.
Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika Tantrum berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.
Kredit: KKM

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Cara Nak Kendalikan Anak Mengamuk Dekat Rumah & Di Tempat Awam Berbeza! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/cara-nak-kendalikan-anak-mengamuk-dekat-rumah-di-tempat-awam-berbeza/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nurse Kongsi Cara Mudah Nak Ajar Anak Bebas Pampers Ibu Pun Tak Stres

Nurse Kongsi Cara Mudah Nak Ajar Anak Bebas Pampers Ibu Pun Tak Stres

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 181 hits
Ada yang tanya bila waktu sesuai untuk potty training atau toilet training atau cerai lampin Sebenarnya ia ikut bila ibu bapa boleh latih anak Sebaik baiknya bila anak dah boleh mendengar arahan ringkas dan boleh cakap atau buat apa apa gay...
Tak Sedar Duit Hilang Dalam Akaun Maybank Seminggu Duit Dapat Balik Ini Cara Nak Dapatkan Semula

Tak Sedar Duit Hilang Dalam Akaun Maybank Seminggu Duit Dapat Balik Ini Cara Nak Dapatkan Semula

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 206 hits
Bukan mudah untuk mencari wang perbelanjaan di saat semuanya masih belum stabil sepenuhnya Lebih buruk lagi wang yang kita simpan dalam bank tanpa kita sedar tiba tiba hilang Sebaik menyedarinya jangan buat tak endah cepat cepatlah berusaha...
Cara Nak Masuk Fyp Tiktok Dengan Mudah

Cara Nak Masuk Fyp Tiktok Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 236 hits
Cara Nak Masuk FYP TikTok Dengan Mudah Tiktok merupakan sebuah laman sosial yang semakin berkembang dari masa ke semasa Ianya membolehkan para pengguna mengongsikan video video pendek Akan tetapi jika video anda tidak FYP berkemungkinan vid...
Cara Nak Sign Out Gmail Dari Komputer Handphone Lain

Cara Nak Sign Out Gmail Dari Komputer Handphone Lain

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 194 hits
CARA NAK SIGN OUT GMAIL DARIKOMPUTER HANDPHONE LAIN Hai hari ni TB nak share satu benda ni TB tak tahu lah ada yang tahu ke tak pasal ni TB selalu juga terlupa cara ni so TB letak sini nanti nak cari balik senang Pastinya kadang kadang kita...
Air Kelantan Apa Jadi Nak Padam Rumah Terbakar Tak Ada Air Husam

Air Kelantan Apa Jadi Nak Padam Rumah Terbakar Tak Ada Air Husam

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 166 hits
Air Kelantan apa jadi Nak padam rumah terbakar tak ada air Husam Bekas anggota exco kanan negeri Husam Musa menyoal Air Kelantan Sdn Bhd mengenai kejadian didakwa bekalan air terputus dalam kejadian memadam kebakaran Ini selepas penduduk te...
Sepatutnya Lahir Lepas Raya Baby Nak Keluar Awal Dr Fatin Liyana Selamat Bersalin Anak Ketiga

Sepatutnya Lahir Lepas Raya Baby Nak Keluar Awal Dr Fatin Liyana Selamat Bersalin Anak Ketiga

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 231 hits
Tahniah diucapkan buat personaliti media sosial Dr Fatin Liyana yang selamat bersalin anak ketiganya pada 20 April lalu Menurut kata Dr Fatin menerusi Instagramnya due kelahiran anak ketiganya itu sepatutnya selepas hari raya Namun si kecil...
Kami Tawakal Tak Nak Beria Halang Orang Ikmal Amry Tak Kisah Orang Cium Anak Tak Mahu Paranoid

Kami Tawakal Tak Nak Beria Halang Orang Ikmal Amry Tak Kisah Orang Cium Anak Tak Mahu Paranoid

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 129 hits
Setiap kali si comel Cailie muncul di Instagram bapanya pelakon Ikmal Amry sudah pasti menarik perhatian sesiapa sahaja Mana tidaknya raut wajah Cailie yang cukup comel air wajah gabungan ibu dan ayahnya begitu mulus dan comel cukup buat wa...
Tak Tahu Nak Hidang Apa Masa Tetamu Raya Datang Ke Rumah Foodpanda Kan Ada

Tak Tahu Nak Hidang Apa Masa Tetamu Raya Datang Ke Rumah Foodpanda Kan Ada

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 245 hits
Kemeriahan untuk menyambut Hari Raya yang tak lama lagi ni memang kian terasa Mana taknya dah dua tahun Raya asyik PKP Kalini semua orang mestilah nak beraya sakan bersama keluarga tercinta Cuma bila kita dah seronok bergaya sakan masa Raya...
Tips Beli Rumah Dan Cara Kiraan Mengikut Gaji

Tips Beli Rumah Dan Cara Kiraan Mengikut Gaji

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 224 hits
Memiliki rumah sendiri adalah impian setiap orang Kalau dapat beli rumah pertama tu dia punya happy tak dapat nak digambarkan Harga rumah di Malaysia semakin hari semakin meningkat Sebab itu lah kenapa harus beli rumah sekarang Tapi tak sem...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation