Diet Mediterranean Kurangkan Risiko Berlakunya Masalah Pendengaran


Siapa kata pemakanan tidak memberi pengaruh besar? Apa pun yang kita masukkan ke dalam mulut kita, kesemuanya memberikan perubahan kepada tubuh sama ada sedikit ataupun banyak. Apatah lagi jika apa yang anda makan itu jelas sekali bermanfaat, hanya bergantung kepada diri kita sendiri sahaja sama ada mahu memakannya atau tidak.
Diet Mediterranean elak masalah pendengaran Satu kajian telah mendapati, makan secara sihat berpotensi menghentikan seseorang individu daripada menjadi pekak apabila sudah tua kelak. Kajian tersebut mendedahkan bahawa, individu yang mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, kekacang, sayuran berdaun serta makanan laut dan ikan, kurang cenderung untuk melaporkan masalah pendengaran yang semakin berkurangan.
Jenis makanan yang dilihat terbaik bagi kesihatan pendengaran adalah jenis-jenis makanan yang terdapat dalam diet Mediterranean. Dalam kajian tersebut, individu yang mengambil jenis makanan yang paling hampir dengan diet Mediterranean ini didapati memiliki sehingga 30% risiko yang lebih rendah untuk mengalami penurunan tahap pendengaran.
Sekumpulan saintis dari Brigham dan Women’s Hospital di Boston, Massachusettes telah membuat kajian ini keatas 3,135 orang wanita dengan purata umur 59 tahun. Pendengaran peserta-peserta kajian ini diuji dalam tempoh tiga tahun dan pengkaji turut melihat kepada maklumat berkenaan diet yang mereka amalkan. Pada kadar pertengahan, wanita-wanita ini didapati mempunyai 30% kecenderungan yang lebih rendah untuk mendapat masalah pendengaran jika mengambil diet yang sihat.
Risiko kehilangan pendengaran boleh dikurangkan melalui diet Menurut Dr. Sharon Curhan, ketua penyelidik bagi kajian ini, persepsi yang biasa kita dapati ialah kehilangan pendengaran ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan ia merupakan salah satu daripada proses penuaan. Walau bagaimanapun, kajian mereka memberikan penumpuan kepada perkara-perkara yang boleh kita ubah dalam diet harian dan gaya hidup untuk mengelakkan kehilangan pendengaran atau sekurang-kurangnya memperlambatkan ia daripada berlaku.
Menurut Dr. Sharon lagi, manfaat pematuhan terhadap corak pemakanan yang sihat telah dikaitkan dengan pelbagai kesan positif terhadap kesihatan dan makan secara sihat juga boleh membantu dalam mengurangkan risiko bagi seseorang individu untuk mendapat masalah berkaitan pendengaran.
Jenis diet yang dibuat perbandingan dengan diet harian responden adalah diet Alternate Mediterranean, Dietary Approaches to Stop Hypertension (DASH) dan Alternate Healthy Index-2010. Ketiga-tiga jenis diet ini menumpukan kepada pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak, pengurangan daging, produk tenusu dan makanan yang diproses, selain menambahkan pengambilan ikan, kekacang dan legum.
Makanan yang tidak sihat dan berlemak diketahui menyempitkan salur darah dan mengurangkan bekalan darah. Dr. Sharon menyatakan, aliran darah ke bahagian dalam telinga yang tidak mencukupi boleh meningkatkan risiko untuk ia menjadi bengkak atau rosak.
Kita semua tahu bahawa pemakanan yang tidak sihat menyumbang kepada berlakunya pelbagai jenis risiko penyakit-penyakit kronik. Cuba gantikan beberapa hidangan harian anda dengan jenis makanan yang lebih sihat seperti kerabu dan salad. Banyakkan mengambil sumber makanan laut seperti ikan tuna dan tenggiri kerana jenis-jenis ikan ini kaya dengan kandungan asid lemak omega-3 yang diketahui baik untuk tubuh terutamanya otak anda.
Sumber: Hello Doktor
The post Diet Mediterranean Kurangkan Risiko Berlakunya Masalah Pendengaran appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/30/diet-mediterranean-kurangkan-risiko-berlakunya-masalah-pendengaran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersenam Boleh Kurangkan Risiko Kena Kanser Paru Paru Di Kalangan Perokok

Bersenam Boleh Kurangkan Risiko Kena Kanser Paru Paru Di Kalangan Perokok

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 434 hits
Kajian menunjukkan orang yang merokok kemudian aktif bersenam berkurangan risikonya untuk kena kanser paru paru yang berpunca dari aktiviti merokok Tapi itu bukan alasan untuk tidak berhenti dan meninggalkan terus tabiat merokok Orang yang ...
Masalah Gempa Tun M Kerat Bedah Jahit A Hadi

Masalah Gempa Tun M Kerat Bedah Jahit A Hadi

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 402 hits
KUALA LUMPUR 11 MARCH 2017 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika sesi dialog di Majlis Makan Malam dan Dialog Politik di Dewan Seri Iskandar Setiawangsa NSTP KHAIRULL AZRY BIDIN Tun M tengoklah mana boleh kerat MARANG Perdana Ment...
Cara Buat Susu Kunyit Untuk Menghilangkan Masalah Batuk Dan Selsema

Cara Buat Susu Kunyit Untuk Menghilangkan Masalah Batuk Dan Selsema

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 569 hits
Susu kunyit sangat bagus untuk menghilangkan batuk selesema atau penyakit yang melibatkan saluran pernafasan seperti asthma Ianya juga sangat baik untuk pencernaan Kami nak berkongsi dengan anda resipi susu kunyit yang boleh diamalkan untuk...
Malanutrisi Pada Lansia Bisa Sebabkan Terjadinya Sejumlah Masalah Ini

Malanutrisi Pada Lansia Bisa Sebabkan Terjadinya Sejumlah Masalah Ini

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 188 hits
Asupan gizi yang cukup diperlukan lansia karena seiring bertambahnya usia terjadi penurunan fungsi tubuh dan perubahan metabolisme Bila tidak terpenuhi alias sampai malanutrisi membuat lansia lebih rentan sakit dan sederet permasalahan kese...
Konsumsi Protein Terlalu Banyak Bisa Timbulkan Masalah Pada Ginjal

Konsumsi Protein Terlalu Banyak Bisa Timbulkan Masalah Pada Ginjal

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 263 hits
Peneliti menemukan bahwa makanan kaya protein ternyata bisa berdampak buruk pada ginjal Dilansir dari Medical Daily hal ini diketahui lebih rentan dialami orang dengan diabetes atau obesitas
Nutrisi Seimbang Penting Untuk Tangani Masalah Obesiti Di Kalangan Kanak Kanak Kini

Nutrisi Seimbang Penting Untuk Tangani Masalah Obesiti Di Kalangan Kanak Kanak Kini

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 675 hits
Assalamualaikum Pada hari selasa Cik Nor bersama rakan media lain berpeluang memeriahkan Kempen Komuniti Ayam Brand 2019 yang berlangsung di FZ Cafe Lembah Sireh Kota Bharu Kelantan Pelbagai maklumat baru yang kami perolehi sepanjang majlis...
Masalah Pelajar Sekolah Zaman Sekarang

Masalah Pelajar Sekolah Zaman Sekarang

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 773 hits
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh Aku kecewa dengan diri sendiri Serasa macam aku cikgu yang tak seberapa Semacam guru yang membuatkan client aku yakni pelajarku kecewa Rasa macam didikanku macam tak meninggalkan bekas Seolah ola...
Remaja Dakwa Jilatan Kucing Buat Masalah Jerawatnya Hilang Kulit Jadi Lembut

Remaja Dakwa Jilatan Kucing Buat Masalah Jerawatnya Hilang Kulit Jadi Lembut

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 512 hits
Tiada siapa sangka dengan hanya jilatan kucing mampu merawat kulit muka yang bermasalah tetapi tidak bagi gadis ini Dinda yang berasal dari Indonesia mendakwa bahawa teknik jilatan daripada kucing miliknya bernama Nia berjaya menghilangkan ...
Menpan Rb Tak Masalah Pns Kerja Dari Rumah

Menpan Rb Tak Masalah Pns Kerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 220 hits
Tjahjo mengatakan PNS dengan posisi tertentu memang bisa melakukan pekerjaan dari mana saja Bahkan Tjahjo menyebut dirinya pun terkadang melakukan pekerjaan di dalam mobil
Qcy H3 Pilihan Tepat Untuk Fon Kepala Bajet Dengan Audio Mantap

Piring Tembaga Bukti Kekuasaan Wanita Keatas Lelaki

Pengkhianat Negara Wajar Dikenakan Hukuman Berat

Klia Ranks Among Top 10 In Global Airport Survey

How Land Surveying And Site Planning Shape The Future Of Architecture

Two Company Owners Clerk Nabbed Over Bribes To Expedite Malaysian Citizenship Applications

Apa Itu Hari Nuzul Al Quran

The First Moon Landing By Apollo 11 A Giant Leap For Mankind


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Building Strong Company Culture

Sebalik Balik

Gbp Usd 17 Februari Kenaikan Harga Meletak Harapan Pada Jerome Powell

Piala Asia 2027 Tarikh Kejohanan Format Pasukan Sejarah

20 Koleksi Pantun Sweet Eratkan Kemesraan Dengan Pasangan

15 Warga Bangladesh Cuba Bolos Sebagai Pemain Kriket Ditahan Di Klia Akps