Diet Keto Ada Bahayanya Baca Sini
Diet Ket? Apa itu diet keto? Nak tahu, bacalah sampai habis!
Sejak-sejak PKPB kembali bersambung di Selangor nie, ramailah yang terpaksa WFH (work-from-home). Tak kurang juga ramai di antara kawan-kawan sis kembali mengeluh tentang berat badan mereka yang makin naik. Ada yang sampai mengamalkan Diet Keto
Apa tu Diet Keto? Hahaha... sis pun baru tahu dan baru ambil kisah tentang diet keto atau ketogenik nie. Semuanya di sebabkan beberapa orang kawan sis yang bersungguh-sungguh mempraktikkan diet ini demi mahu menurunkan berat badan dengan cepat.
Kununnya laaa!!Alahai kawanku iteww…. Degil dia tu… hahahhaa…
Bagi yang masih samar dengan diet keto, sis terangkan sikit ya. Diet keto adalah diet amat rendah karbohidrat.Tetapi tinggi dengan lemak, manakala kadar proteinnya pula di tahap yang sederhana.
Bermakna diet keto ini menerapkan gaya pemakanan tinggi lemak dan rendah karbohidrat. Jumlah karbohidrat yang menurun membuatkan glukosa dalam badan pun ikut menurun.
Tu yang boleh jadi bahaya, kalau tak kena cara diet keto yang betul, silap haribulan boleh menimbulkan masalah kesihatan.
Lagipun diet keto mengutamakan lemak dan protein. Andaikata korang tak menitikberatkan soal pemilihan makanan berlemak dan berprotein tinggi, main belasah jer makan, memang tak jadi apalah. Macam-macam pulak penyakit nanti yang bakal dihidap.
Korang yang menjalankan diet keto disarankan memilih daging tanpa lemak, lemak tak tepu seperti minyak zaitun, canola ataupun almond.
Di samping itu, korang boleh juga menikmati telur, keju, dada ayam, ikan dan juga teh atau kopi tanpa gula.Manakala sayuran hijau macam kangkung, kobis dan bayam elok dimakan kerana rendah karbohidrat.
Antara Bahaya Diet Keto Yang Patut Diketahui:-
1. Rasa Tak Sedap Badan
Di sebabkan kehilangan sumber energi utama atau nutrisi penting, seseorang yang buat diet keto nie akan mengalami beberapa simptom selsema, sakit kepala, kepenatan dan rasa tak sedap badan untuk beberapa hari.
2. Masalah Penghadaman
Pengambilan makanan yang tidak seimbang akibat diet keto ini juga boleh menimbulkan masalah penghadaman. Antaranya, perut kembung, cirit-birit dan juga sembelit
3. Kadar Gula Darah Rendah
Akibat diet keto yang tak betul, boleh menimbulkan simptom hipoglisemia, di mana paras gula dalam darah didapati rendah.
Hipoglisemia akan membuatkan seseorang itu jadi cepat penat, hilang fokus, jantung berdegup kencang, sukar tidur dan berasa cemas.
4. Penyusutan Otot
Sepanjang melalui proses diet keto, tubuh mengalami ketosis, iaitu membakar lemak sebagai sumber tenaga. Proses ini boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan tisu lemak serta mengalami penyusutan otot.
Bermakna, diet keto yang tidak tepat ini boleh mengurangkan kepadatan mineral dan membawa kerosokan tulang secara diam-diam
5. Tidak Elok Untuk Kesihatan Buah Pinggang
Pengambilan makanan berlemak tinggi daripada haiwan, seperti telur, daging dan keju yang banyak mempertingkatkan risiko batu karang yang lebih tinggi.
Ini kerana pengambilan yang berlebihan menyebabkan darah dan air kencing menjadi lebih berasid, yang mana ia dapat mengundang risiko penyakit batu karang. Keadaan berasid ini juga boleh memparahkan lagi perkembangan penyakit buah pinggang kronik
Bagi sis, tak kiralah diet atkins ke.. diet ketogenik ke, diet apa sekalipun kita kena pastikan tahap kesihatan kita dulu. Bukan apa, bukan semua jenis diet yang menjadi trend itu sesuai dengan badan serta tahap kesihatan kita.
Lagi-lagi diet yang ekstrem, memang boleh memberikan efek negatif untuk kesihatan. Adalah lebih bagus, jika korang dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan terlebih dahulu supaya lebih mudah untuk korang tahu apakah gaya pemakanan yang bagus ketika berdiet.
Okaylah, sekian dulu perkongsian cerita dan juga tips daripada sis untuk kali ini.
Jumpa lagi. Salam Maulidur Rasul dan jaga diri ok!
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Kredit Foto: Google
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2020/10/diet-keto-ada-bahayanya-baca-sini.html