Didik Anak Makan Sayur Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat Kongsi Tip


Mendidik anak-anak supaya suka makan sayur memang boleh menjadi satu cabaran yang besar. Bagaimanapun ada beberapa cara yang boleh dicuba bagi menggalakkan anak-anak untuk suka makan sayur. Ingatlah, setiap anak berbeza, jadi cuba beberapa cara berbeza dan lihat apa yang berfungsi untuk mereka.
Jangan memaksa anak makan sayur. Ini boleh mencetuskan keengganan. Beri mereka masa dan ruang untuk menerima sayur. Bersabarlah dalam proses ini. Anak-anak mungkin perlu beberapa percubaan sebelum benar-benar menerima sayur.
Berikut dikongsikan tip bagi ibu bapa untuk mendidik anak-anak supaya suka makan sayur. Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat, Norazizah Ruslan berkongsi tip yang boleh ibu bapa lakukan untuk mencapai matlamat ini.
Kredit foto: Freepik Didik Anak Makan Sayur “Ibu bapa kena tahu, anak akan menyukai sayur apabila mereka kenal dengan sayur tersebut. Memperkenalkan sayur kepada anak memang antara cabaran kepada ibu bapa. Tidak hanya sekadar mengulang kebaikan sayuran tetapi ada langkah-langkah yang boleh dicontohi.” Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat Kongsi Tip 10 TIP DIDIK ANAK SUKA MAKAN SAYUR
1. Pendedahan sewal usia amat penting. Sebaik sahaja boleh diberi makanan pencerai susu, perkenalkan rasa sayur-sayuran dahulu sebelum makanan lain. Jus dan puri adalah cara yang terbaik dan boleh dicampur dengan susu ibu yang anak sudah terbiasa. Anak yang menyusu ibu lebih mudah menerima rasa sayur sekiranya ibunya juga makan sayur.

2. Beri anak mainan berkonsepkan sayur. Biar mereka kenal nama sayur melalui permainan dan pembacaan. Terdapat rancangan televisyen, video dan di media sosial yang menerapkan konsep sebegini.
3. Biar anak terlibat sama dalam proses mendapatkan sayur. Cara untuk dapatkan sayur adalah menanam sendiri sayur yang hendak dimakan. Ibu bapa juga boleh mulakan dengan projek membuat taugeh atau menanam sayur yang cepat mendapat hasil. Misalnya kangkung, bayam dan tomato. Hasil tanaman boleh dimasak mengikut cita rasa mereka.
Sayur dimasukkan dalam lauk ayam. 4. Selain tanam, ibu bapa perlu bawa anak ke pasar. Tujuannya adalah biar mereka memilih sendiri sayur untuk dimakan. Misalnya mulakan dengan baca buku mengenai lobak merah. Kemudian ajak mereka ke pasar beli lobak merah. Teruskan dengan masak lobak merah itu di dapur dan nikmati sama-sama. Mereka tentu seronok.
5. Untuk menggalakkan anak suka makan sayur, ibu bapa juga haruslah menunjukkan teladan yang baik iaitu ibu bapa juga suka makan sayur. Jadi, makanlah sayur di hadapan mereka. Jadikan sayur termasuklah ulam sebagai satu hidangan wajib ada di atas meja makan.
“Setiap langkah di atas perlu diulang berkali-kali sehingga berjaya. Tekankan kebaikan makan sayur kepada mereka seperti menjadikan mereka lebih sihat, kulit yang lebih mulus, kurang mendapat penyakit dan berjiwa besar. Jangan kedekut dengan pujian jika mereka berjaya menjamah walaupun sedikit.” 6. Pelbagaikan jenis sayur di rumah. Tidak terhad kepada yang berdaun dan berbuah sahaja. Kenalkan dengan sayur berasaskan ubi dan akar seperti kentang, keledek dan lobak merah. Sayur dalam bentuk batang juga sedap untuk dicuba seperti asparagus dan celery. Sayur daripada keluarga bunga seperti bunga kobis dan brokoli juga mudah menarik selera anak.
Sayur bening atau sayur air memang digemari oleh kanak-kanak. 7. Teknik memasak juga perlu dipelbagaikan. Tidak terhad kepada sup atau goreng. Sayur boleh dijadikan jus dan dibekukan menjadi aiskrim seperti jus lobak merah yang dicampur dengan susu. Brokoli boleh dijadikan sup berkrim dan dimakan bersama roti. Kentang yang dipanggang bersama daging cencang berserta sos keju juga sedap untuk dicuba. Piza sayur-sayuran yang dibuat sendiri. Mereka pasti suka membantu menabur sayur-sayuran di atas piza itu nanti.
8. Sayur perlu disediakan dengan pelbagai jenis supaya mereka boleh memilih apa yang mereka suka dulu. Hal ini memang memerlukan kesabaran. Banyak cubaan demi cubaan sebelum mereka terbiasa. Contohnya, masak nasi goreng Cina dengan campuran jagung, kiub lobak merah dan kacang pis. Sup telur juga boleh digabungkan hirisan kobis, tomato, brokoli, seleri dan cendawan. Lihat anak suka makan yang mana satu.
9. Hidang sayur dengan gaya menarik. Misalnya dipotong bentuk bunga, bintang atau dicucuk seperti sate. Gunakan pinggan mangkuk yang istimewa untuk masakan berasaskan sayuran.
10. Ada masakan yang mengandungi sayur tersembunyi seperti sandwich, kek lobak merah, kuih talam keladi dan bingka ubi. Hidangan seperti ini juga lebih mudah menarik selera anak untuk makan sayur tanpa sedar.
Nota: Artikel ini diolah daripada majalah Rasa
Kredit foto: Freepik
Baca artikel berkaitan di sini: Anak ‘Berdrama’ Di Kedai Makan, Bungkus Dan Baliklah, Di Rumah Lebih Aman
Anak Comel Model Minuman Kordial, Rupanya Kini Sudah 24 Tahun & Cantik Orangnya!
Anak Selesema, Sakit Tekak & Batuk, Mama Boleh Beri Minum Teh Bunga Raya
 
