Bekas Pesakit Covid 19 Kongsi Pengalaman Kepada Masyarakat



Fareez Azman, Astro Awani


Rosli Dahlan, 58, yang juga seorang peguam tidak pernah menyangka beliau dijangkiti COVID-19
KUALA LUMPUR: Menjadi seorang pesakit COVID-19 sudah tentu satu pengalaman yang sukar untuk digambarkan, lebih-lebih lagi sehingga kini belum ada vaksin yang mampu mencegah virus misteri itu.

Namun ketika dunia dilanda panik serta keresahan, kisah bekas pesakit COVID-19 ini mungkin boleh membuka mata kita semua terutamanya rakyat Malaysia yang menghadapi kisah yang sama.

Rosli Dahlan, 58, yang juga seorang peguam tidak pernah menyangka beliau dijangkiti COVID-19.

Detik hitam dalam hidupnya itu bermula pada 2 Mac lalu selepas disahkan positif COVID-19.
"Masa itu rakyat dan orang awam masih takut, malah terdapat segelintir yang tuding jari dan sebagainya. Masa itu, perasaan sedih pun ada, ada yang mendedahkan identiti saya serta menimbulkan perasaan stigma.

"Jangan menunding jari, sebaliknya isu ini perlu ditangani sebagai masyarakat yang mempunyai ilmu. Dalam hal ini, saya rasa banyak yang kita (masyarakat) boleh lakukan, kalaulah saya dalam hospital boleh merasakan kekal positif, apatah lagi masyarakat di luar sana," katanya.


Baginya, perkara yang perlu ada ialah keyakinan pada diri sendiri untuk melawan penyakit itu, serta sentiasa positif terutama ketika diletakkan di bawah wad isolasi.


"Orang tanya aktiviti apa yang saya buat, saya kata sebagai orang Islam waktu kita memang terjaga di mana sejak pagi kita solat subuh, zohor, asar, maghrib, waktu untuk kita membaca doa dan sebagainya, jadi saya tidak rasa masa di hospital selama 13 hari itu memeritkan.
"Selepas subuh saya membaca doa dan buku, kemudian membersihkan kamar serta menjawab email untuk tugasan. Jadi kalau saya dalam hospital boleh rasa still positive, jadi saya rasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini asalnya dari 18 Mac hingga 31 Mac dan apabila ianya dilanjutkan kepada 14 April, banyak benda kita boleh lakukan dan tidak harus merasa tertekan ketika berada di rumah," katanya lagi.

Malah sepanjang mendapatkan rawatan, Rosli amat bersyukur akan kepakaran perubatan yang dimiliki Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Di Malaysia ini, kita sangat bernasib baik kerana kerajaan berikan testing itu secara percuma. Di negara lain mereka perlu bayar, kalau positif dalam isolasi wad kerajaan Malaysia membayar sepenuhnya. Kita sangat bersyukur dengan Kementerian Kesihatan kita, Ketua Pengarah serta doktornya terutama yang jaga saya, Dr Yasmin, Dr Haikal, Dr Salina, Dr Najma dan Dr Arisa, mereka sangat bagus dan mempunyai sifat ihsan.

"Keadaannya tidak sama seperti di negara lain apabila ada pesakit yang diberikan khidmat rawatan, tetapi ada yang tidak seperti di Sepanyol, Itali dan sebagainya. Kita mempunyai antara sistem penjagaan kesihatan yang terbaik berbanding negara lain. Jadi hero-hero kita adalah semua petugas KKM, sikap mereka itu amat terpuji," kata Rosli.

Selepas 13 hari berada di wad isolasi, beliau dan isterinya akhirnya bebas daripada jangkitan COVID-19 dan dibenarkan pulang pada 15 Mac lalu.

Kisah Rosli ini perlu diambil iktibar oleh masyarakat di luar sana agar tidak panik dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga seperti disarankan kerajaan.

Jika anda antara yang dijangkiti, Rosli berpesan agar tidak berputus asa dan sentiasa berfikiran positif serta yakin akan kemampuan kerajaan kita dalam mendepani pandemik COVID-19 ini







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/bekas-pesakit-covid-19-kongsi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sakitnya Hanya Allah Yang Tahu Hanya Terlantar Atas Katil Pesakit Covid 19 Kongsi Pengalaman Pahit

Sakitnya Hanya Allah Yang Tahu Hanya Terlantar Atas Katil Pesakit Covid 19 Kongsi Pengalaman Pahit

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 254 hits
Tengku Amylia mengalami demam pada 8 Mac dan hanya disahkan positif pada 14 Mac setelah menjalani saringan apabila demamnya tidak baik dan mengetahui kontak rapatnya positif pada 12 Mac Lima hari di Unit Rawatan Rapi Hospital Sungai Buloh s...
Bekas Pesakit Covid 19 Kongsikan Pengalaman Dan Keadaan Di Dalam Wad Kuarantin

Bekas Pesakit Covid 19 Kongsikan Pengalaman Dan Keadaan Di Dalam Wad Kuarantin

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 346 hits
Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda dengan wabak pandemik Covid 19 Tiap tiap hari ada saja kes serta angka kematian yang dicatatkan di seluruh dunia meningkat Virus ini bukanlah sesuatu yang perlu dipandang ringan kerana ...
Orang Kampung Pandang Hina Wanita Kongsi Pengalaman Duka Sebagai Pesakit Covid 19

Orang Kampung Pandang Hina Wanita Kongsi Pengalaman Duka Sebagai Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 363 hits
Semoga diberikan kesembuhan buat ibunya small Cover image via Qalbie Ghani Facebook small Wabak Coronavirus Covid 19 telah menular ke seluruh dunia termasuk Malaysia Sehingga semalam di Malaysia sahaja negara sudah mencatatkan sebanyak 3116...
Minda Kena Kekal Positif Bekas Pesakit Positif Covid 19 Kongsi Cara Lawan Virus Itu

Minda Kena Kekal Positif Bekas Pesakit Positif Covid 19 Kongsi Cara Lawan Virus Itu

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 388 hits
Pak Din telah disahkan positif Covid 19 pada 5 Mac lalu dan dikuarantin di Hospital Sungai Buloh demi mendapat rawatan kesihatan sebelum disahkan bebas daripada penyakit itu beberapa hari lalu small Cover image via Facebook Ariffin Mamat sm...
Covid 19 Kkm Diminta Kongsi Data Klinikal Pesakit Untuk Analisis

Covid 19 Kkm Diminta Kongsi Data Klinikal Pesakit Untuk Analisis

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 216 hits
SHAH ALAM 1 APRIL Kementerian Kesihatan Malaysia diminta berkongsi data klinikal pesakit Covid 19 dengan petugas negeri bagi membolehkan analisis dan tindakan bersasar dibuat kata bekas menteri kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkat...
Bekas Pesakit Covid 19 Kongsi Cerita

Bekas Pesakit Covid 19 Kongsi Cerita

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 215 hits
Menjadi seorang pesakit COVID 19 sudah tentu satu pengalaman yang sukar untuk digambarkan lebih lebih lagi sehingga kini belum ada vaksin yang mampu mencegah virus misteri itu Bekas Pesakit Covid 19 Kongsi Cerita
Covid 19 Masyarakat Muslim Berang Jenazah Pesakit Dibakar

Covid 19 Masyarakat Muslim Berang Jenazah Pesakit Dibakar

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 327 hits
COLOMBO 10 Syaaban 1441H Sabtu Pembakaran jenazah kes COVID 19 secara paksa di Sri Lanka telah menyebabkan rasa marah dan terkejut dalam kalangan masyarakat minoriti yang mendakwa pihak berkuasa melanggar kaedah pengebumian Islam Bishrul Ha...
Allah Ganti Sedih Saya Dengan Berita Gembira Bekas Pesakit Covid 19 Derma Plasma Darah Untuk Bantu Rawatan

Allah Ganti Sedih Saya Dengan Berita Gembira Bekas Pesakit Covid 19 Derma Plasma Darah Untuk Bantu Rawatan

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 372 hits
TIADA yang lebih menggembirakan seorang bekas pesakit Covid 19 apabila mengetahui plasma darahnya boleh membantu merawat pesakit lain yang dijangkiti pandemik yang mencetuskan keresahan masyarakat di seluruh dunia Bagi Reza Huzairi Zainudin...
Pedih Sikit Tapi Berbaloi Ummi Nazeera Kongsi Pengalaman Buat Ujian Saringan Covid 19

Pedih Sikit Tapi Berbaloi Ummi Nazeera Kongsi Pengalaman Buat Ujian Saringan Covid 19

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 227 hits
Demi menyahut seruan kerajaan untuk mengelakkan penularan wabak COVID 19 di negara kita mengikut sarana kerajaan untuk kuarantin diri selama 14 hari selepas pulang dari luar negara Dia juga telah menjalani ujian saringan di sebuah hospital ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik