Dihalau Adik Sendiri Hanya Bekas Isteri Yg Miskin Menanti Kepulangan Lelaki Tua Menyamar Jadi Pengemis Ini
Kedua-dua ibu bapanya mennggal dunia pada usia yang muda. Sebagai anak sulung, semua beban menanggung adik beradik yang lain jatuh pada bahunya. Ketika itu, Tien hanya berusia 15 tahun ketika orang tuanya meninggal dunia dalam kemlangan jalan raya. Tinggalah Tien bersama dengan dua adik lelaki dan seorang adik perempuan untuk meneruskan hidup.
Satu memori yang paling tidak boleh dilupakannya apabila terpaksa melihat adik perempuannya yang berusia 10 tahun mennggal dunia perlahan-perlahan depan matanya. Tien keluarga yang susah sehingga tidak mempunyai wang untuk merawat penyakit adiknya itu.
Kemudian, bagi membaiki taraf hidup dan menjaga dua lagi adik kandung, Tien mula menjual mee di tepi jalan. Setiap hari, rutin Tien adalah memikul satu bakul besar penuh dengan muatan bahan-bahan menyediakan mee untuk dijual dari satu jalan ke satu jalan yang lain.
Feedy TV
Hasil yang diperolehi hanya cukup-cukup untuk menyediakan keperluan asas seperti makan dan minum untuk mereka sekeluarga. Tien kemudian bertemu dengan cinta hatinya, seorang wanita miskin bernama Tho. Setelah keadaan mula stabil, Tien mengambil keputusan untuk menyewa sebuah kedai dan mengahwini Tho.
Keluarga Tho asalnya tidak menyukai Tien kerana Tien anak yatim piatu yang miskin, tetapi kegigihannya bekerja setiap hari akhirnya berjaya melembutkan hati orang tua Tho.
Tien tidak merasa terlalu tertekan lagi kerana pada waktu itu dia boleh keluar berniaga dengan tenang kerana dia sudah mempunyai isteri untuk menguruskan rumah tangga. Adik-adiknya juga membesar dengan baik dibawah jagaan mereka berdua dan berkahwin.
Apabila mereka mendapat cahaya mata pertama, Tien mula membesarkan perniagaannya. Tien juga membuat pinjaman dan membawa maksud barang-barang daripada daerah lain untuk dijual di kedainya. Tien juga berkenalan dengan rakan perniagaan bernama Hai, malangnya persahabatan tersebut telah memusnahkan perniagaannya apabila Hai menjadi duri dalam daging dan punca Tien b4nkrup.
Tien merasa tertekan dan turut dituduh melakukan pernipuan dalam perniagaan. Akhirnya, Tien ditngkap dan dipnjarakan. Oleh kerana Tien tidak mahu apa yang berlaku kepadanya turut memberi kesan kepada keluarga, Tien mengambil keputusan untuk menjauhkan diri, meninggalkan isteri dan anaknya sedikit wang dan rumah. Malah, Tien turut mencraikan isterinya.
Sebaik sahaja keluar daripada pnjara, Tien berhijrah ke luar negara untuk membuka lembaran hidup yang baru. Tien berjaya setelah bersusah payah. Dia berjaya memiliki kedai di luar negara dan hidupnya semakin baik. Mungkin terkenang peristiwa lama dan adik-adiknya, Tien membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman.
Bagaimanapun Tien teringat ketika dia di penjara, kedua-dua adik lelakinya langsung tidak pernah melawatnya. Jadi, Tien terfikir sama ada mereka masih mengingatinya. Tien kemudian mendapat idea untuk menyamar sebagai pengemis dan menjenguk kedua-dua adiknya.
Sebaik sahaja menjejaki kaki di rumah adiknya yang pertama, Minh. Adiknya merasa terkejut dan bertanya bagaimanakah dia pulang sedangkan dia sudah tua. Tien memberitahu dia sudah tidak mampu hidup di luar dan mahu menumpang teduh di rumah adiknya itu.
Bagaimanapun Tien merasa kecewa apabila dia disuruh pergi dan mencari adik keduanya kerana dia memiliki kehidupan yang lebih baik.Tien berlalu pergi dan mencari rumah adik keduanya di kawasan berdekatan. Dia berjumpa dengan rumah Luan, rumah dua tingkat. Benarlah Luan memiliki kehidupan yang lebih baik. Bagaimanapun Luan tidak dapat menerimanya tinggal di situ kerana rumah itu dimiliki oleh anak Luan.
Tien merasa sedih apabila terkenang peristiwa tersebut. Ketika kedua-dua orang tuanya mennggal dunia, dialah yang bertanggungjawab membesarkan mereka berdua.
Membawa diri, kemudian Tien mencari rumah lamanya yang ditinggalkan untuk bekas isterinya. Dia melihat rumah itu masih seperti dulu, daif. Tien dipenuhi dengan emosi dan terfikir sama ada bekas isterinya itu mahu membenarkan dia kembali ke situ.
Semuanya persoalannya terjawab apabila dia bertentangan mata dengan bekas isterinya itu.
Feedy TV
”Kamu dah pulang,” kata bekas isterinya sambil menyentuh pipi Tien. Tho membersihkan baju pengemis yang dipakai oleh Tien dan menjemputnya masuk. Tien merasa terharu dengan sambutan sebegitu.Tho kemudian menyediakan juadah untuk Tien dan memberitahu dia tidak pernah berkahwin lagi selepas berceerai dengan Tien. Dia membesarkan anak mereka berdua dengan baik hasil daripada wang yang ditinggalkan oleh Tien.
Walaupun tidak mempunyai pendidikan tinggi, Tho memberitahu anak mereka tetap berjaya dan kini sudahpun berkahwin. Mereka berpindah tinggal di bandar selepas membeli rumah dan kereta.
Tien kemudian berkongsi mengenai adiknya. Tho memberitahu mereka berdua tidak lagi pernah menjenguknya walaupun suatu ketika dulu dia mengabdikan separuh usianya untuk membesarkan mereka berdua.
Tho memberitahu, anaknya seringkali mengajaknya berpindah ke rumah mereka di bandar, tetapi Tho menolak dengan baik kerana dia risau apabila Tien pulang nanti, tiada sesiapa menunggunya disana.Mendengar sahaja kata-kata Tho, Tien mengalirkan air mata dan menyedari bahawa kasih bekas isterinya itu kepadanya jauh lebih hebat dan besar berbanding dua saudara kandung yang dijaga selama ini.
Tien menyedari, duit tidak boleh membeli kebahgiaan tetapi kasih sayang orang sekelilinglah yang membuatkannya bahagia.
Sumber: FeedyTV & siakapkeli
Carian Ke Post Ini:suaraviral orgThe post Dihalau Adik Sendiri, Hanya Bekas Isteri Yg Miskin Menanti Kepulangan Lelaki Tua Menyamar Jadi Pengemis Ini appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suaraviral.org/dihalau-adik-sendiri-hanya-bekas-isteri-yg-miskin-menanti-kepulangan-lelaki-tua-menyamar-jadi-pengemis-ini/