Bursa Malaysia Menjunam Ura Ura Pelantikan Ismail Sabri Sebagai Pm Baru


 



August 20, 2021 Bursa Malaysia ditutup dalam lingkungan negatif pada Khamis berikutan perkembangan politik semasa, dan turut seiring dengan prestasi bursa-bursa serantau.
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran turun 10.29 mata atau 0.67 peratus untuk berakhir pada 1,514.95 daripada 1,525.24 ketika penutupan Rabu.
Indeks utama itu dibuka 0.56 mata lebih rendah pada 1,524.68 sebelum bergerak di antara 1,513.78 dengan 1,524.68 sepanjang dagangan hari ini.

Jumlah dagangan susut kepada 3.3 bilion unit bernilai RM1.99 bilion daripada 3.83 bilion unit bernilai RM2.2 bilion yang dicatatkan pada Rabu.Pasaran keseluruhannya suram dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 634 berbanding 334, manakala 451 kaunter tidak berubah, 779 kaunter tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.
Di peringkat rantau, Indeks Straits Times Singapura turun 1.42 peratus kepada 3,081.08; Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 2.13 peratus kepada 25,316.33 dan Nikkei 225 Jepun kurang 1.1 peratus kepada 27,281.17.Saham berwajaran tinggi di Bursa Malaysia, Maybank turun lima sen kepada RM8.09, Public Bank susut tiga sen kepada RM3.91, Petronas Chemicals dan Hong Leong Bank masing-masing menguncup dua sen kepada RM7.97 dan RM18.30, Press Metal merosot 14 sen kepada RM4.91 manakala Digi kurang tiga sen kepada RM4.25.
Bagaimanapun, Tenaga Nasional naik satu sen kepada RM9.90 dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.79.
Antara saham aktif, Avillion naik satu sen kepada 20 sen, My E.G. melonjak 17 sen kepada RM1.82, Destini menokok 1.5 sen kepada 18 sen, Advance Synergy kurang 2.5 sen kepada 17 sen sementara Dagang Nexchange dan Kanger masing-masing susut setengah sen kepada 74 sen dan 5.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 73.66 mata kepada 11,074.30; Indeks FBMT 100 menguncup 73.57 mata kepada 10,790.68; Indeks FBM Emas Syariah turun 81.41 mata kepada 12,181.34; FBM 70 merosot 100.04 mata kepada 14,527.31 dan FBM ACE kurang 1.83 mata kepada 7,110.16.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 20.36 mata kepada 6,373.50, Indeks Perkhidmatan Kewangan kurang 62.33 mata kepada 14,796.70 manakala Indeks Barangan dan Perkhidmatan Industri menguncup 1.73 mata kepada 188.87.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama sebanyak 2.22 bilion saham bernilai RM1.69 bilion berbanding dengan 2.70 bilion saham bernilai RM1.83 bilion pada Rabu.
Jumlah dagangan waran melonjak kepada 291.83 juta unit bernilai RM53.03 juta daripada 181.58 juta unit bernilai RM340.70 juta.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula susut kepada 771.37 juta saham bernilai RM242.86 juta daripada 917.01 juta saham bernilai RM340.70 juta semalam.
Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 718.05 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan industri (605.88 juta), pembinaan (67.86 juta), teknologi (350.48 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (49.24 juta), hartanah (109.33 juta), perladangan (56.96 juta), REIT (58.82 juta), dana tertutup (38,000), tenaga (139.45 juta), penjagaan kesihatan (43.38 juta), telekomunikasi dan media (27.23 juta), pengangkutan dan logistik (39.67 juta) serta utiliti (1.45 juta).
Sumber | BH


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/bursa-malaysia-menjunam-ura-ura.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Junjung Kasih Pada Agong Atas Pelantikan Sebagai Pm

Ismail Sabri Junjung Kasih Pada Agong Atas Pelantikan Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 240 hits
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjunjung kasih kepada Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah atas perkenan baginda melantiknya sebagai perdana menteri kesembilan Ismail Sabri turut merakamkan pengharga...
Dilantik Sebagai Pm Ke 9 Malaysia Kenali Siapa Ismail Sabri Yaakob

Dilantik Sebagai Pm Ke 9 Malaysia Kenali Siapa Ismail Sabri Yaakob

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 805 hits
Foto Facebook ismailsabri60 Anak penoreh getah jadi Perdana Menteri Malaysia Tular di media sosial baru ini di mana Dato Seri Hishammuddin Hussein memberi ucapan tahniah kepada Dato Sri Ismail Sabri kerana berjaya dilantik sebagai Perdana M...
Malaysia Perlukan Anwar Ibrahim Sebagai Pm Bukan Ismail Sabri

Malaysia Perlukan Anwar Ibrahim Sebagai Pm Bukan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 463 hits
Oleh LIM KIT SIANG August 16 2021Malaysia memerlukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu untuk membawa masuk pasukan dan dasar dasar baharu yang boleh menghentikan kemusnahan akibat Covid 19 dan juga menyalakan semangat untuk Impia...
Panas Ku Li Tak Calonkan Ismail Sabri Sebagai Pm Baru

Panas Ku Li Tak Calonkan Ismail Sabri Sebagai Pm Baru

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 250 hits
August 19 2021 Seramai 114 ahli parlimen akan dipanggil ke Istana Negara Hari ini kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan Berdasarkan jadual yang dilihat oleh Malaysiakini ahli ahli parlimen berkenaan akan tiba dalam lima kumpulan bermula j...
Usaha Digerakkan Angkat Ismail Sabri Sebagai Calon Pm Baru Pn

Usaha Digerakkan Angkat Ismail Sabri Sebagai Calon Pm Baru Pn

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 470 hits
Surat akuan sedang dikumpul dalam kalangan ahli ahli parlimen Perikatan Nasional untuk menyokong Naib Presiden Umno Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri baru gabungan itu Ahli parlimen Padang Rengas dari Umno Mohamed Nazri Abdul Aziz ...
Bersatu Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm Hamzah Jadi Tpm

Bersatu Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm Hamzah Jadi Tpm

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 297 hits
Kow Gah ChieSemua 35 ahli parlimen Bersatu telah diarahkan oleh presiden parti Muhyiddin Yassin untuk menyokong Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri baru Bercakap kepada Malaysiakini anggota Majlis Tertinggi Bersat...
Gps Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm Kata Pemimpin Sarawak

Gps Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm Kata Pemimpin Sarawak

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 237 hits
GPS sokong Ismail kata pemimpin SarawakPemimpin Gabungan Parti Sarawak dalam satu acara di Kuching pada 2019 KUALA LUMPUR Gabungan Parti Sarawak akan menyokong Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob yang dinamakan sebagai calon perdana ment...
Ismail Sabri Bersemuka Dengan Muhyiddin Pertama Kali Sebagai Perdana Menteri

Ismail Sabri Bersemuka Dengan Muhyiddin Pertama Kali Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 284 hits
Ismail Sabri bertentang mata dengan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri PETALING JAYA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas pulang dari I...
Muhyiddin Tandatangan Sd Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm

Muhyiddin Tandatangan Sd Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 254 hits
Sokong Ismail Sabri sebagai PM Muhyiddin ajak MP lain tandatangan SD KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan antara 100 orang ahli Parlimen yang menandatangani akuan berkanun menyokong ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaak...
Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Kuih Raya Homemade By Nieyl

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

Growth Mindset In Startups

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jambu Bertih

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Anak Buah Terpaling Kecil

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Alim Kris Kunjungan Terakhir Chord