Foto - Facebook @ismailsabri60
Foto – Twitter Hishammuddin Hussein Tahniah YAB DS @IsmailSabri60 diumum sebagai Perdana Menteri ke-9. Perkara terpenting yang negara perlukan ialah kestabilan. Ia demi membolehkan negara kembali tumpu usaha tangani krisis #COVID19, pulihkan ekonomi & bela kesejahteraan rakyat. Selamat menjalankan amanah Dato’ Sri! Hishammuddin Hussein MP Sembrong Pastinya bukan mudah untuk memimpin dan menerajui negara dalam masa pandemik begini, tetapi dengan amanah dan tanggungjawab yang diberikan harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Foto – Facebook @ismailsabri60 #2 Pernah dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Datuk Sabaruddin Chik yang merupakan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada tahun 1995
Foto – Facebook @ismailsabri60 #3 Pertama kali menang bertanding sebagai Ahli Parlimen Bera atas tiket UMNO pada tahun 2008, dan kemudian dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan oleh Perdana Menteri Ke-5 Tun Abdullah Ahmad Badawi
Foto – Facebook @ismailsabri60 #4 Perdana Menteri ini juga pernah menggalas beberapa jawatan penting seperti Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Foto – Facebook @ismailsabri60 #5 Pernah mengusahakan program Kedai Rakyat 1Malaysia, MARA Digital, jihad memerangi orang tengah dan juga membandarkan luar bandar
Foto – Facebook @ismailsabri60 #6 Sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri memegang jawatan sebagai Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan Malaysia
Foto – Facebook @ismailsabri60 #7 Perdana Menteri mendirikan rumahtangga bersama Datin Seri Muhaini Zainal Abidin pada tahun 1986 dan memiliki empat orang cahaya mata iaitu Nina Sabrina, Gaddafi, Iqbal dan Nashriq
Foto – Facebook @ismailsabri60 Beritaup2date mengucapkan tahniah kepada Dato Sri Ismail Sabri atas pelantikan menjadi Perdana Menteri Ke-9 Malaysia, selamat menjalankan tugas dan amanah untuk negara Dato Sri. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |