Nutrisi Seimbang Penting Untuk Tangani Masalah Obesiti Di Kalangan Kanak Kanak Kini



Assalamualaikum..




Pada hari selasa (19 November 2019) Cik Nor bersama rakan media lain berpeluang memeriahkan Kempen Komuniti Ayam Brand 2019 yang berlangsung di FZ Cafe, Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan. Pelbagai maklumat baru yang kami perolehi sepanjang majlis berlangsung. Tidak ketinggalan acara menarik disediakan kepada murid-murid sekolah yang dijemput khas dalam majlis tersebut.


Dalam kehidupan kita seharian adakah hidangan terakhir anda ialah sepinggan 3S makanan Malaysia yang Sihat? 3S adalah singkatan kepada Suku-suku Separuh. Suku-suku Separuh menggalakkan pembahagian makanan di atas pinggan melibatkan suku protein, suku karbohidrat kompleks serta separuh buah-buahan dan sayur-sayuran. 


Pinggan Sihat 3S Malaysia mungkin kedengaran asing bagi kebanyakan daripada kita, lantas menjadi punca kepada epidemik obesiti dalam kalangan golongan dewasa serta kanak-kanak. Menurut Laporan Menangani Obesiti di ASEAN oleh Unit Risikan Ekonomi, kadar obesiti di Malaysia adalah 13.3% iaitu tertinggi dalam Asia Tenggara. Malaysia juga merupakan antara tiga negara peneraju di Asia yang mempunyai peratusan tinggi, iaitu 11.5% kanak-kanak obes berusia enam bulan hingga 12 tahun.

Ayam Brand™, jenama tempatan yang terkenal dengan rangkaian makanan dalam tin berkualiti tinggi, tanpa bahan pengawet, tiada MSG tambahan, sihat dan mudah. Jenama ini berusaha untuk menangani isu besar iaitu masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia dengan memperkenalkan konsep Pinggan Sihat 3S Malaysia kedalam program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) yang akan dijalankan. Tahun ini, Ayam Brand berjaya mengembangkan program CSR kepada murid-murid sekolah rendah.



Tema kempen pada tahun ini ialah ‘Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start Now’. Kempen ini bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak dari 10 buah negeri dengan maklumat untuk mengenal pasti pilihan makanan yang sihat dan melengkapkan mereka dengan kemahiran dalam menyediakan hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia. Program ini terbuka kepada kanak-kanak berusia lapan tahun dan keatas.



Di Kelantan, 24 orang kanak-kanak dipilih dari Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan, Pusat Asuhan Harian Kanak-kanak Sepastik (PUSAKAS), Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa Kelantan, Rumah Kebajikan Darul Aitam, Kebangsaan Zainab 2 dan Sekolah Kebangsaan Ismail Petra2 juga turut mengambil bahagian dalam kempen ‘Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start Now’ yang mencabar dan menyeronokkan ini.


Acara ini dimulakan dengan pengenalan interaktif mengenai konsep #sukusukuseparuh. Diikuti oleh pembahagian kepada enam pasukan yang terdiri daripada empat orang kanak-kanak untuk menyediakan hidangan berdasarkan prinsip 3S. Mereka perlu menyiapkan hidangan dalam masa 30 minit dengan bantuan daripada orang dewasa dan menggunakan resepi yang disarankan oleh pakar.

Sementara menunggu hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia dinilai, kanak-kanak itu kemudian dicabar dengan permainan yang memerlukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi untuk mengingata pa yang telah dipelajari tentang nutrisi yang baik.

Menurut Pegawai Hal Ehwal Peraturan dan PemasaranAyam Brand™, Siti Khatijah, kempen yang kini sudah memasuki tahun ke-12 telah menyumbang 1.76 juta hidangan sihat bagi tujuan kebajikan, menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih 20,000 orang dari 482 buah rumah kebajikan dan NGO.

“Sebagai peneraju dalam industri makanan di Malaysia selama lebih 100 tahun, Ayam Brand™ sangat bimbang dengan penularan masalah obesiti di negara ini dan ingin tampil kehadapan untuk memberi bantuan. Bermula dengan kanak-kanak kerana mereka merupakan golongan yang paling mudah diajar dan didekati. Kami membangunkan program Get Healthy Malaysia, Start Now dengan harapan agar dapat membantu mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak, menerusi pemberian pengetahuan serta kemahiran untuk memilih, membuat dan menyediakan makanan yang lebih berkhasiat,” kata Siti Khatijah.

“Kami telah menjalankan kempen CSR selama 12 tahun. Sudah tiba masanya untuk kami mengembangkannya demi memberi manfaat kepada lebih ramai kanak-kanak dengan menyampaikan mesej 3S melalui cara yang lebih mudah difahami. Di samping tip-tip yang dapat peserta manfaatkan di rumah, mereka juga dapat berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga,” katanya lagi.


“Hari ini saya belajar bahawa saya perlu makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan protein. Selain perlu mengurangkan pengambilan nasi dan roti yang saya sangat gemari. Makanan yang saya buat hari ini cukup sedap dan sihat. Saya akan cuba untuk makan hidangan yang seimbang setiap hari untuk jadi lebih sihat dan akan lebih banyak bersenam,” kata salah seorang peserta.

Ayam Brand™ membawakan kempen ini secara dalam talian dan menghebahkannya menerusi media sosial dengan pengaktifan peraduan Show Us Your Healthy Plate, selain berkongsi kemaskini program secara langsung.

Empat buah rumah kebajikan akan menerima bekalan produk Ayam Brand™ selama dua bulan yang bersamaan dengan 40,860 hidangan sihat untuk 227 orang penghuni.



Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan telah muncul sebagai juara untuk pertandingan Ayam Brand Suku-Suku Separuh Healthy Festival 2019 peringkat negeri Kelantan. Pemenang menerima piala dan sijil penyertaan daripada Ayam Brand untuk hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia yang terdiri daripada makaroni, kicap manis, cupcake tuna dan salad kacang panggang dan jagung.

“Ayam Brand™ telah menyokong NGO selama bertahun-tahun, rumah-rumah kebajikan sentiasa ingin dipilih kerana sumbangan produk mereka dilihat penting terutama ketika kekurangan sumbangan dari orang awam. Terima kasih kepada Ayam Brand™ kerana konsisten dalam mengambil berat terhadap komuniti,” kata wakil Rumah Kebajikan Darul Aitam

Mahu membantu komuniti di negeri anda? Sila layari Ayam Brand™ e-charity di https://www.ayambrand.com.my/e-charity.htmldan beli produk Ayam Brand untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan pilihan. Ayam Brand™ e-charity menawarkan potongan sebanyak 15% daripada harga runcit dan perkhidmatan penghantaran percuma untuk memudahkan dan menjadikan Malaysia yang lebih sihat, Mulakan Sekarang. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://norminieza.blogspot.com/2019/11/nutrisi-seimbang-penting-untuk-tangani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2019 Mesej Nutrisi Seimbang Di Seluruh Negara Untuk Melawan Obesiti Kanak Kanak

Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2019 Mesej Nutrisi Seimbang Di Seluruh Negara Untuk Melawan Obesiti Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 371 hits
Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2019 Mesej Nutrisi Seimbang Di Seluruh Negara Untuk Melawan Obesiti Kanak Kanak Pernah tak dengar atau tahu apa itu Suku Suku Separuh Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan Suku Suku Separuh pembaha...
Tabiat Pemakanan Kanak Kanak Malaysia Mungkin Kurang Nutrisi Menurut Kajian Seanuts I

Tabiat Pemakanan Kanak Kanak Malaysia Mungkin Kurang Nutrisi Menurut Kajian Seanuts I

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 338 hits
Menurut tinjauan di Malaysia menunjukkan satu daripada lima orang kanak kanak mempunyai berat badan berlebihan atau obes hampir satu daripada 10 kanak kanak terbantut untuk usia mereka dan dalam 20 kanak kanak mempunyai masalah kurang berat...
Program Cerahi Kehidupan Bersama Top Kini Kembali Buat Tahun Ke 5 Untuk Menceriakan Kehidupan Kanak Kanak Orang Asli

Program Cerahi Kehidupan Bersama Top Kini Kembali Buat Tahun Ke 5 Untuk Menceriakan Kehidupan Kanak Kanak Orang Asli

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 487 hits
Program Cerahi Kehidupan Bersama Top Kini Kembali buat tahun ke 5 Untuk Menceriakan Kehidupan Kanak kanak Orang Asli TOP penerima Putra Brand Award 2019 Platinum untuk kategori produk isi rumah telah bekerjasama dengan TESCO menerusi kempen...
Gratis Kini Konsumen Mitsubishi Bisa Ngecas Mobil Listriknya Di Plaza Senayan

Gratis Kini Konsumen Mitsubishi Bisa Ngecas Mobil Listriknya Di Plaza Senayan

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 186 hits
Mitusbisi Motors Indonesia membangun fasilitas pengisian daya cepat di mal Plaza Senayan Jakarta Selatan pada hari ini Ini upaya pertama yang akan dikembangkan di area publik lainnya di masa mendatang
Berkarya Sejak Usia 6 Tahun Agnez Mo Kini Kantongi Kekayaan Rp422 Miliar

Berkarya Sejak Usia 6 Tahun Agnez Mo Kini Kantongi Kekayaan Rp422 Miliar

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 142 hits
Masyarakat Tanah Air tengah dihebohkan dengan pernyataan Agnez Mo dalam sebuah wawancara Bagaimana tidak Agnez mengaku jika dirinya tak memiliki darah Indonesia sama sekali Kendati begitu Agnez tidak berkonotasi negatif dalam menyampaikan p...
Huawei Matepad Pro Kini Rasmi Tablet Berspesifikasi Tinggi Daripada Huawei

Huawei Matepad Pro Kini Rasmi Tablet Berspesifikasi Tinggi Daripada Huawei

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 209 hits
https ift tt 2OiAKWe Huawei MatePad Pro telah tertiris beberapa kali sebelum ini dan kini pihak Huawei telah pun melancarkan tablet berkenaan secara rasminya Huawei MatePad Pro hadir dengan skrin bersaiz 10 8 inci dengan rekaan skrin berlub...
Jumlah Pra Tempah Tesla Cybertruck Kini Mencecah 200 Ribu Unit

Jumlah Pra Tempah Tesla Cybertruck Kini Mencecah 200 Ribu Unit

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 271 hits
Pada hujung minggu lalu Tesla telah memperlihatkan kenderaan elektrik terbaru mereka yang dinamakan Kenderaan ini dikatakan kenderaan trak elektrik yang pertama dan bukan sahaja mempunyai rekaan yang unik tetapi juga ciri ciri yang menarik ...
Angry Bird Splash Water World Kini Di Ecohill Semenyih

Angry Bird Splash Water World Kini Di Ecohill Semenyih

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 616 hits
Musim cuti sekolah telah tiba Mula la ibu bapa pening kepala nak bawa anak pergi bercuti Pada yang tinggal di kawasan sekitar Semenyih ada berita baik untuk korang Angry Bird Splash Water World membuat penampilan sulung sempena cuti sekolah...
Amd Ryzen 3950x Kini Boleh Dibeli Di Pasaran Tempatan Pada Harga Rm3149

Amd Ryzen 3950x Kini Boleh Dibeli Di Pasaran Tempatan Pada Harga Rm3149

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 207 hits
AMD telah melancarkan siri CPU AMD Ryzen generasi ketiga mereka yang menggunakan proses pembinaan 7nm beberapa bulan lalu Syarikat tersebut melancarkan beberapa buah CPU yang cukup berkuasa sekali Model Ryzen 9 3900X misalnya hadir dengan 1...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Kkb Polls Respect Mca S Decision To Boycott Campaign



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Time Crunched Car Care How Mobile Washes Save The Day

Semakin Ramai Kanak Kanak Masuk Hospital Akibat Vape E Rokok

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Mainkan Peranan Anda Dan Gunakan Semangat Pasukan Untuk Menaikkan Piala Thomas

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Prk Kkb Ini Soal Maruah Mca Wee Tetap Pendirian Tak Bantu Kempen