 
The post Didik Anak Makan Sayur, Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat Kongsi Tip appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/didik-anak-makan-sayur-penceramah-pemakanan-dan-gaya-hidup-sihat-kongsi-tip/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Berdrama Di Kedai Makan Bungkus Dan Baliklah Di Rumah Lebih Aman

Anak Berdrama Di Kedai Makan Bungkus Dan Baliklah Di Rumah Lebih Aman

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 526 hits
Bila mula berdrama tidak kiralah di kedai makan mahupun di pasar raya selalunya mak ayah sudah tahu perangai Ada yang manja mengada ngada kuat mengamuk tantrum dan sebagainya Pasti ada cara tersendiri untuk mak ayah kendalikan anak anak yan...
Azhar Sulaiman Kongsi Gambar Leona Di Masjid Al Aqsa Lepas Tular Anak Berbaju Seksi

Azhar Sulaiman Kongsi Gambar Leona Di Masjid Al Aqsa Lepas Tular Anak Berbaju Seksi

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 269 hits
Anak kepada selebriti terkenal Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona telah menjadi sorotan selepas memuat naik video dan gambar mengenakan kostum seksi sehingga mendedahkan sebahagian badannya di media sosial Anak berbaju seksi ketika orang...
Undang Makan Bersama Keluarga Erick Thohir Sampaikan Pesan Anak Untuk Prabowo

Undang Makan Bersama Keluarga Erick Thohir Sampaikan Pesan Anak Untuk Prabowo

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 310 hits
Erick menampik ada perbincangan serius saat bersama Prabowo hari ini Menurut dia obrolan disampaikan tidak terlalu berat
Kakak Frust Sebab Bukan Girl Gelagat Anak Fad Bocey Curi Perhatian Kongsi Nama Bayi Kelima

Kakak Frust Sebab Bukan Girl Gelagat Anak Fad Bocey Curi Perhatian Kongsi Nama Bayi Kelima

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 172 hits
Selamat melahirkan cahaya mata kelima mereka pada tanggal 12 Oktober lalu Fad Bocey dan isterinya Syaheera Abd Rahman tampil berkongsi nama pilihan mereka Menerusi Instagramnya beberapa hari yang lalu isteri Fad iaitu Syaheera memuat naik s...
Dr Malar Kongsi Tip Cantik Cuci Muka Dengan Air Mineral Bila Travel

Dr Malar Kongsi Tip Cantik Cuci Muka Dengan Air Mineral Bila Travel

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 188 hits
terutama yang mengandungi kandungan siliki yang tinggi memang elok kita amalkan setiap hari Selain bagus diminum air mineral juga boleh digunakan untuk mencuci kulit wajah Jika diamalkan secara konsisten kulit wajah akan lebih sihat dan beb...
Sebelum Ni Satu Bag Je Sekarang Pertama Kali Bawa Anak Bercuti Wany Hasrita Kongsi Cerita

Sebelum Ni Satu Bag Je Sekarang Pertama Kali Bawa Anak Bercuti Wany Hasrita Kongsi Cerita

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 179 hits
Pengalaman pertama kali membawa anak bercuti memang terasa cukup mendebarkan Inilah yang dilalui oleh penyanyi Wany Hasrita yang pertama kali membawa bayi comelnya bercuti bersama suami Kongsi Wany menerusi Instagramnya banyak pengalaman in...
Anak Melecur Terkena Air Panas Elak Jadi Lebih Teruk Ikut Tip Ini

Anak Melecur Terkena Air Panas Elak Jadi Lebih Teruk Ikut Tip Ini

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 204 hits
Anak anak yang masih kecil mudah terdedah dengan pelbagai risiko kemalangan di dapur Kemalangan yang sering berlaku di dapur ialah terkena minyak panas air yang mendidih dan sebagainya Amat penting menjadikan dapur baby friendly supaya kema...
Netizen Sempat Kongsi Gambar Terkini Komposer Siti Nurhaliza Kini Didakwa Hidup Merempat Jadi Gelandangan

Netizen Sempat Kongsi Gambar Terkini Komposer Siti Nurhaliza Kini Didakwa Hidup Merempat Jadi Gelandangan

papar berkaitan - pada 29/10/2023 - jumlah : 127 hits
Siapa sangka komposer dan pemuzik Ross Ariffin 61 yang pernah mencipta lagu untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza Dan Ning Baizura kini dilapor hidup sebagai gelandangan dan merempat Ross yang juga pencipta lagu Fauziah Latiff dan Liza Aziz berka...
Jagung Rebus Susu Cheese Super Sedap Anak Anak Kenyang Makan

Jagung Rebus Susu Cheese Super Sedap Anak Anak Kenyang Makan

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 233 hits
Jagung rebus susu cheese merupakan jagung yang direbus bersama sama dengan susu dan cheese Bagi pengemar jagung pasti suka dengan rasanya yang manis dan lemak lemak Jika sebelum ini mama sudah biasa menyediakan jagung rebus biasa jagung bak...
Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

Startups Vs Established Industries

How To Recover Lost Data From Your Smartphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Last Time Killa Driz Ft Sonaone Joe Flizzow

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan